Banyak reaksi terhadap diskaun 10% terhadap tol di beberapa lebuhraya. Ada yang memperkatakan tentang keselamatan , ada yang memperkatakan tentang strategi pemasaran . Kalau semua orang sudah kata, apa saya mahu kata lagi? idea belum habis, jangan risau. Di sini saya ingin memperkatakan tentang berapa banyakkan kuasa menteri. Apabila lebihraya diswastakan, kerajaan telah terikat kepada perjanjian konsesi dan kemudiannya menteri kerjaraya sendiri telah mengakui sukar untuk menyuruh syarikat lebuh raya untuk memberikan diskaun. Hanya PLUS dan ELITE sahaja yang memberikan diskaun , walaupun tidak berapa menarik diskaunnya, yang lainnya tidak memberikan diskaun langsung. Menteri Kerja Raya sudah tiada kuasa untuk menyuruh syarikat lebuh raya untuk memberikan diskaun, yang dia dapat hanya 2 syarikat, itupun untuk selepas 12 malam. Perkara sebegini berlaku, lebih kurang sama konsepnya dengan Menteri Besar Selangor yang susah untuk memberikan 20m³ air, sehingga KDEB terpaksa pula membayar kep...
Ayhd Yang Hendak Dibaca