Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Melayu

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu? Wujudkah Demokrasi Melayu? Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi. Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15. Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini. Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia. Dengan Melayu lagilah tak sesuai. Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena. Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan. Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3. Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan. Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain. Maka ianya seolah-olah salah besar. Dosa bes...

Perbezaan Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu? Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris. Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris. Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA". Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat. Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh. Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan. Bagi Bangsa UMNO perpaduan hanya wujud dalam BN. Bangsa UMNO menyebut "1Malaysia' sebagai "one Malaysia" Manakala Bangsa Melayu menyebut "1Malaysia" sebagai "Satu Malaysia". Bangsa Melayu akui banyak istilah Bahasa Melayu diserap daripada...

UMNO Pelik, Kini Menyanjung Suruhanjaya Reid

Orang UMNO zaman sekarang agak pelik. Mereka berbangga dengan Dokumen Suruhanjaya Reid yang terang-terang melacurkan tanah air dengan memberi kerakyatan murahan. Maka disebarkan kebanggaaan itu dengan menyediakan satu catatan blog khas untuk memaparkan Dokumen hina itu. Reid Commission - The Original Document! Ingat! Hanya UMNO yang beri kerakyatan murahan, bukan keseluruhan melayu. Kongres Melayu II pada mac 1957, telah menolak dokumen ini, tetapi mencadangkan bahawa kerakyatan diberikan secara lebih tertib, bukannya secara "Pemberian" demi menarik undi dan menjada hati British, dan MCA yang dikuasai Kuo Min Tang. Maka kebanggan itu, di canang-canangkan oleh Parpu Kari dengan meninggalkan komen di blog-blog . Adakah Parpu Kari berani menyiarkan memorandum yang membantah suruhanjaya Reid? Bantahan terhadap Suruhanjaya Reid, juga diceritakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada Muktamar baru-baru ini.  Tapi apa UMNO peduli. Memorandum ditolak mentah-menta...

4 Blogawan pro PR dikenalpasti Tidak Sokong Bantahan PPMSI

Setakat ini sudah 4 blogawan pro PR yang tidak sokong Bantahan terhadap PPMSI. 1. Penarik Beca.   PPSMI - Saya minta maaf » ~penarik beca 2. Ya naam PPSMI - wajarkah diteruskan (2) ? » Dari kaca mata Yanaam Demonstrasi PPSMI » Dari kaca mata Yanaam 3. Aduka Taruna PPSMI tiada hal dengan martabat Bahasa Ibunda! » AdukaTaruna Woit pejuang bahasa. Ni dak nyle cakap. » AdukaTaruna 4. Edyesdotcom. Maaf Dato Seri, Saya Sokong PPSMI » edyesdotcom Pendapat mereka diterima. Maka perlu dibalas dengan hujah. Melainkan pendapat Edyes.com telah di jawap di sini dalam bentuk "sokongan" . (Anggap sahaja Ilmu teknologi Jerman sedia ada masih lagi dalma bahasa Arab, kerana tidak diterjemah oleh ilmuan Jerman) Hujah Aduka Taruna ialah kerana tidak mahu dianggap pejuang "Bangsa" . Terpulang la. Tapi pada wa, atas falsafah pegangan wa, wa tidak akan menghadirkan diri himpunan tersebut. Kerana wa bukan pejuang bangsa, dan bukan pejuang bahasa. Ini pendi...

Harapan Terlalu Tinggi Terhadap "PAS for all" ? Surat Arvin di Malaysiakini

Saudara Arvin Kalam Pereira, telah menulis di Malaysiakini satu tulisan bertajuk 'We cannot trust PAS' ( mesti baca ) Satu tulisan yang agak menarik, Akan tetapi ia menunjukkan harapan palsu terhadap "PAS for all", PAS for all pula ditakrifkan sebagai kesamarataan mutlak. Inikah hasil daripada penyembunyian  "pembela melayu" ? Walaupun disembunyikan, orang melayu, masih ada yang meletakkan harapan kepada PAS sebagai pembela melayu, pada masa yang sama, bukan melayu seperti arvin telah meletakkan harapan tertalu tinggi sehinggakan menerupai perjuangan DAP. Akibat kekecewaan daripada harapan palsu itu, maka Arvin telah menggariskan 3 perkara. 1. Jangan letakkan PAS di kawasan berbilang kaum 2. Jangan letakkan PAS banyak kerusi. 3. Mempersoalkan kenapa Kelab Penyokong PAS bukan ahlis sebenar. Maka, Roslan SMS, blogawan yang sering tidak menulis tajuk, telah membuat ulasan tentang apa yang dibangkitkan oleh arvin (Mesti baca ). 2 perkara yang dinyatakan oleh Ar...

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Disebabkan UMNO sering membawa imej "Melayu", keburukannya akan mencemar imej "melayu", telah timbul suasana fobia melayu di kalangan masyarakat bukan melayu, dan ahli PAS sendiri. Seolah-olah jangan bercakap soal "Melayu" kerana ianya menyerupai UMNO. Walaupun setelah merdeka 51 tahun, dan menjadi kaum majoriti di Malaysia, akan tetapi peliknya melayu ialah mereka takut kehilangan itu ini. Itu hakikat politik. Tatkala wujudnya pemikiran supaya politik supaya tidak berasaskan kaum, peliknya Pakatan Rakyat yang sibuk melaungkan politik tak berasaskan kaum, membahagikan kerusi berasaskan kaum pula. Ini menyukarkan PAS kerana ramai orang melayu masih tidak percaya politik yang tidak cakap "bela melayu". Berpuluh tahun orang melayu sokong UMNO kerana kononnya "bela melayu", walaupun hakikatnya tidak. Berbuih-buih mulut penceramah PAS bercakap tentang rasuah dan macam-macam lagi berkaitan UMNO, mereka tetap pilih UMNO kerana kononnya "B...

Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam. Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan. Pemimpin PAS bagaimana pula? Ianya masih menjadi tanda tanya. Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka. "Nanti aku call engkau." "Aku tengah download" Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka. Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan...

Politik Hapus DEB yang Tidak Menguntungkan PAS

Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN. Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal. Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung. Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB). Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum. PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi ti...

Perkara yang Tertinggal Ketika "Pemuafakatan Melayu"

Kekanda Bakaq cukup main hentam lagi Konvensyen MMMM itu , akan tetapi melihat akan ulasan Redhuan Onn , rasanya tidak perlulah dihentamkan sangat konvensyen itu. I think you are too harsh towards your own Malays (well, what is new then with u anyway? haha!) You should understand that Malays easily feel threatened due to their socio-economic status compared to non-malays. You yourself cannot solve that status issue for the Malays. So why don't you let the MMMMM be and you focus on other positive activities? Biarlah orang melayu berfikir cara untuk mempertingkatkan orang melayu, Bangsa lain pun boleh berkonvensyen juga, agama lain pun boleh berkonvensyen juga. Peniaga pun boleh berkonvensyen juga. Nelayan juga patut berkonvensyen. Asalkan Konvensyen itu tidak menjadi medan membasuh minda supaya menyokong UMNO cukup lah. Kalau mereka tidak berkonvensyen, tidak keluar kenyataan Presiden PAS bahawa kekuatan Melayu itu pada Islam . Saya pula ada isi tambahan tentang Bahasa Melayu . 1 ...

Mitos "Ekonomi" UMNO

Apabila UMNO bercakap tentang Melayu, asyik-asyik ekonomi . bla bla bla Ekonomi, bla bla bla Ekonomi bla bla bla Ekonomi. bla bla bla DEB bla bla bal Ekonomi Bla bla bla Ketuanan Melayu Bla bla bla DEB Bla bla bla Ekonomi Sejak Bila maruah bangsa diangkat apabila menjadi kaya? Kalau maruah diangkat apabila jadi kaya, sudah lama Umat Islam Arab diangkat maruahnya. Kalau kaya jadi pengukur, sudah lama dunia arab Islam dihormati. Akan tetapi perkara berlaku sebaliknya. Transkrip Ceramah Saudara Adly Zahari di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu. Ya kita boleh tengok dia kaya raya Kaya raya ini bukan penilaian manusia Semata mata untuk hidup ini kita kena ingat, Ali Rustam ini kalau dia sebut dalam apa ucapan. Samada berucap depan pegawai kerajaan, depan rakyat termasuk dalam majlis tilawah peringkat kebangsaan. dia kata " Orang Melayu ini, musuh utama dia ialah kemiskinan sebab itu yang paling penting bagi orang melayu ini keluarkan dia dari kemiskinan supaya supaya dia ada maruah ...

Cerita-Cerita Indah di Media Melayu

Puas saya memikirkan adakah benar rakan sepejuanganku memperjuangkan kebebasan media? Adakah disebabkan media perdana yang tak betul, menyebabkan semuanya ditolak, dan semuanya dari tranungkite dan harakah dianggap benar? Terdapat golongan Melayu yang tidak membenarkan seseorang itu membaca Harakah kerana takut terpengaruh. Ada juga orang melayu yang kata jangan baca media perdana kerana ia bohong. Di kalangan orang PAS, Harakah, Tranungkite, Siasah begitu popular. Di kalangan orang UMNO, takut benar mereka dengan harakah. Selain daripada membaca cerita-cerita indah tentang parti sendiri, orang melayu juga suka membaca cerita-cerita buruk dengan pihak lawan. Di Media Terbuka seperti Malaysiakini, pembaca melayu agak kurang, ini mungkin kerana orang melayu hanya suka baca cerita-cerita indah parti mereka dan cerita buruk parti lawan. Akan tetapi berita Bahasa Melayu Malaysiakini yang berbentuk cerita-cerita indah parti sendiri dan berita buruk parti lawan begitu popular untuk disalintep...

Bukan Salah Keris, Tetapi Ancaman Bunuh itu yang Salah

Isu keris masih lagi bermain di tempurung blog dan di media massa ataupun alternatif. Hishamudin atau lebih dikenali sebagai "kerismudin" memohon maaf kepada kaum bukan melayu "jika" ianya keris itu menyakiti mereka. Pada masa yang sama Hishamudin memohon maaf kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan keris. Ini apa cerita? Sensiviti kaum bukan melayu sebenarnya bukan kepada keris, Tatkala jemputan kahwin, Pengantin memakai keris, bukan melayu juga makan di kenduri itu. Akan tetapi biasanya pengantin tidak pula menghunus keris sambil mengatakan "Keris ini akan memastikan tiada sesiapa menggangu isteriku". Sudah beberapa kaloi perhimpunan Agung UMNO keris dibawa, akan tetapi ia tidak menjadi isu, sehinggalah satu saat di mana Hishamudin mengatakan sesuatu yang kononnya keris itu akan digunakan untuk mempertahankan hak melayu. Petikan asal kata-katanya tidak dijumpai akan tetapi bunyinya lebih kurang sebegitu. Apa ertinya? Maksudnya ianya adalah seolah...

Sistem Beraja dari katamata "ayahanda Nik Abduh"

Oleh kerana saya dahulu pernah menulis tentang Sistem Demokrasi Bersultan . Maka apabila terbaca Tulisan Nik Abduh: waqafaat (jeda) - 2: raja kita Mengkaitkan Sistem Beraja, Dekmokrasi, Sistem Khalifah ketika zaman Umaiiyah... Antara yang menarik ialah:- Bagaimana dengan raja kita? Raja adalah payung ugama. Ia adalah institusi yang menjaga ugama Islam yang sudah diikat - ikat oleh perlembagaan sekular jagaan Pak Lah, Najib, Zaid, Ku Li, Masyitah dan lain - lain pahlawan UMNO. Ia institusi pemerintahan yang lebih mulia dan lebih dekat dengan Islam berbanding UMNO. Ia menjadi harapan kekal umat Islam untuk mempertahankan Islam dan keadilan dari dulu sehingga kini. Kesultanan Melayu Islam adalah paling berjasa kepada umat Melayu sepanjang sejarahnya. Teruskan membaca: waqafaat (jeda) - 2: raja kita

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...