test

Memaparkan catatan dengan label AFTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AFTA. Papar semua catatan

Selasa, 17 Julai 2007

Kekalahan Pasukan Bolasepak Malaysia


Memang senang sahaja "peminat" bolasepak Malaysia nak suruh Presiden dan Setiausaha agung letak jawatan.

Dan memang mudah sahaja untuk sesiapa menyuruh Kerajaan menghentikan penggunaan helikopter Nuri setelah terhempas.


Itulah hakikatnya bagaimana orang Malaysia memberi komen. Dengan cara berfikiran singkat.
Ubah sahaja semuanya. Tetapi adakah ia akan menyelesaikan masalah?

Ketika Alan Harris menjadi jurulatih dahulu, walaupun bagi saya ketika itu Pasukan Malaysia agak kuat, tempat kedua sukan sea tahun 2001, namun, masih tetap kena kondem oleh "peminat" bolasepak tempatan.

Apabila Batalan Beskei (betulkah ejaan aku), Pasukan Malaysia masih lagi kuat, piala tiger dapat nombor 3, walaupun tanpa Indra Putra dan Akmal Rizal. Tapi itupun kena kondem.

Apabila Beskei ditamatkan perkhidmatannya apabila gagal memilih ahli untuk bawah 20, K. Rajagopal pun mengalami masalah yang sama.

Aku sebenarnya smpati dengan nasib pemain bolasepak kita, mereka bagus, tetapi kurang semangat. Ditambah pula dengan komen-komen menyakitkan hati.

Masalah mereka nombor 1 adalah kekurangan semangat juang. Dari dulu lagi kita mempunyai masalah yang sama. Kita merdeka bukan kerana kita mengalahkan Inggeris, Kedah , Kelantan dan Perlis menangani ancaman Siam dengan bantuan Inggeris. Johor dengan bantuan Belanda baru boleh kalahkan Portugis. (Belanda tak dapat mengalahkan portugal pada piala Dunia 2006 mungkin kerana tanpa bantuan Johor).

Pada tahun 2007 ini, tidak wujud apa-apa perjuangan dalam bentuk penentangan yang boleh diketagorikan sebagai agak besar. Takkan rakyat nak menentang kenaikan gaji kakitangan awam.


Kenapa dahulu boleh pasukan bolasepak kita agak kuat? Masih ingattak kita mampu menentang pengganas komunis sehingga mereka hanya boleh duduk dihutan, itu pun mereka menyerah kalah.

Hairan juga kenapa pasukan bawah 23 tahun amat kuat pada awal 2000?
Orang muda, semangat REFORMASInya masih kuat ketika itu.

Walaupun sekarang ini masih banyak yang kita perlu tentang, seperti AFTA, ISA, OOXML
tetapi tiada gelombang penentangan yang kuat.

Indonesia, Thailand?
Indonesia ada krisis Acheh/GAM, ada penukaran Presiden, sekejap Megawati, sekejap Gusdur, sekarang Bambang.
Thailand masih lagi dalam pemerintahan tentera, pemain bolasepaknya agaknya cuba membuktikan yang Thaksin salah percaturan apa bila dia membeli pasukan bolasepak Inggeris.

Jadi Malaysia mestilah "Pick a fight",

Apa kata kita serang selatan thai untuk bebaskan kawan-kawan kita dari cengkaman Thailand?
Apa kata kalau kita mencampuri hal elwal acheh?
Apa kata kalau kita pakat dengan Pemberontak Nigeria supaya kita pun sekali dapat minyak dia.
Kalau nak nampak baik, apa kata kita tetap hantar tentera ke lubnan sebagai tentera OIC walaupun PBB tak kasi.
Kalau susah sangat, kita ugut USA supaya tak mahu tandatangani AFTA pun dah cukup.


Ralf Nader, Calon "Green Party USA" suatu ketika dahulu, pernah mengatakan bahawa Amerika Syarikat masih boleh jadi Super Power walaupun peruntukan kewangan ketenteraan dikurangkan. Walaupun dia Green Party, masih tetap mahukan Negara dia masih lagi jadi Super Power.

Berbalik kepada bolasepak, masalah ke 2 yang aku nampak adalah masalah tektikal.
Bahagian Pertahanan terlalu lemah, walaupun cara marking 1 to 1 dah outdated, tetapi masih boleh berguna jika berlawan dengan pasukan yang jauh lebih handal.
Bayangkan kalau pertahanan kita amat kuat, tak ditembusi, Kita boleh menang 1-0 ke atas China, dan seri 0-0 dengan Uzbekistan.

Aku tak kata Jurulatih Norizan Bakar tak bagus, tapi kalau kita boleh ada jurulatih yang lebih baik, apa salahnya kita gunakan jurulatih import semula.
Kalau boleh tekankan skil asas, hantaran tepat dan tahan bola sampai berhenti.

Masalah utama diluar kawalan FAM adalah masalah penonton, penonton di Malaysia hanya mahu tahu nak memang, dia tak reti untuk belajar "sokong mati matian walaupun kalah".

kalau penyokong tak sokong bermati-matian walaupun kalah, janganlah salahkan pemain kenapa tak bermati-matian walaupun kalah.

Cukuplah dengan 1 perletakan jawatan yang boleh menyedarkan semua pihak, tak perlu suruh semua letak jawatan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa Walaupun kalah teruk pada Piala Asia, kita masih mampu memenangi Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea 2007.

Google+ Hasbullah Pit