Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Getah

Dum Dam Dum Dam Harga Getah , Najib fikirNak kawal sahaja

Saya terjumpa 1 komen menarik tentang getah. Komen itu daripada artikel Sinar Harian. Bajet 2015 beri sinar baharu buat penoreh getah Macam biasalah, Najib yang kemaruk kawalan harga akan kasi penyelesaian ala-ala kawalan harga juga. Ada yang nak kawal kasi rendah, ada nak kawal kasi tinggi. Najib mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan. Masalah harga getah ini, satu masalah yang pelik. Di mana seolah-olah tidak wujud demand supply tehadap getah. Entah mana silapnya. Jadi, idea yang terlintas bagi kebanyakan orang adalah "kawalan harga" , "nak kerajaan naikkan" , atau subsidi. Pelik juga mekanisme Najib, kalau benar ianya dipinjamkan pada koperasi dan berharap akan beli getah harga t...

Stok Penimbal Getah Husam Musa

Hari ini saya dikejutkan dengan cadangan Husam Musa supaya diadakan Stok penimbal getah. mesti klik Mari kita lihat catatan saya supaya menyeru supaya membeli getah dan menyimpan stok . Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu. Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu. Ada berani? Tetapi penoreh getah tak ada modal untuk simpan stok sebegitu banyak. Menurut teori ekonomi saya sendiri, penurunan harga getah adalah disebabkan oleh " False Dollar Rally " atau juga dikenali "Deflasi sementara". Maka ianya akan naik semula bila ia berakhir. Akan tetapi ia juga disebabkan oleh penurunan permintaan dunia. Secara teorinya  ia akan naik. Sekiranya ada syarikat stok penimbal kebangsaan yang boleh membeli getah itu pada harga yang agak tinggi, syarikat itu akan untung juga lambat laun. Ambil contoh, sasaran stok penimbal getah kebangsaan adalah 100...

Tahi Lembu Telah Jatuh Dari Amerika Kelepap Melekat ke Muka Penoreh Getah Malaysia

"Wahai Datuk ahlil nujum marang kerapu kepunden marang sekepot semalam beta telah bermimpi setompok tahi lembu telah jatuh dari langit kelepap melekat keatas muka beta. Apa itu tok nujum?" "Menurut amalan patik, tuanku akan ditimpa masalah ekonomi." "Tidak, Tidak, Tahi lembu itu tidak betul betul melekap  dimuka beta, hanya sipi-sipi kena bahu beta. Apa itu tok nujum" "Kalau kena sipi, Alamat tuanku terkena demam kekurangan FDI." "Tidak tidak, Sipi pun tidak Sebenarnya beta ketik kelepak jatuh kemuka peniaga getah." "Itu alamatnya peniaga getah akan rugi ." ---- Apa yang terjadi sekarang ini adalah harga getah turun. Kenapa ia turun, jawapannya sama dengan j awapan kenapa harga minyak dunia turun. Minyak dan getah kedua-duanya komoditi. Harga getah turun kerana nilai ringgit naik (berbanding dgn matawang bukan USD) akibat daripada kenaikan sementara USD . Kenaikan sementara USD adalah kerana pelabur amerika menjual pegangannya...