Politik Kini semakin menjijikkan.
Bukan politik yang kotor, tetapi orang-orangnya yang mengkotorkannya.
Saya tidak menolak politik kerana banyak perkara perlu diselesaikan melalui politik.
Mahu hapuskan PPSMI, tanpa politik memang sukar.
Tetapi politik bukan segalanya.
Banyak perkara boleh dilakukan tanpa politik.
Kalau tidak, tak wujudlah istilah anarkisme.
Anarkisme itu satu pemikiran bahawa tidak perlu kerajaan.
Kalau masyarakat terlalu bergantung kepada politik, saya tidak pasti apa istilah khas untuknya.
Kenapa politik kini menjijikkan?
Cerita soal parti, parti, parti.
Orang parti ini cakap tentang orang parti itu.
Mana dia politik pentadbiran kerajaan?
Puas sudahkah kita perdebatkan PPSMI?
Puas sudahkan kita perdebatkan pelan rangsangan ekonomi?
Puas sudahkan kita perdebatkan penyeselaian masalah pengangguran?
Wujudkah sesiapa ahli politik yang sibuk untuk mencadangkan supaya lesen perniagaan dilonggarkan sempena pembuangan kerja yang meningkat?
BN sokong yang mana satu, longgarkan atau ketatkan?
Pakatan Rakyat?
Zety sibuk turunkan kadar Faedah,
Pakatan Rakyat, pemimpin BN setuju atau tidak setuju.
Kasi Lawan lah.
Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
BalasPadamAkhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.
Kalau politik itu menjijikkan, tulislah tajuk dalam bidang lain. Bidang bunga-bungaan kah, bidang kesukanankah, bidang percintaankah. Jang tulis dan baca bidang politik. Tanapa anda orang lain boleh memainkan peranan politik negara. Jangan menulis politik kerana jika jijik selamanya penulisan anda hanya seolah janis anjing yang menjijikkan spt dakweah-dakwat hitam yang digunakan.
BalasPadamOrang politik dah xde yg pikir tentang pengundinye..yang penting $$$$$$$$......sianye pengundi...
BalasPadambungaraya:
BalasPadamPolitik itu wadah perjuangan yang boleh menjadi jijik.
Kalau saya tiada kesan dalam politik, saya tidak berpolitik.
Kalau PAS cukup orang dan semangat untuk bantah PPSMI, saya tidak perlu ada.
Kalau PAS cukup orang untuk kembalikan matawang dinar/dirham, saya tak perlu ada
Hello Saudara,
BalasPadamAdakah politik semakin menjijikan ataupun ini adalah kali pertama kita mengalami/menyaksikan politik lompat2 sebagai dewasa?
Peristiwa 1994 berlaku semasa saya hanya 14 tahun. Yang lompat2 yang lain saya lagi muda.
Saya rasa PPMSI ini perlu dikaji oleh professional.
Di forum UMNO yang saya hadir, juga dicadangkan "native speakers" dijemput untuk mengajar di kawasan2 luar bandar.
Re debat, saya rasa dengan Internet, ramai orang dari semua lapisan masyarakat, latar belakang dan umur dapat berdebat. Untuk mendengar suara rakyat, pemimpin2 boleh membaca blog. Dulu, debat mungkin di-"monopolised" oleh sebahagian msyt yang ada akses, spt Razak Baginda.
Tapi pentadbiran satu negara akan dilakukan oleh satu kumpulan yang kecil saja, berbanding dgn populasi negara. Secara teori, kita semua membuat keputusan atas polisi, dll melalui pilihanraya, tapi adakah ini sistem yang terbaik? Bolehkah seorang penduduk kampung yang senang percaya orang dan kurang terdedah dengan dunia serigala bandar dan realiti dunia memilih seorang pemimpin yang terbaik? Atau adakah mereka akan senang terpedaya dengan kata2 manis pemimpin2 ini yang terus memeras kekayaan rakyat atau membuat keputusan yang tidak menguntungkan negara?
Jed
BalasPadamGolongan profesional pun sudah kaji PPSMI, ramai tak setuju, ada sedikit yang setuju.
begitu juga orang politik, ada yg setuju ada yang tak setuju.
Dalam PAS sendiri Aduka Taruna terang-terang sokong PPMSI.
Orang UMNO saya tidak pasti.
Tapi PPSMI wujud kerana politik, pemimpin yang merasa dirinya betul, mengadakan PPSMI , tak berani disanggah oleh orang UMNO bawahan.
Ia wujud kerana politik, maka ditentang dengan politik juga.
emm, itulah politik ni, memang betul 2, bukan politik yang kotor, tetapi orang yang buatnya menjadi sebegitu..
BalasPadam