Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Umar Vadillo

Revolusi Dirham Kelantan dan Dirham Melaka

Pada Seminar Dinar Emas anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, satu berita baik telah diumumkan oleh Umar Vadillo, Nik Mahani dan Husam Musa iaitu Negeri Kelantan akan lebih menempa Dirham Kelantan dalam sekala banyak dengan adanya mesin penempaan yang baru. Ianya akan berlaku lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Sebelum ini, Dirham perak (logam, bukan negeri) amat sukar diperolehi. Pada peringkat saya pula, saya telah merangka pelan menyelamat ekonomi Kampung Sempang, dengan cuba untk menempa Dirham sendiri. Namun terdapat beberapa masalah , iaitu kos menempa 1 dirham, adalah jauh lebih tinggi daripada nilai 1 dirham itu sendiri. Mungkin disebabkan itu, Negeri Kelantan tidak menempa Dirham Kelantan dalam skala banyak. Bayangkan kalau nilai 1 dirham adalam Rm 4, kos menempa nya ialah RM 12, dan menjadikan kos keseluruhanmenjadi RM 15. Puan Nik Mahani telah memberi amaran kepada pendokong Dinar Emas supaya jangan tamak untuk mencari  kekayaan. Mungkin har...

Berita Baik Buat jed Yoong, Seminar Dinar Emas /Dirham Perak

Saya petik dari blog dziauddin Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Dinar Emas (DINAR '09). Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 21 Februari 2009 Hari : Sabtu Masa : 9 pagi - 5.30 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya Tema : Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah Pembentangan kertas kerja oleh : 1. Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2. Pn Nik Mahani Mohamad, Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan 3. Profesor Umar Ibrahim Vadillo , Perintis dalam Pengenalan Semula Dinar 4. YB Datuk Paduka Haji Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim    Yuran penyertaan RM50 sahaja!!! (Mahasiswa hanya RM35) PENYERTAAN DIKHUSUSKAN UNTUK MAHASISWA DAN PENSYARAH UNIVERSITI. PENYERTAAN DARI ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN.... Untuk penyertaan hubungi Ainie - 017 4233014 Emel - dinar.pmkum@gmail.com Sumber: ...

Audio Umar Ibrahim Vadillo di UPM 28 Nov 2008

Beberapa hari lalu saya perlu "melabur" dalam bentuk pelaburan ilmu dengan perlu bersama isteri ke "Public Talk" oleh Umar Ibrahim Vadillo, di UPM. Tajuk: The twilight of capitalism: muamalat - The way forward Terima kasih kepada Rausyanfikir kerana memberitahu. Kalau hendak diterangkan keseluruhan ceritanya dalam satu catatan blog memang agak sukar. Kalau hendak dijadikan transkrip pun rasanya tidak terdaya. Berikut adalah audio MP3 ceramah Umar Ibrahim Vadillo .  Sila tekan shif+klik untuk memuatturunnya. Buat transkrip sendiri.