Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yarmuk

Tentera Rom Siti Nurhaliza

Semalam saya menonton seketika Anugerah Juara Lagu ke-n (n 0 Integer yang saya lupa). Saya amat terpesona dengan Kreomatografi lagu Destinasi Cinta nyanyi Siti Nurhaliza. Walaupun saya mempunyai Album Transkripsi Siti Nurhaliza, namun itu bukan lagu yang saya suka dengar, tidak tahu pun itu popular. Kufikir ia hanya pelengkap album sahaja. Mari kita lihat video ini:- (bukan akaun youtube saya ) Tertarik sungguh saya akan tariannya dan muziknya. Seakan ada unsur "perang", Ada beberapa panji ala Cina berwarna hijau, mengepung penari yang berpakaian seperti tentera Rom. Terus saya teringat kisah lama bagaimana Islam menumbangkan Rom pada peperangan Yarmuk , walaupun bilangan tentera Rom 5 kali ganda. Ketika dalam masih peperangan Komander tentera Khalid al-Walid diturunkan pangkat, Namun dia tetap berjuang kerana katanya " Aku Berjuang Bukan Untuk Umar " . Berbalik kepada Tentera Rom Siti Nurhaliza, ia kelihatan cuba bergerak, namun tak bergerak. Walaupun berpusing-pu...