Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muamalat

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza. Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga. Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya. Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan. "Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan? Daripada sumber Malaysiakini: Peniaga di KT naikkan harga minuman Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan. "Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun . Seandainya sesebuah kedai makan, memaklumkan kepada pelanggannya apabila memesan teh O. Pelanggan: "Teh-O satu" Peniaga: "Teh O sekarang RM 1" Pelanggan: "OK" Aspek yang amat penting dalam urusniaga jual beli ialah persetujuan harga. Teh-O RM 1, atau teh-O RM 2 atau RM 10 sekalipun, tidak menjadi soal kalau pelanggan bersetuju dengan harga, Pelanggan biasa di ...

Perbankan Islam dijadikan Alat Penjajahan.

Baru-baru ini, telah ada "Liberisasi Kewangan" yang telah diumumkan oleh Najib yang telah membenarkan ekuiti asing pada Bank "Berlandaskan Islam" dipertingkatkan sehingga 70%. Sebelum ini hanya hanya 49% sahaja ekuiti asing yang dibenarkan. Maksudnya 51% masih lagi tempatan. Apabila ekuiti asing boleh dipertingkatkan sehingga 70%, maksudnya ianya boleh dimiliki asing. Pandang kiri Pandang kanan. Siapa yang tidak berhutang kepada bank? Kalau sebelum ini masyarakat menjadi hamba bank, kerja teruk-teruk untuk bayar hutang bank. Kini, masyarakat boleh menjadi hamba bank asing. Naik satu tangga. Bank asing di Amerika yang rugi, boleh diuntungkan kembali hasil daripada 'bailout',penciptaan wang daripada angin, kini boleh membeli bank Islam Tempatan. Masyarakat Islam di Malaysia ramainya buta muamalat, mereka meminjam di Kewangan Islam, kerana menyangka ianya benar-benar bebas daripada riba'. Akad diubah daripada meminjam sambil dikenakan fa...

Dapat Surat dari KPDN: Isu Persetujuan Harga Kedai Makan

Hari ini saya dapat surat daripada KPDN, Ianya tiada kaitan dengan perletakan jawatan Shahrir Samad atau perlantikan Menteri KPDN yang baru. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini? Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam? Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini. Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau. Tidak perlulah saya perincikan secara spesifik tentang kedai itu. Sudah menjadi kebiasaan, saya akan meminta menu, kerana di menulah letakkanya penawaran tentang apa yang dijual berserta dengan harga yang mereka tawarkan. Nasi X RM 2.00 Nasi Y RM 3.00 Air X RM 1.00 Air Y RM 1.40 Disebabkan kedai makan banyak yang tiada tanda harga, maka menu lah tempat di mana pelanggan melihat harga yang ditawarkan oleh peniaga. Tanda harga di dinding mungkin tidak kelihatan di sesetengah lokasi meja dan sukar diubah sekiranya berlaku perubahan...

Mimpi Souq dan Lelong di Kompleks PAS Jasin

Sejak terdengarnya cerita Souq oleh Umar Vadillo , sehingga hari ini saya masih termimpi souq. Teringin benar ingin merealisasikannya, namun tidak cukup segalanya. Mahu tak mahu, perlu juga dimimpikan supaya satu hari boleh dijadikan realiti. Atau mungkin perlu saya perlu menjelajah dunia dahulu? Agak pelik apabila di Malaysia, ahli parti yang mendokong "Islam" seringkali terbawa-bawa budaya kawalan harga akan tetapi dalam versi yang lebih murah. Bukankah PAS sepatutnya membawa cara perniagaan yang Islamik? Jadi agak sukar untuk merealisasikan Souq melalui PAS, namun usaha perlu diadakan juga. Apa itu Souq? Menurut pemahaman sempit saya, yang baru membaca dan mendengar sedikit maklumat, Souq ialah Pasar dimana kawasan itu ditak dimiliki oleh sesiapa. Souq umpama kemudahan awam, seperti masjid. Perlu disediakan oleh pihak pemerintah. Kalau pemerintah tidak begitu islamik, maka bagi saya tugas itu perlu dipikul oleh parti politik yang membawa Islam, dalam konteks Malaysia ialah...

Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu. Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan. Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira". Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan. Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan meletakkan ke dalam pinggan, pelanggan tidak tahu berapa harganya. ada kedai yang memerlukan pelanggan tunjuk pinggan nasi kepada tauke untuk mendapatkan harga. Ada yang disuruh makan dulu, kemudian baru kira. "Tadi makan apa". Namun kedua-dua kaedah pembelian nasi campur itu tidak islamik langsung. Tidak ada peluang untuk pelanggan menolak sesuatu lauk apabila mengetahui sesuatu lauk itu mahal. Ikan yang sudah dimasukka...

Audio Umar Ibrahim Vadillo di UPM 28 Nov 2008

Beberapa hari lalu saya perlu "melabur" dalam bentuk pelaburan ilmu dengan perlu bersama isteri ke "Public Talk" oleh Umar Ibrahim Vadillo, di UPM. Tajuk: The twilight of capitalism: muamalat - The way forward Terima kasih kepada Rausyanfikir kerana memberitahu. Kalau hendak diterangkan keseluruhan ceritanya dalam satu catatan blog memang agak sukar. Kalau hendak dijadikan transkrip pun rasanya tidak terdaya. Berikut adalah audio MP3 ceramah Umar Ibrahim Vadillo .  Sila tekan shif+klik untuk memuatturunnya. Buat transkrip sendiri.

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan . Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan, Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah. Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah. Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan. Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam?  Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.  Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan? Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan. Peraturan Muamalat. satu ialah satu dua adalah dua. Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam. ju...

Krisis Ekonomi Amerika, 2 Pandangan Islam, 1 Sosialis

Sebelum membaca apa yang ditulis ini, anda perlu baca 2 pandangan berunsur islam tentang krisis Ekonomi amerika, dan satu pandangan sosialis. 16:34   Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam » www.zaharuddin.net -    22:04   Krisis cagaran sub prima di US: Apa sebenarnya berlaku? » Commodity Money   16:19   BERITA GUMBIRA - KOMENTAR » Tukar Tiub     Apabila catatan Hishamudin Rais disiarkan di Tranungkite, maka bersilatlah pengunjungnya mengatakan jangan terapkan ideologi sosialis. Apa yang berlaku pada krisis di Amerika, sosialis atau kapitalis, ianya hampir tiada beza. Kapitalis bail out kepada syarikat, sosialis bail out pada rakyat? Tetap bail out. Pengunjung Tranungkite menghentam Hishamudin Rais Hishamuddin, Sistem Islam tetap yang terbaik. Usah nak kempen kat sini.   samada sosialis ataupun kapitalis....tiada sistem ekonomi yang lebih baik melainkan sistem ekonomi islam sistem kapitalis(kalau tak silap) berasal...