Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kebajikan

Mod Kebajikan Bersama 2 Hamzah

Tadi berlakunya kerja yang tidak popular iaitu membungkus bekalan untuk diagihkan kepada fakir miskin. Projek ini adalah diantara saya sebagai wakil PAS Cawangan Sempang bersama MTD Merlimau. Sempang sebenarnya bukan di dalam DUN Merlimau, tapi sudah jodoh untuk bertemu. Bagi saya program ini agak istimewa kerana ia mengagihkan ke bilangan rumah yang agak banyak. Merlimau 75, Sempang 15, menjadikan keseluruhan 90. Kerja pembukusan dijalankan bersama saudara Hamzah dan Mubin . Ditemani oleh Hamzah lagi satu. Jadi ada 2 Hamzah. Hamzah kecil jadi tukang hulur, Hamzah besar buat kerja akhir pembungkusan. Hasilnya, Dalam setiap plastik ada beras 10kg, kopi, gula dan lain-lain. Berpeluh. Kopiah Hamzah (kecil) adalah sama dengan yang dimiliki Umar. Dibeli ketika keluar sebentar untuk 'beli ubat nyamuk' .

Bila McCain nak Arahkan Cawangan Republican Agihkan Bantuan?

Selama saya hidup di dunia ini, tidak pernah kedengaran Parti politik di Amerika mencadangkan pengagihan bantuan kemiskinan melalui parti politik yang memerintah. Agaknya, Kalau Bush arahkan Republican untuk mengagihkan bantuan kemiskinan supaya McCain dapat mengatasi Obama, adakah rakyat Amerika akan "terhutang budi" kepada Republican? Suasana berbeza berlaku di Negeri Melaka, dimana secara terang-terangan Ali Rustam mengarahkan supaya bantuan kemiskinan diagihkan melalui partinya. Sila baca Berita di Akhbar Tanpa RSS, Melaka Hari Ini Saudara Saudara boleh lihat bagaimana dia berkata, sekejap "Kerajaan" sekejap "UMNO". Boleh lihat sendiri dengan jelas bagaimana cacamerbanya Parti Pemerintah yang sering melaungkan "Pakatan Rakyat Tak pandai memerintah". "Perkara asas itu adalah seperti membela rakyat di semua peringkat, termasuk membela kemiskinan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam b...