test

Selasa, 17 Februari 2009

Eli, Eliza, Heliza Helmi, Helmi Eliza , Jangan Keliru

"Eliza" atau "Eli" adalah singkatan kepada Elizabeth Wong, ADUN PKR Bukit Lanjan.


Eli @ Eliza @ Elizabeth Wong tiada kaitan dengan Heliza Helmi ataupun Helmi Eliza.

Heliza Helmi itu penyanyi, pelajar.


Helmi Eliza pula penjaga gol pasukan Kedah. Untuk maklumat lanjut , tanya Kedahlanie.


--

Kugan adalah orang yang mati dalam tahanan, manakala Kuhan adalah pemain hoki.

V. Arumugam adalah ADUN kedah yang meletak jawatan, manakala David Arumugam adalah penyanyi Alleycat.
Bekas Penjaga Gol Kebangsaan juga ada nama David Arumugam.

--

Jed Yoong adalah Blogawati, manakala Alex Yoong adalah bekas pemandu F1, Juga sepupu Jed Yoong.
Tidak pasti pula Jed Yoong ada kaitan atau tidak dengan Mr Yoong, cikgu Matematik Saya.



Khalid Samad adalah Ali Parlimen PAS Shah Alam, manakala Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor.
Di Selangor juga ketua Polis bernama Khalid. Khalid Jaafar adalah Pengerusi PKR Melaka. Khalid Jamlus.

--

Aminuddin Ayub adalah PAS Johor adik kepada Salahuddin Ayub, Di Kawasan Jasin Ketua Pemuda PAS bernama Aminuddin juga, ADUN PAS Negeri Sembilan bernama Aminuddin Harun.

--
Datuk Onn Jaafar pengasas UMNO, IMP dan Parti Negara. Jaafar Onn Pelakon. PAS Johor mempunyai "Onn Jaafar" yang ikut rombongan PAS Johor ke Gazza.



Bergambar di Lapangan Terbang Kaherah sebelum bergerak ke tempat penginapan. Kelihatan sdr Onn Jaafar mengibarkan bendera Malaysia tanda kebanggaan.

 YB Salahudin Ayub, pun ada cuba ke Gazza, tetapi dia bukanlah Salahuddin Ayub yang membebaskan Palestin pada 1187

Khalifah Umar al Khattab yang mula-mula bebaskan Palestin, Khalifah Umar Abdul Aziz pula pada zaman Abbasiyah.
Umar Al-Khattab menetapkan berat 10 dirham mesti sama dengan 10 dinar, dalam erti kata lain Berat Dirham ialah 0.7 daripada berat Dinar.
Manakala Umar Ibrahim Vadillo adalah pendokong Dinar Emas yang berasal dari Sepanyol, akan datang ke Seminar Dinar 21 hb ini.
Umar Hasbullah anak saya, buat masa ini hanya tolong pasang Bendera Palestin depan rumah.

--

Syeikh Hamzah Yusuf, pemikir Islam idola bagi Rausyanfikir.
Hazmah Hasbullah anak saya, suka kambing macam Husam Musa.

9 comments:

  1. Bhai.... awat berputaq-putaq lu punya citer kali nie... naik penin nak baca...

    BalasPadam
  2. Hasbullah Pit adalah blogger tapi Hasbullah Awang adalah pengulas sukan

    BalasPadam
  3. pengaruh "if else" dalam server beras padu kepada sebol hehe...

    BalasPadam
  4. macam2 lah. itu mr yoong chinese surname also bear? kee kee. jarang ada di malaysia.
    tapi tu helmi handsome-lah. sigh. another love drama of a politician.

    BalasPadam
  5. Apakah Hishamudin Rais (TT) adalah anak kepada Rais Yatim???

    BalasPadam
  6. Awat hang membuat post ini?
    Kekalutan dan kekarutan adalah 2 perkara yang berbeza.

    Mokhzani dan Mokhtar Dahari juga begitu.

    p/s: bestlah entri ni En Sebol :)

    BalasPadam
  7. Apa-apalah Pakcik Sebol... Buat masa ni saya tak keliru lagi...Yang lain tak tahulah…

    BalasPadam
  8. Hasbullah Pit adalah blogger tapi Hasbullah Awang adalah pengulas sukan... Rabuan Pit adalah ahli sukan

    BalasPadam
  9. Saya syak Rabuan Pit ada hubungan persaudaraan dengan Hasbullah Pit.

    Rabuan Pit asal dari Merlimau dan ramai orang dari Merlimau menggunakan nama-nama hari sebagai nama mereka.

    Contohnya seperti adik beradik arwah datuk saya.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit