Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya. Namun terdapat 2 jenis penggemar emas. Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan. Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan. Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu. Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi. Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja. Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas pe...
Ayhd Yang Hendak Dibaca