Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesihatan

Isu IJN, Perlancongan Kesihatan, Ali Rustam, Merlimau, Malaysiakini

Saya agak sukar untuk mengulas tentang isu IJN kerana saya masih belum mendapat cukup maklumat. Ingin juga saya mendengar hujah pihak yang menyokong pengswastaan IJN itu. Menurut blog Anil Netto, pengswastaan itu adalah sebagai langkah meningkatkan perlancongan kesihatan . Dalam kes ini saya tidak pasti siapa yang memerlukan siapa. Kementerian kewangan perlukan dana Sime Darby untuk buat Hospital Jantung Swasta atau sebaliknya? Saya tidak rasa Sime Darby kemaruk sangat keuntungan sehingga perlu melabur pada hospital yang bakal di swastakan. Sime Darby dikatakan akan membeli 51% daripada IJN, untuk sayap swasta IJN dapat beroperasi secara komersil. Kenapa 51% bukan bawah 50%? itu persoalan dari saya. Mengapa perlu IJN ada sayap swasta, ada sayap bukan komersil? Saya bukan menolak Hospital Jantung Swasta secara total, kerana perlancongan kesihatan adalah satu jenis perlancongan yang sihat. Datang sakit, balik sihat. Jikalau Sime Darby merasakan perniagaan Hospital Jantung menguntungkan m...

Hari AIDS Sedunia

1 Disember diisytiharkan sebagia hari AIDS sedunia. Seperti biasa, maklumat tentang AIDS, selalu diberikan tapi sering kali ramai orang yang tidak faham lagi. Janganlah pandang serong kepada pesakit AIDS kerana tidak semua dijangkiti AIDS akibat perbuatan tidak senonoh. Ia boleh berjangkit melalui pemindahan darah. Ada juga yang dilahirkan dengan AIDS. AIDS tidak boleh berjankit melalui sentuhan atau ciuman. (melainkan kalau ada pendarahan berlaku pada tempat sentuhan) Sudikan baca Catatan Pikey mengenai AIDS .