Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Reviu

Tandabuku Sosial, Google Share

Arahan tanpa paksaan: Sila heret pautan ini = = = Emel/Kongsi = = = (Ya, yang ini) ke toolbar pelungsur web anda. Seperti pada gambar di bawah: Memang sukar untuk menggalakkan pengguna web tempatan termasuk blogger untuk berkongsikan Kandungan yang bagi mereka menarik. Akan tetapi, kalau hoax, cepat pula tersebar. kalau Gambar Bunga Citra Cinta Lestari bercium separuh bogel, cepat pula cepat tersebar. Antara sebab mengapa kurangnya pengguna tempatan berkonsi kandungan dengan orang lain adalah kerana ketiadaan akaun digg atau akaun del.icio.us Tapi kini masalah itu agak selesai, kerana google pun dan menjebakkan dirinya ke dunia Tandabuku sosial. Rata-rata pengguna blog, atau pengguna internet mempunyai akaun google. Mungkin ada yang tiada kerana taksub dengan Yahoo!! Baru baru ini, Yahoo baru beli Mybloglog, satu syarikat internet yang popular dilakangan pemblog tempatan. Kembali kepada cerita google, dengan adanya butang Emel/Kongsi di toolbar pelungsur web anda, maka lebih mudah unt...

"My Inspiration Sharing Land"

Pagi tadi saya menemui satu laman blog tempatan yang agak informatif, memang bertujuan untuk dikongsi bersama, namun tidak mendapat sambutan daripada pembaca blog. Ketika itu saya meng'blogsearch' perkataan 'Malaysia Label Cloud'. Saya nampak satu perbezaan nyata antara blog yang mempunyai Awanan Tag (atau 'Label Cloud' atau 'Tag Cloud') ialah mempunyai pengetahuan asas tentang Web 2.0. Di atas adalah Awanan Tag milik Jason, Pemuda Kuantan Kedah, di Laman Blog 'My Inspiration Sharing Land' . Nama blog sudah cukup untuk menggambarkan betapa dia ingin mengongsi Maklumat/pendapat. Ia terbukti benar, apabila saya membaca arkibnya, Kandungannya memang bermaklumat dan asli. Asli dalam konteks ini adalah bukan diceduk bulat-bulat dari sumber luar. Melihat akan Tema blognya, teringat saya pada tema saya yang lalu. Awanan Tag kelihatan cantik bila digunakan dengan tema itu. Cadangan Saya ialah tukar warna Awanan Tag daripada 'Hitam ke biru' kepa...

Awanan tag pada blog Irtiyah

Memang jarangku temu blog wanita yang ada "Awanan Tag", tapi kini kutemui jua. Kebiasaannya, apabila sesuatu blog itu terlalu informatif, maka tak ramai yang datang. Hanya peminat topik tertentu sahaja yang datang. Apabila ia terlampau politik, maka orang politik sahaja yang datang. Laman blog Irtiyah , menggambungkan dua ciri iaitu informatif dan diari. Hampir keseluruhan kiriman blog ditagkan/dilabelkan samada tag 'Pengetahuan Am' atau 'Diari' , manakala kandungan informatif dalam Bahasa Ingegeris dilabelkan sebagai 'General Knowledge'. Ia amat memudahkan pengunjung yang lebih gemar pada kandungan Informatif, untuk klik pada ' General Knowlegde ' atau ' Pengetahuan Am ', peminat Matematik boleh terus ke ' Mathematics '. (Tiada istilah Matematik subversif disitu kerana dia menggunakan istilah Inggeris) . Selain dari itu, terdapat lagi satu ciri yang menarik iaitu Kiriman Blog terkini yang disertakan dengan sedikit keterangan k...