Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sultan Muhammad Al Fatih

Pemimpin 'Zon Selesa'

Sifat-sifat pemimpin mempengaruhi sesuatu organisasi, tidak kiralah organisasi politik, atau perniagaan, atau kerajaan. Ada pemimpin yang nak bawa naik organisasinya untuk meningkat. Tetapi ada juga pemimpin yang dibawa oleh organisasi. Ada pemimpin organisasi yang memang menubuhkan organisasi. Ada pemimpin organisasi mewarisi kepimpinan dahulu. Kedua-duanya boleh memjadi pemimpin 'Zon Selesa' , kerana berbangga dengan kejayaan lampau. Cukuplah sampai setakat ini, aku sudah menjadi presiden XXX, satu organisasi besar. Ambil contoh Steve Ballmer, mewarisi Microsoft setelah Bill Gates bersara, dalam keadaan menguasai pasaran Sistem Pengoperasian komputer. Tetapi selepas itu, pengguna pula yang banyak beralih ke tablet dan mobile. Sultan Muhammad Al Fatih tidak akan berjaya menawan Konstatinople jika berada dalam Zon Selesa. Sultan Muda yang mempunyai kerajaan dan bala tentera kuat. Bukankan itu cukup selesa. Buat apa nak cari penyakit tawan konstatinople? Tetapi kal...