Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini. Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an. Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah. Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik. Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh. Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak? Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah? Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India. Orang India marah tidak? Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca