Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Netscape

Netscape Yang Terakhir

Netscape versi terakhir ialah Netscape 9.0.0.6 Catatan blog ini ditulis menggunakan Netscape yang terakhir itu. Oleh kerana Netscape 9 ini berasaskan Firefox 2, maka ia memang macam Firefox.

Netscape 9 beta 3

Ketika saya cuba google "Cikgu Suraya" untuk menjenguk tahap keupayaan pemblog tempatan menampan "Cikgu Suraya yang bertudung itu", saya telah secara tak sengaja termasuk ke women.netscape.com . Akhirnya berjumpa tentang blog netscape yang menceritakan akan status Netscape Navigator 9 beta3 . Beta 3 sudah keluar, maka tidak lama lagi akan keluar yang rasmi. Kulihat, ia adalah berasaskan Firefox, tetapi dicop dengan Netscape. Ditambah pula ada keupayaan tambahan seperti OPML. Apa itu OPML? saya pun belum kaji, tapi ia ada kaitan dengan Suapan web 2.0 seperti RSS/Atom. Esok-esok sajalah saya ceritakan apa itu OPML. antara ciri menarik adalah Combined Stop/Reload button To save space in your toolbar, we've combined the stop and reload buttons. Because you never need both at the same time, the toolbar will only show the relevant half of the pair. Ha ha ha, Betul juga, bila masa kita gunakan butang itu serentak? Terdapat ciri-ciri "voting" pada Netscape 9 ...

Kisah Sejarah Web dan HTML

Saya telah membalas kiriman blog Rastom Agenda Daily lawan Malaysia-Today: Dari sudut kebolehgunaan --------8 Macam mana saya nak terangkan, kalau nak cerita panjang. Maka diringkaskan kisah sejarah web dan HTML. Asalnya HTTP atau dikenali sebagai “web” menggunakan HTML yang asas. Jadi sepatutnya semua pelungsur web yang ada, mesti mematuhi spesifikasi HTML versi ketika itu. Akan tetapi satu syarikat telah menambah HTML itu sesukahati mereka, dimana pelungsur web dia mempunyai kelebihan teknologi. Laman Web yang dibuka oleh Netscape Navigator ketika itu kelihatan lebih cantik kerana dia boleh render Tag HTML yang tidak mengikut spesifikasi. Oleh kerana Netscape Navigator mempunyai penguasaan pasaran yang tinggi, pembangun web addakalanya terus membina laman web untuk netscape dan bukannya ikut spesifikasi. Kemudian, datang pula Microsoft, yang mempunyai penguasaan pasaran Sistem Pengoperasian untuk memasuki sektor pembinaan pelungsur web, dengan peneluarkan MS Internet Explorer (MSIE)....