Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel A2DP

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun. Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data. Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll. Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada. Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh. Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya t...