Ini adalah lanjutan daripada catatan lama Ruanglingkup pemikiran pengundi Kampung Berkisar tentang media optik yang digunakan sebagai sebaran kegiatan politik yang disasarkan kepada orang Melayu, masih lagi banyak dalam format VCD . Akan tetapi, apabila ianya disasarkan kepada kaum cina, automatik format DVD dipilih. Ketika berlakunya skandal seks Dr Chua Soi Lek, format DVD digunakan sebagai sebarannya, Baru-baru ini, ibupejabat DAP di geledah, dan format DVD yang dirampas , bukannya VCD . Akan tetapi, pada masa yang sama, BN cetak 50,000 VCD kekecohan dalam Dun Perak 7 Mei lalu untuk dahulukan rakyat! Ia menunjukkan , sekiranya ia bertujuan untuk disebarkan kepada semua orang, termasuk orang Melayu, maka format VCD akan digunakan. Agak menghairankan juga, apabila media optik yang digunakan oleh Pakatan Rakyat, dijual ketika ceramah, juga dalam format VCD , Untuk sebaran kepada Melayu juga? Ketika Pesta buku Antarabangsa KL 2009, yang lalu, saya mendapat media o...
Ayhd Yang Hendak Dibaca