Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kementerian

Liberisasi Ekonomi Najib, Tanpa Persetujuan Kabinet atau Parlimen?

Pakej liberisasi ekonomi yang baru-baru ini diumumkan Najib melibatkan 30% ekuiti bumiputera, dan pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan, adalah perkara besar. Yang pertama ianya melihatkan sensitiviti orang Melayu. Yang kedua , melibatkan kedaulatan negara. Namun tiada berita mengenainya yang mengatakan ia mendapat persetujuan kabinet atau parlimen. Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu besar? Seperti boleh memansuhkan sesebuah Kementerian ikut suka hati ?

Kabinat Najib = Pesta Kurniaan Jawatan TImbalan Menteri

Kecil Sangatkah Kabinet Najib? "Komunikasi" dipindahkan daripada "Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi" ke "Kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan". Menteri "Tenaga Air dan Komunikasi" dapat tambahan "teknologi hijau" menjadi "Menteri tenaga, teknologi hijau dan air". Akan tetapi pada masa yang sama ada "Alam Sekitar" pada "Menteri sumber asli dan alam sekitar ". Pada masa yang sama pula ada  "Menteri sains, teknologi dan inovasi". Menteri mana yang benar-benar nak bangunkan teknologi hijau? Seperti yang dulu, masih Kementerian Pelajaran masih terpisah Kementerian Pengajian Tinggi. Angkasanuri pasti masih pening berurusan dua kementerian berbeza. Jauh lagi untuk realisasikan "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" . Pemisahan "Sains Teknologi dan Inovasi" dengan Pendidikan boleh diibaratkan satu niat jahat untuk memisahkan kegiatan ber...

Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan , kata Menteri Kewangan II

"Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan" kata Menteri Kewangan II ketika tidak habis jawap soalan di Parlimen. Ahli Parlimen Batu Gajah, sehingga di lobi pun mahukan jawapan. Tak sempat jawap walaupun sudah 2 kali hadir. Kenapa ada 19 lagi kementerian? Kenapa Malaysia ada banyak kementerian? Supaya ada banyak Menteri? Supaya Pesta Kurniaan Taraf Menteri dapat dijalankan? Tidakkah bilangan kementerian boleh dikurangkan? Jemput baca cerita lama: Barisan Kabinet adalah Pesta Kurniaan Taraf Menteri, Malaysia perlukan pengstrukturan baru Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" (Awas: Ia memang mempolitikkan pendidikan)

Barisan Kabinet adalah Pesta Kurniaan Taraf Menteri, Malaysia perlukan pengstrukturan baru

Apabila PakLah mengumumkan barisan kabinetnya yang baru, maka ramailah blogger yang memberi komen tentang barisan itu. Ada yang mengkaitkan dengan bilangan wakil dari negeri , Ada yang mengatakan ianya lemah , Ada yang mengatakan negara akan tergadai kepada Singapura , Ada yang mengatakan ianya umpama pesta cantas mencantas . Ada pihak menggesa supaya Barisan Rakyat menyenaraikan Kabinet Banyangannya, (lupa URL). Dan saya sendiri cuba mendraf barisan Kabinet Bayangan dikalangan pemblog Beras Padu . Mari kita lihat, Apa yang sebenarnya PakLah cuba lakukan. Walaupun ramai yang memperkatakan Kabinet itu tiada orang Najib, maka saya persetankannya kerana bagi saya ia hanyalah Kabinet Sementara. Kita boleh lihat bagaimana beberapa kementerian baru diwujudkan selepas pilihanraya 2004, untuk meramaikan bilangan menteri. Setelah selesai pilihanraya 2008, Bilangan Kementerian tidak bertambah, akan tetapi bilangan Menteri dan Timbalan Menteri bertambah. Seolah-olah "Taraf Menteri" itu ...