Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel iEn

Penyelesaian tandabuku sosial kandungan tempatan

Sudah lama saya cuba fikirkan akan sesuatu cara dimana dalam dunia web 2.0 ini kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik. Memang wujudnya banyak tandabuku sosial versi barat yang sering menaikkan kandungan antarabangsa, sehingga satu tahap, kandungan tempatan, terutama sekali yang dalam bahasa melayu tak dapat dikongsikan dengan jayanya. Digg? Apa gunanya digg kalau kandungan BM didiggkan, tetapi seluruh dunia tak kan diggnaikkan kandungan bahasa melayu. (diggnaik= digg up). Apabila saya membuat membuat undian tentang akaun apa yang pelawat blog ini ada, terlalu sedikit yang ada akaun digg, mahupun del.ico.us. Saya telah cuba bentangkan idea perkongsian tandabuku pada kiriman blog saya di bluequil. Akan tetapi, ia tidak mendpaat sambutan. Apa yang saya lihat, banyak pemblog yang tersohor mempunyai "share it", yang menyenaraikan digg, delicious dan lain-lain. Bayangkan kalau hanya 100 orang yang memasuki blog tertentu, 5% yang faham konsep tandabuku sosial, samada jenis ...

Klik pada Awanan Tag/Label

Mungkin ramai pemblog tempatan tidak berminat dengan Awanan Tag, tapi tak mengapa, selain daripada blog Irtiyah , Blog StrangeCharm juga telah menyertai kelab Awanan Tag/Label (bukan subversif) . Namun, kemana pengguna sepatutnya akan dibawa setelah mengklik label yang diingini? Sebelum ini, terdapat 2 pilihan Yang pertama iaitu seperti biasa, kalau klik Cikgu Suraya ia akan dibawa ke http://sebolku.blogspot.com/search/label/Cikgu%20Suraya. Dimana ia akan memapar keseluruhan kemasukan blog yang mempunyai tag "Cikgu Suraya". Yang kedua, ialah itu gaya Kak Jie dan iEn, ia akan memaparkan "TOC", senarai topik yang ada. Waalupun Kak Jie tiada Awanan Tag, tapi outputnya adalah seperti berikut jika pengunjung klik pada Blog Tutorial . Kalau ada banyak topik yang menggunakan label/tag tertentu, mungkin cara Kak Jie dan iEn sesuai. Manakala kalau hanya 1 topik menggunakan sesuatu label/tag, lebih baik guna cara biasa tanpa ubah suai. Namun, ada cara ketiga yang lebih kool...