test

Isnin, 23 Februari 2009

Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?

Sekarang ini musim pembuangan kerja.
Kilang itu kilang ini dikatakan akan membuang pekerja.

Ada pula exco mengemukakan cerita indah tentang pelaburan asing yang bernilai berbilion ringgit masuk. Sama sahaja perangainya dengan Ketua Menteri yang itu.

Nak buat apa cerita indah banyak-banyak?

Tidak boleh dinafikan kilang akan tutup, dan ramai hilang pekerjaan, dan ramai pula nanti tidak mampu bayar hutang bank. Kemudia itu ini kena tarik.

Saya melihat krisis ini sebagai pembetulan terhadap ketidakadilan ekonomi.

Ya, memang ramai diantara kita cukup bahagia bila banyak pelabur datang, sediakan peluang pekerjaan, tetapi sampai bila?

Banyak produk dihasilkan itu dijual kepada Amerika , digunakan seketika kemudian buang.

Mereka boleh cetak duit, boleh kasi kredit tanpa had kepada rakyatnya, dan terus membeli produk daripada kilang-kilang seluruh dunia , dan kemudiannya dibuang.

Apabila berlaku krisis kredit, rakyat Amerika sukar untuk berhutang seperti dulu dan menyebabkan permintaan terhadap barangan merosot.

Adakah kita perlu bergembira sangat apabila mereka tidak lagi boleh membeli dan membuang produk-produk yang dihasilkan di Asia?

Orang asia menjadi hamba tabiaat konsumerisme mereka.

Orang Amerika bukan ada duit sangat. kebanyakkan mereka berhutang untuk membeli dan membuang,

Istilah "membeli belah" bolehlah ditukar kepada "membeli buang" berdasarkan tingkah laku konsumerisme yang melampau oleh mereka. Kita pun lebih kurang sama, cuba had kredit rakyat Malaysia lebih rendah.

Namun apabila rakyat Amerika terlalu banyak berhutang, mereka sudah sampai tahap sukar untuk berhutang lagi.

Bernanke turunkan kadar faedah pun, mereka cuba berjimat.

Kemudahan kredit melampau itu akan menyebabkan permintaan terhadap barangan juga meningkat secara melampau. Mereka beli barang yang tidak perlu, pakai sekejap dan buang.

Bilangan duit maya yang disebut oleh Dr Kamil sebagai "accounting money", itu tidak wujud sekiranya dunia menggunakan emas dan perak sebagai matawang.

Terhadnya emas dan perak dalam dunia ini, menyebabkan sukarnya pemberian kredit yang tidak bersandarkan apa-apa. Kalau nak pinjam emas , boleh, tetapi emas itu perlu wujud.

Mereka tidak boleh wujudkan emas yang tidak wujud.

Teringat saya pesanan cikgu fizik saya, tenaga itu tidak boleh dicipta, hanya bertukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Emas dan perak umpama tenaga.

Tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan.

Jika emas digaulkan dengan nasi, emas tetap emas.

Jadi, sekiranya permintaan melampau akibat kemudahan kredit melampau itu tidak wujud, Maka kilang yang bersepah itu juga tidak wujud.

Kilang mungkin wujud, tetapi ianya wujud berdasarkan permintaan sebenar yang berdasarkan kemampuan pembeli. Bukannya berdasarkan kemampuan "maya" pembeli.

Maka tidak wujudlah pembuangan kerja berleluasa seperti hari ini, kerana kilang yang tidak patut ada itu tidak ada.

Pekerja kilang yang dibuang kerja hari ini, mungkin sepatutnya sudah buat kerja lain yang bukan kerja kilang.

3 comments:

  1. bagus artikel ko
    mmg ada kaitan la kan dengan situasi sekarang
    aku suka ! hehe :)

    BalasPadam
  2. Betul tu. duit maya menjadikan pekerjaan dan pendapatan adalah maya sebenarnya(walaupun hakikatnya kita bekerja dan berpendapatan)tetapi kesannya sudah tentu tidak maya. Ia umpama mimpi indah di malam hari yang menyebabkan kita bangun subuh lewat atau mimpi indah di dalam kelas pengajian yang berakhir dengan herdikan guru!

    BalasPadam
  3. Salam Pakcik Sebol,
    Apa pandangan Pakcik Sebol tentang perniagaan MLM? Sekarang ni ramai yang dah mula menceburi MLM kerana ramai yang dah mula nampak peluang tambah pendapatan daripadanya...Dan ramai juga yang berjaya dapat income bulanan yang 'sedap'...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit