Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perwakilan Berkadar

Penolakan Terhadap Pendaftaran Pakatan Rakyat adalah Idea Minoriti

Di kalangan PAS, ramai yang bersetuju tentang pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai orgaisasi berdaftar. Namun saya agak pasti ianya juga ditolak oleh segelintir minoriti ahli PAS termasuk saya. Telah saya ceritakan dahulu bahawa Ahli PAS belum pernah secara rasmi memilih untuk ke aras sistem 2 parti. Maksudnya tidak wujud undian ketika Muktamar, atau seminar yang melibatkan wakil seluruh negara, memilih untuk ke aras sistem 2 parti atau tidak. Sistem 2 parti adalah mirip kepada Amerika yang didominasikan 2 parti besar iaitu Demokrat dan Republican. Parti yang lain wujud, tetapi tidak menang elektoral vote. Budaya politik Malaysia, setelah Barisan Nasional diwujudkan, adalah agak sempit, dimana sesuatu parti telah awal-awal berada dalam satu organisasi berdaftar atau pakatan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk menunjukkan parti sebenar yang mereka sokong. Jemput baca catatan lama. Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti? Peliknya Demokrasi di Malaysia Masalah Perebutan Kerusi dapat Di...

Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik

Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik Ini Kerusi Tradisi UMNO Ini kerusi tradisi Gerakan Ini kerusi tradisi PAS Ini Kerusi PKR Ini kerusi Tradisi MCA Keadaan sebegini akan menyebabkan wujudnya kelompok yang tidak dapat menggundi partinya sendiri walaupun sudah berkali-kali pilihanraya. Undi pada parti "kawan"  tidak dapat menterjemahkan  sokongannya kepada partinya sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Ulama, Profesional,Dinamik, Konservatif,Progresif dll

Jika anda baca buku "ULAMA , Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan" tulisan Rudhian Mohamad Nor dan Mohd Fadli Ghani, anda akn melihat begitu banyaknya tindakan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu. Terdapat juga penentangan terhadap penjajah, menggunakan faedah yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan oleh orang biasa, ketika itu. Ketika Zaman Jepun Ulama dari Sumatera dan Tanah Melayu telah bersidang. Sebelum itu, Ulama memimpin penentangan terhadap penjajahan Siam di Patani, utara Tanah Melayu. * perlu diingatkan Patani adalah Bahagian utara Tanah Melayu, juga sebahagian tanah Melayu yang masih belum merdeka. Di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong sebagai Sarekat Islam telah menentang British, di Kelantan ada Tok Janggut. 1947, wujudnya Persidangan Ekonomi-Agama Se Malaya yang seterusnya melahirkan MATA. Akan tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini adalah kelihatan seperti Ulama tidak memimpin ke satu arah yang agak radikal. Kegiatan adalah terarah ...

Penarik Beca Mengaku Benak, Sedikit Perbezaan Kerajaan Perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit

Syabas kepada Bang Bakaq kerana mengaku Benak bab Kerajaan Perpaduan . Saya pula sejak daripada mula timbulnya "Kerajaan Perpaduan", saya telah meneka apa maksud hati TGHH dengan hampir tepat. Yang menghairankan, bukankah Bang Bakaq pembaca blog saya ? antara tulisan awal saya berkaitan dengan Kerajaan perpaduan Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN TGHH orang tua, saya muda, jadi saya keras sikit. Saya guna ayat "Tolak Sistem Demokrasi Penjajah", TGHH sebut "Kerajaan Perpaduan". TGHH sebut Britain sebagai contoh, "Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya Manakala saya Tolak Inggeris. TGHH me...

Takut Pertandingan? Masa Untuk Mencuba Perwakilan Berkadar di dalam PAS?

Sejak Akhir ini, banyak ku temu ahli PAS yang anti pertandingan. Suka sangat supaya jangan di adakan pertandingan. Bagaimana demokrasi mahu subur? Daripada mana mereka belajar bahawa pertandingan itu perkara negatif? Dari UMNOkah? Pertandingan dalam UMNO sering dianggap "berpecah" bagi mereka. Seboleh-boleh mereka tidak mahukan pertandingan. Budaya ini meresap pula di dalam PAS. Bagi saya, sindrom takut pertandingan adalah sindrom negatif yang lambat laun merosakkan parti dalam jangka masa panjang. Akan tetapi, pertandingan yang keterlaluan sehingga menjatuhkan seseorang juga negatif. Apa jalan tengah? Memandangkan Idea "Kerajaan Perpaduan" ditolak mentah-mentah oleh ramai ahli PAS, tanpa mengkaji apa itu perwakilan berkadar. Tidak mustahil kalau perwakilan berkadar digunakan di dalam PAS sebagai contoh pertandingan sihat,sebelum ianya di bawa ke politik Negara. Berikut adalah satu contoh penggunaan perwakilan berkadar (sekadar rekaan) ... Se...