Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JawapCarian

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati. Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu. Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab. Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun. Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama. Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan. Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai. Atau , ketika harga emas betul-betul rendah. Ini bol...

JawapCarian: kenapa sms perlu ada had untuk dihantar?

cuba jawap! --Kemaskini: Sebenarnya saya pun tak tahu jawapannya, sebab itu saya tanya pengunjung blog ini. Yang saya tahu, SMS bergantung pada sistem GSM yang baru menyambut ulangtahun ke 20, baru baru ini. Walaubagaimanapun SMS datang kemudian, iaitu pada tahun 1985, SMS dijadikan sebagai piawai GSM. Piawai itu yang menetapkan syarat 160 aksara. Kenapa 160? Entahlah, mungkin disebabkan ia dipanggil sebagai 'Short Message System' , maka ia perlulah 'short'. Masa berubah, nak ubah dari GSM kepada lain bagi sesuatu tempat amat sukar, kerana sebab itu, kita masih gunakan GSM. Tetapi, mesej teks lebih panjang boleh dihantar sebagai beberapa SMS. Hampir semua telefon baru menyokong gabungan 2,3 SMS dihantar tapi kelihatan seperti satu Pesanan Teks. Pesanan Teks boleh juga dihantar tanpa menggunakan SMS, dimana ia dihantar menggunakan Data Paket. Saya tak pernah cuba dapatkan berapa had saiz mesej teks yang dihantar sebagai MMS. Sila betulkan saya kalau saya salah.

JawapCarian: Ahmad Boestamam di tangkap pada...

Terdapat pengunjung yang memasuki laman blog ini kerana mencari " Ahmad Boestamam di tangkap pada " melalui Yahoo dan Google. Untuk tidak mengecewakan pengunjung, Anda boleh baca sebahagian daripada halaman 183, Buku Merintis Jalan Ke Punchak oleh Ahmad Boestamam sendiri di bawah:- Jadi kesimpulannya, Ahmad Boestamam ditangkap pada petang, Khamis 1 julai 1948 . Satu lori 'Mata-mata' (Polis) tiba di hadapan rumah Ahmad Boestamam, Setelah mata-mata memastikan dia adalah ahmad Boestamam, maka mata-mata memberitahu Ahmad Boestamam akan dia akan ditangkap. Setelah ditanya akan wujudnya waran untuk menangkapnya atau tidak, mata-mata itu menerangkan bahawa tiada waran diperlukan untuk menangkap sesiapa ketika 'Dharurat'. Ahmad Boestamam 'disimpan' di lokap polis Tanjung Malim. Keesokan paginya dia dibawa ke ke Lokap Balai Polis High Street Kuala Lumpur, selepas singgah sebentar di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Balai Polis High Street, pada buku itu ditulis ...