Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca