Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Air

SYABAS dan KDEB

Dalam beberapa hari ini, sering keluar di Buletin Utama menunjukkan bantahan NGO terhadap cubaan pengambilalihan SYABAS oleh KDEB. (Tiada kaitan dengan KDE atau GNOME) . Diperkatakan kononnya masalah lama yang berulang. Tetapi tidak pula kedengaran suara dari Kerajaan Negeri Selangor tentangnya. Yang saya faham, KDEB ingin mengambil alih SYABAS. Bukannya KDEB menubuhkan Syarikat Air Kerajaan Negeri yang baru. Tukar kepala sahaja, syarikat sama. Kalau NGO itu kata SYABAS cukup bagus, apa kaitannya dengan pengambilalihan. Tukar Taukey sahaja, pekerja sama, infrastruktur sama, cara kerja sama, melainkan bil air sahaja yang lain sedikit. Apa yang kerajaan Persekutuan mahukan? Berdolak-dalik dalam isu ini? Kenapa Kerajaan Persekutuan seolah-olah tak mahu beri 20 meter padu air percuma. Kalau Persekutuan sungguh nak memberikan 20 meter padu air percuma kepada 1 Malaysia pun boleh kalau dia mahu. Kasi sahaja duit kepada semua kerajaan Negeri semua negeri termasuk negeri BN supaya dapat air p...

Kerajaan British Sudah Merancang untuk Membuat Landasan Keretapi untuk Melaka.

Negeri Melaka ialah negeri yang tidak mesra keretapi sejak dari dahulu, Stesyen Keretapi yang ada hanyalah di Tampin dan Pulau Sebang. Kedua-duanya terlalu jauh daripada kawasan perpenduduk padat. Kebanyakan penduduk negeri Melaka yang saya kenali tidak pernah menaiki keretapi daripada Tampin mahupun Pulau Sebang. Entah bagaimana Ali Rustam rupanya baru tahu tentang adanya perancangan KTM untuk menyambung landasan keretapi dari Pulau Sebang Ke Batu Berendam . (berita lama, sebelum pilihanraya) The state government wants to find out the status of an 18km stretch of land from Pulau Sebang to Batu Berendam which had been reserved for the rail network. Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said no decision on the land could be made as the state was unaware of the future plans of Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). He said a 60m-wide space along the 18km track had been reserved for the expansion of the existing rail network from Tampin to Pulau Sebang and onwards to Batu Berendam for t...

SAMB: Begitu Dhaifnya Negeri Melaka

Sungguh tidak kusangka, disebalik pembayaran "dalamtalian" bil air di Melaka, rupanya backendnya ialah "mengutip resit secara manual". Selama ini pengguna Maybank2u, cukup menyampah untuk bayar bil air, kerana kena keluar dari rumah Bayangkan, kesemua bil-bil yang biasa diterima oleh penduduk melaka boleh di bayar secara dalam talian, bil elektrik, astro, telefon, streamyx, simpan duit tabung haji dan lain-lain. Hanya satu bil sahaja yang tidak boleh dibayar dalam talian iaitu bil air SAMB. Saya pun hairan juga, kenapa bil air boleh dibayar di Kedai TNB, tetapi tidak boleh diintegrasikan bank tempatan, walhal bil air dinegeri lain boleh dibayar secara dalamtalian. Rupanya, disebalik "dalamtalian" rupanya "luartalian". SAMB kutip resit setiap hari BANDARAYA MELAKA, 7 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), melantik seorang kakitangan khas daripada bangunan Graha Maju di sini, untuk mengutip semua resit-resit bayaran yang dibuat oleh orang ra...

Adakah nilai 20 meter padu air percuma itu bersesuaian?

Saya menyambut baik hasrat kerajaan campuran Negeri Selangor untuk memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meterpadu (tiada kaitan dengan beraspadu ) . Namun, apabila kita ingin menjadi negeri maju, efficiency perlu ada. Dari mana datang nilai 20 meterpadu ? Adakah ia nilai yang optimum? 20 meter padu bekalan air mungkin diambil dari purata penggunaan air isirumah. Adakah penggunaan air purata rumah di negeri Selangor memang tepat tepat 20 meter padu? atau 21.x atau 22.x atau 25.x Di sini saya mencadangkan nilai 20 meter padu itu dikaji semula, atas tujuan untuk mendidik rakyat negeri Selangor supaya berjimat cerman. Walaupun Negara Malaysia kaya dengan sumber air. Jadi adalah dicadangkan supaya nilai takat pemberian air percuma itu adalah rendah sedikit dari purata penggunaan air di negeri Selangor. Sebagai contoh, Jika purata penggunaan air di rumah di Negeri Selangor adalah 25 meter padu, maka nilai OPTIMUM bagi air percuma adalah 15% lebih rendah dari purata 25 meter padu iaitu 2...