Beberapa bulan lalu telah berlakunya rompakan di satu Cawangan Ar Rahn Kelantan yang melibatkan kehilangan emas bernilai lebih 9 juta ringgit. Bagi saya memanglah sepatutnya Ar-Rahn tanggung kerugiannya, itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Walaubagaimanapun diberitakan di Harakah seolah-olah kerajaan negeri menanggung semuanya. Saya tidak pasti samada editorial Harakah perenggan pertama itu sahih atau tidak. Sekiranya ianya sahih, ianya boleh diumpamakan bailout "Kerajaan Negeri" kepada Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn. Di perenggan ke dua menunjukkan bahawa "PKINK" yang mem'bailout' Pusat Gadaian Ar-Rahn. Adakalanya saya terfikir, tidakkah emas dalam gadaian itu tidak mempunyai perlindungan Takaful langsung? Bagaimana agaknya kalau Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn bukan milik kerajaan negeri? Bagaimana agaknya kalau kedai pajak gadai konvensional yang ingin menggunakan konsep Ar-Rahn, sekiranya dirompak, siapa mahu bailout? Persoalan lain yang muncul di fikiran ...