Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kubica

Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya

Pening memikirkan soal huruf Ga . Visi terlalu tinggi berbanding keupayaan diri. Ini semua kerana secara tiba-tiba saya teragak untuk tanya Zul samada Ubuntu sudah menyokong jadi atau tidak. Jangan pening-pening, Hari ini Robert Kubica naik podium. Tahniah. Namun Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya seperti yang telah ditunjukkan oleh UMNO Merlimau. Mungkin dia tak mahu meletakkan keris pada bendera negaranya kerana tak mahu lagu kebangsaannya jadi begini. Berjumba Kita Berlumba Dengan Setia Berganding Bahu Jiwa Teguh Berpadu Kita Rumpun Polski Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara Lambang Kita Yang Gagah DiPandang Mulia Dan Indah " BERLUMBA , BERSETIA , BERKHIDMAT " Cogan Katanya Kubica Terus Mara Untuk Rakyat Poland

Bukan Sekadar Video Robert Kubica

Video Robert Kubica sedang bercakap dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi. Tiada apa yang istimewanya video di atas, Hanya perbualan antara pelumba BMW Sauber, Robert Kubica dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi. Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah, Mehdi Ahmadi tidak dapat bertugas sebagai jurutera perlumbaan bagi Sebastian Vettel yang menggantikan Robert Kubica pada GP Indianapolis 2007 . Visa Mehdi Ahmadi tidak diluluskan oleh imegresen Amerika Syarikat hanya kerana dia berwarga negara Iran. A team spokesman said Kubica's engineer, Mehmi Ahmadi, will not be at the race this week because the Iranian native was not granted an American visa. Ahmadi will be replaced by Ossi Oikarinen, the chief engineer for the test team Jika Amerika boleh bertegas dengan BMW Sauber, Pasukan yang mendahului kategori pembuat F1 musim ini, Mengapa Malaysia tidak boleh bertegas dengan Chelsea? Besar sangatkan Chelsea? Satu kelab yang hanya gah di liga Perdana Inggeris sahaja. Terd...

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding. Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1. Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain. Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, b...

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008 Scuderia Ferrari Marlboro 1. Kimi Raikkonen 2. Felipe Massa BMW-Sauber F1 Team 3. Nick Heidfeld 4. Robert Kubica Kereta akan dilancarkan pada 14 januari 2008 ING Renault F1 Team 5. Fernando Alonso 6. Nelson Piquet Jr. Kereta akan dilancarkan pada 22 januari 2008 AT&T Williams 7. Nico Rosberg 8. Kazuki Nakajima Red Bull Racing 9. David Coulthard 10. Mark Webber Panasonic Toyota Racing 11. Jarno Trulli 12. Timo Glock Scuderia Toro Rosso 14. Sebastien Bourdais 15. Sebastian Vettel Honda Racing F1 Team 16. Jenson Button 17. Rubens Barrichello Super Aguri F1 Team 18. Takuma Sato 19. Anthony Davidson Force India Formula One Team 20. Adrian Sutil 21. (akan diumumkan) Vodafone McLaren Mercedes 22. Lewis Hamilton 23. Heikki Kovalainen Banyak lagi pasukan yang belum umumkan bila kereta baru akan dilancarkan. Barisan pelumba itu menunjukkan Alonso akan mempunyai rakan sepasukan yang boleh menggugat dia seperti tahun lepas.

BMW Sauber ditangga ke-2, pengeluar

Sungguh tidak kusangka secara tiba-tiba Pasukan BMW Sauber kini di tangga ke dua dalam Kategori Pengeluar Formula Satu, selepas selesainya GP Belgium. Sebelum ini saya ambil acuh tidak acuh sahaja tentang isu McLaren . pasukan McLaren telah dijatuhkan hukuman agak berat iaitu denda (lupa berapa juta). Rupanya satu denda lagi yang dikenakan kepada McLaren ialah, mereka terkeluar dari cabaran kategori pengeluar musim ini. Jadi selepas GP Belgium, Kategori pengeluar (footage lama) Ferarri : 161 mata BMW Sauber :90 mata Renault : 39 Williams : 28 Red Bulls :18 Pada GP Belgium, nampak akan peningkatan ketara jentera Williams, bangkit semula selepas kejatuhan akibat perceraian dengan BMW. Williams yang berkahwin dengan Toyota, jauh meninggalkan Toyota. Agak kelakar juga. Ralf Schumacher, pemandu Toyota akan berakhir kariernya sebagai pemandu F1 setelah kontrak tidak disambung. Berbalik kepada cerita GP belgium, dengan mudah Nick Heidfeld memintas H. Kovalainen , tetapi Robert Kubica, sehing...

Meninggalkan Barcelona, untuk Burberry

DUNIA lagi sekali dikejutkan apabila bintang dunia , Hasbullah Pit membuat keputusan meninggalkan salah satu kelab gergasi Sepanyol, untuk menyertai Burberry (Geng Kasut Bluetooth) ibarat memulakan trend baru dalam pasaran pemain Fursal dunia. Dalam kes tradisional, pengurus pasukan yang menjalankan urusniaga permindahan pemainnya namun kes ini memperlihatkan Hasbullah Pit nekad menentukan hala tuju kariernya. Perpindahannya dari Bercelona tidak sekadar berkaitan faktor sukan kerana pemain ketiga paling popular di Dunia itu pernah menolak tawaran Red Diva, tahun lalu. Red Diva, atau lebih dikenali dengan " Geng Kasut Infra Red ", tidak langsung menitikberatkan soal kebajikan pemain, dengan hanya kerap melakukan pemindahan data menggunakan kasut infra red mereka. Namun, disebablkan pemindahan data menggunakan kasut infrared memerlukan jarak yang dekat, Ia tidak menarik minat beliau. "Zaman infrared sudah berlalu, kini zaman kasut bluetooth" Adakalanya mereka melaku...

BMW Sauber: Visa Mehmi Ahmadi belum diluluskan

Robert Kubica - or his replacement - will probably have a different race engineer for this weekend's US grand prix. It is reported by adrivo.com that BMW-Sauber's top test engineer, Ossi Oikarinen, was in Montreal at the weekend - presumably to learn the ropes. Kubica's regular engineer, the Iranian Mehmi Ahmadi, has apparently still not been granted a visa to enter the United States for this weekend's race at the Indianapolis Motor Speedway. "We are still waiting for the visa," BMW spokesman Jorg Kottmeier confirmed. He said: "If he cannot get it, Oikarinen will do his job in Indianapolis." Apa nak jadi ni? Kubica mungkin tak dapat berlumba, jurutera perlumbaan pun tak dapat Visa, mungkin atas sebab politik, hanya kerana dia orang Iran. Apa jadi kalau jurutera perlumbaan itu bernama Hasbullah Pit? Nama penggganas, ala Hizbullah, rasanya kalau aku jadi jurutera perlumbaan BMW Sauber, aku pun tak boleh masuk Amerika.

F1 gp catalunya (kelayakan)

Gambar diatas menunjukan Skrin monitor Samsung 17" yang dijadikan paparan sementara bagi macmini, dimana ia menunjukkan 1 wiget dashboard, yang menunjukkan pusingan kelayakan bagi GP Catalunya akan bermula 3 jam dari gambar diambil. Memang tak efisyen kalau kita gunakan keseluruhan skrin untuk mengingatkan tentang waktu F1. Akan tetapi, oleh kerana masalah ketinggalan F1 sering berlaku, maka, tengok pada dashboard secara manual boleh membantu. sepatutnya, kalau ikut cara neo (ya, empunya delicious tu) , google calendar ada kalendar F1, dan kalendar google boleh selaras dengan kalendar komputer & kalendar komputer boleh selaras dengan SE k800i. Sepatutnya SE k800i yang tolong ingatkan tentang adanya F1, bukannya pornstar yang kena ingatkan secara manual. Terdapat lagi satu masalah, iaitu AF5 dijangka bertembung dengan GP Catalunya. Siapa yang lebih menyerlah? Heliza atau Kubica ? Atau Jaguh Kampung yang akan menyerlah?