Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MMV-200

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan

Saya lambat dapat idea. Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen. Nak cari lagu dah tak sempat. Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu. Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea. Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan. Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200? Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang. Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi. Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat. Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain...

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...

Pioneer DV-393

Aku kena pulangkan balik Pemain DVD ni kepada Mertua aku. Dulu aku juga yang belikan diorang pemain DVD ni, Tapi aku pinjam sempena Peraduan Saya Anak Malaysia, Jadi saya kena pulangkan balik. Aku dah mainkan DVD pada pemain DVD ni 24 jam selama lebih kurang 1 bulan tanpa henti-henti, tapi tak rosak pun. Dia sedikit pun tak menangis, Dia handal. Tak pernah aku tengok pemain DVD boleh on dan berputar sekian lama. Tapi aku ada masalah, nak mainkan guna apa Iklan Merdeka, Iklan Primax3 dan Iklan F1. Nak guna komputer macam dulu? boleh rasanya kalau guna Mac Mini. Atau nak guna Pioneer Hi End aku tu? Aku takut juga kalau rosak. Atau nak guna Sony Ericsson MMV-200? Tapi gambar tak cantik. Atau Stesyen beli sahaja Pemain DVD yang baru. Reviu aku pasal Pioneer DV-393, Kalau nak kira kualiti gambar dan bunyi, aku rasa tak seberana. Dia tiada output HDMI, atau video komponen. Hanya ada RCA dan S-Video sahaja. Kualiti bunyi, aku tak sempat uji lagi, Hanya dapat Uji dengan AEGO-M sahaja. Boleh t...