Tadi baru tengok Robocop versi alaf baru, Banyak kelainan berbanding versi 80an. Dalam RoboCop kali ini ada unsur politik, sosial dan emosi. Sebuah syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sebuah akta yang dikenali sebagai Akta Dreyfus. Tujuannya supaya dapat membekalkan robot pada kerajaan. Norma biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan "Pengsyarikatan" ala-ala Pengsyarikatan Malaysia. Politik di Amerika, biasanya ada titik akhir samada akta diluluskan atau tidak. Bila nak bentang sesuatu, maka ahli politik pun berkempenlah, korporat pun berkempen untuk mempengaruhi ahli politik yang mempunyai kuasa undian. NGO pun bergerak untuk meyakinkan ahli politik. Tetapi senario di Malaysia adalah berbeza, Bantahan besar-besaran Bantah GST dijadualkan untuk diadakan setelah Akta CBT/GST diluluskan. Lulus April, demo Mei. Walhal sejak 2013 lagi sudah tahu tentang akta GST akan dibentangkan. Ahli Politik Pakatan Rakyat memang pelik. Berbalik kepada...
Ayhd Yang Hendak Dibaca