Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tan Cheng Lock

Sebelum Merdeka Orang Cina Menumpang atau Tidak?

Sebentar tadi Paklah di kaca TV dengan bergayanya mengumumkan Perpecahan BN dengan mengiakan kenyataan perkauman oleh Ahmad Ismail. Ahmad Ismail seringkali mengeluarkan hujah bahawa yang dikatakan status menumpang itu adalah ketika sebelum merdeka. Adakah ia benar? Jawapannya ialah Ya dan tidak. Tan Cheng Lock, pejuang kemerdekaan, yang pernah bekerjasama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ketua AMCJA, kemudian dengan Datuk Onn (IMP) kemudian bekerjasama dengan UMNO (Tunku). Tan Cheng Lock sebati dengan UMNO kerana UMNO ketika itu agak bermurah soal kerakyatan berbanding Datuk Onn dan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Tan Cheng Lock dikira menumpang atau pendatang oleh PakLah dan UMNO Pulau Pinang apabila PakLah mengiakan apa yang Ahmad Ismail katakan? Tan Cheng Lock adalah generasi ke 5 berada di Tanah melayu ketika dia lahir. Generasi ke 5 masih dikira "menumpang"? Generasi ke 5 masih dikira "pendatang"? Kalau ketika dia lahir (1883), sudah gerenasi ke 5, agaknya ketur...