Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven". Memang ramai orang meniru. Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru. Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru. Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang. Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci. Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru. Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru. Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga. Sekarang musim tiru Lazada Zalora. Hmmm Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru. Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat. Cara mereka iklan C...
Ayhd Yang Hendak Dibaca