test

Jumaat, 19 Jun 2015

Cicak Ini Setia Menjadi Penunggu Modem sehingga....

Pada 12 june 2015 lalu, Ketika berlaku masalah Talian Internet TM ke Antarabangsa, saya baru perasan ada seekor cicak duduk di atas modem. Kusangkakan Cicak itu mati rupanya masih hidup.



Selepas 12 jun, berhari-hari cicak itu masih hidup di situ.

Pada 14 jun, dia boleh keluar seketika, dan kembali ke modem.
15 jun, masih ada, 16 jun masih ada...




Walaupun ada kalanya anak saya rapat ke arah situ, namun cicak itu tidak lari.
Bukankah biasanya cicak akan lari bila manusia menghampirinya?


Pada 18 jun, dia masih setia..





Dan berubah posisi sedikit..




Namun masih setia.

Aku tertanya-tanya sampai bila dia masih di situ,

Namun pada 18 jun, petang...

Dia dijumpai mati di sebelah "power bank", 1.5 meter daripada modem rumah kesayangannya itu,




Spekulasi pnca kematian ialah...
"Dia tak dapat makan bandwidth"
"powerbank tak mengeluarkan haba yang diperlukan"
"lupa sahur"


Google+ Hasbullah Pit