test

Selasa, 10 Februari 2009

Cerita Pinjaman

Di Negeri Melaka, terdapat 13 orang peniaga telah mendapat pinjaman tekun.

Yang hairannya, Cek pinjaman itu diberikan sampaikan oleh ADUN Serkam, 'kawan' Ustaz Kamal iaitu YB Ghazale dalam satu majlis khas dan disiarkan di dalam Akhbar Melaka Hari ini.



SERKAM, 8 Feb - Para peniaga kecil di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, di sini menerima cek pinjaman untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan hari ini.

Cek pinjaman membabitkan seramai 13 peniaga itu telah telah diterimanya dari Pengurus Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Parlimen Jasin, Ismail Osman.




Saya pun tak faham, "pinjaman" disampaikan oleh YB seolah-olah ianya sesuatu yang percuma.

Sebentar tadi seorang pegawai bank menetelefon saya, menawarkan pinjaman sehingga 100k, tanpa dokumentasi lulus dalam lebih kurang 3 hari.

Kemaruk betul orang bank sibuk nak cari orang yang nak meminjam.



Tetapi dalam dunia lain, pinjaman adalah seolah-olah satu kurniaan, disampaikan oleh YB, masuk akhbar.
Entah-entah mensyaratkan keahlian ehem ehem.

2 comments:

  1. depa nak bagi tau itu semua jsa amno muahahaha

    BalasPadam
  2. boleh tak pinjaman tue ditukarkan menjadi derma sahaja... hahahah... kalau boleh... gua pon mau....

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit