Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Angkasawan

Melihat isu babi, Angkasawan Terowong Smart dari sudut kejuruteraan

Ini adalah 3 cerita dalam satu. Memang sekarang ini isu babi di Selangor hangat, ada yang kata perlu, ada yang kata tak, ada yang cuba nak hina kerajaan baru, ada yang belit macam macam. Begitu juga dengan program angkasawan, ramai yang kata membazir, ada yang kata tidak. Ada yang perlekehkan kenapa tak pandu sendiri kapal angkasa, ada perlekehkan kenapa tak buat kapal angkasa sendiri. Ada pula menteri yang mensasarkan untuk buat kapal angkasa sendiri daripada kejuruteraansongsang kapal soyuz yang hendak dibeli. Begitu juga terowong smart, ada yang persoalkan kenapa dia tutup beberapa hari dan menyebabkan jalan sesak. Ya, ia memang berfungsi sebegitu, alirkan limpahan air sungan kelang ke tasik melalui terowong kenderaan yang ditutup secara manual. Bila air lalu, adakalanya kotor dan perlu dibersihkan. Terowong itu sememangnya perlu beroperasi secara manual, jika tidak mungkin ada orang yang lemas kerana tertinggal di terowong ketika air lalu. Pintu keluar kecemasan perlu ditutup seca...

Siapa Ikon Kempen Kaviti Sifar ?

Baru baru ini kedua di kaca skrin TV akan satu Kempen Kaviti Sifar yang dilakukan oleh Colgate. Terus saya teringat "Setinggan Sifar" dan Kekanda Khir . Ya, Kekanda Khir juga seorang Doktor Gigi. Maka semangnya Kempen Kaviti Sifar memang senonim dengan "beliau" Bila kugoogle "Kaviti Sifar" rupanya kempen Kaviti Sifar telah dilakukan oleh kerajaan pada Mei tahun lepas. Rujuk: Kesihatan mulut wajar diberi perhatian Gigi berlubang risiko jangkitan mulut Bagaimana kempen sebegitu boleh tidak sampai kepada pengguna, sehinggakan masyarakat akan menganggap Kempen Kaviti Sifar itu adalah kelolaan Colgate. Bayangkan, kalau pada 15 tahun akan datang, semua rakyat malaysia lepasan SPM mempunyai gigi yang cantik dan elok. sambung belajar di luar Negara, secara automatik negara luar akan mengkagumi Malaysia. Hanya berdasarkan gigi. Kalau bukan untuk dijadikan "kebanggaan", bukannya gigi orang lain yang cantik/elok, gigi rakyat Malaysia juga. Untuk kebaikan r...

Tag Petaling Street Pada Blogger

Terima kasih kepada Saudari iEn yang memberikan tutorial yang membangkitkan idea saya untuk membuat tag Petaling Street pada blog saya ini. Kalau anda perhatikan, di bawah ada "Petaling Street: tag, tag, tag" Apa gunanya Tag Petaling Street itu? Berdasarkan sasaran untuk memperbanyakkan kandungan Web 2.0 tempatan, maka kandungan web 2.0 tempatan sepatutnya boleh berkait antara satu sama lain. Jadi kandungan blog saya sepatutnya boleh berkait dengan kandungan blog tempatan yang lain. Petaling Street adalah tempat paling sesuai untuk mencari maklumat berbentuk "Pandangan Rakyat Malaysia". Maka, apabila saya menulis tentang "Hindraf", Tag Petaling Street " Hindraf " akan membawa anda ke laman blog tempatan yang lain yang menceritakan tentang hindraf. Bergantung pada waktu, sekiranya musim orang bercerita tentang "Angkasawan", Tag Petaling Street "Angkasawan" akan membawa anda ke pandangan orang lain terhadap " Angkasawan ...

Kotak Rokok akan TERBAKAR

Kotak rokok akan terbakar apabila ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (Microwave oven). Ianya akan menyala tidak sampai 10 saat setelah ia di'panas'kan. Oleh itu anda tidak digalakkan untuk memcubanya di dapur masing-masing. Kenapa saya memanaskan kotak rokok di ketuhar gelombang mikro? Asalnya saya cuba mencari penyelesaian bagi rokok yang telah masuk angin, manalah tau kalau kita "nge"kan dia di ketuhar gelombang mikro, rasa "masuk angin"nya akan hilang. Rupanya ia terbakar pula. Bila hanya rokok tanpa kotak dipanaskan di ketuhar itu, kesan "masuk angin" tetap ada. Pembuktian konsep bagi menghilangkan rasa masuk angin pada rokok gagal. Namun dapat membuktikan kotak rokok boleh terbakar dalam ketuhar gelombang mikro. p/s: adakah rokok akan masuk angin di ISS?

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz . Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula , ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram. Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza. 1. di bumi 2. di ISS 3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Dalam dunia fizik, ' Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza . Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula. Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg bera...

Bukan Planet Biasa - Pluto

Terdapat beberapa temuramah dilakukan kepada orang ramai pada cerita animasi KaptenMut yang bertanyakan akan nama-nama planet yang ada di dalam Sistem Suria. Ianya bagi saya diibaratkan satu cerita sedih kerana masih ramai lagi yang menganggap 'Pluto' itu sebagai satu satu planet. :( Namun pengacara tidak pula cuba menyangkal bahawa jawapan yang diberikan oleh orang ramai itu salah. Memang sering "Pluto" diingat sebagai salah satu planet kerana ia yang paling jauh. Namun para sainstis sering berdebat sejak berpuluh tahun lalu tentang status pluto sebagai planet sejak ia ditemui pada tahun 1930. Ianya terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai planet. Ianya dipanggil Planet Dwarf. Saya tak pasti apa istilah rasmi BM bagi 'Dwarf Planet'. Buat masa ini panggil sahaja 'Planet Dwarf'. (mungkin 'planet kerdil' sesuai) Ogos tahun lepas, secara rasminya Pluto terkeluar dari senarai Planet Sistem Suria. Namun ramai orang Malaysia yang tidak tahu, termasukl...

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri, tetapi untuk generasi akan datang, pewaris kita, Adik-adik yang masih bersekolah, yang belum bersekolah , yang masih merangkak, yang masih dalam kandungan, yang ibubapanya masih belum bernikah. Walaupun banyak tentangan, tohmahan, saya tetap suka menulis tentang Program Angkasawan. Julung-julung kali peruntukan untuk pertahanan dapat disalurkan ke arah pendidikan. Kebiasaannya, peruntukan untuk pertahanan hanya untuk pertahanan. Kebiasaannya, kebanyakkan kempen ditujukan kepada pelajar sekolah, biasanya berjaya hanya diperingkat sekolah tetapi ia tak berjaya apabila di dunia sebenar. Mengapa? Pelajar boleh diterapkan semangat cintakan ilmu ketika bersekolah, tetapi setelah tamat sekolah ianya hilang entah kemana. Apabila pelajar cuba diterapkan supaya meminati sains, mereka tidak semestinya akan meminati sains apabila keluar dari sekolah, ataupun dirumah. Dirumah, ibubapa sering menyuruh anak mereka " Baca buku, siapkan kerja rumah, pep...

Sheikh Muzafar ditipu Kerajaan Malaysia?

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia. Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia. Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar. Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi ' Peserta Penerbangan Angkasa ' yang ada hanya 'angkasawan'. Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai ' Peserta Penerbangan Angkasa ' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu. Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini . Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang...

Program Angkasawan yang Membazir?

Apakah benar Program Angkasawan Membazir? Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai 'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM. Adakah ia membazir ? Adakah ia membazir ? Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah. 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta. Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta. Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta. Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM. Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3. Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra . Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 J...