Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Taman Pitis

SE Z750 - Telefon khusus untuk blogger perempuan?

Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd , blogger perempuan merah , blogger perempuan biru , blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat , blogger perempuan paling yang paling aku sayang ? Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai. Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita. Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu. Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi bl...

Yet Another Kenduri?

Yet Another Kenduri? NO! Bila tiba musim cuti sekolah, maka banyaklah kenduri kahwin, Entah mengapa mereka suka buat kenduri semasa cuti sekolah, lepas tu konflik dengan 4,5 kenduri yang lain. Kalau orang yang jenis rasa terpaksa pergi kenduri, mungkin ada yang boleh pergi salam-salam sehingga 8 buah rumah. Jadi, untuk mengurangkan bilangan kenduri, sila tiru macam Ustaz Umar. Ada tiga warna baju pengantin. Kuning, Hijau, Oren. (Kenapa tiada merah? Harap maaf, encik tersalah blog.. ) Kalau pakai baju yang sama warna, takut tersalah isteri. Kalau ada 8 kenduri kahwin dalam radius 5 km, sudah tentu orang kampung akan mengutamakan yang ini, kerana dia kahwinkan 3 orang anak serentak. Namun terdapat sedikit maslaha kecil, apabila beranak, nak seiring jalan 3 pasangan & pengapit-pengapitnya sekali tak muat jalan raya. Mungkin kena sewa Lebuhraya supaya muat.