Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel defisit

Defisit Melampau: Keselesaan Rakyat lebih Penting daripada Anak Cucu

Agak merisaukan apabila defisit meningkat secara melampau. Defisit itu hanya nombor yang kita lihat hari ini, berapa peratus, berapa bilion. Media perdana sudah berkempen seolah-olah defisit melampau itu adalah tidak mengapa . Semalam pula di The Star terdapat cerita seolah-olah defisit sehingga 100% itu tidak mengapa. "Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya. "Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan, Ini Mahzab ekonomi baru. Ambil dulu duit daripada anak cucu kita, untuk "keselesaan rakyat", kemudian biarkan anak cucu kita yang tanggung. Duit raya yang anak anda simpan secara automatik akan tersusut nilainya bila tiba masa. Defisit dalam belanjawan biasanya dipaparkan dalam peratus, jarang pula disebut dalam bentuk bilion Ringgit. Tidak pernah pula Menteri Kewangan menceritakan kepada awam, tahun ini defisit 40 bilion, iaitu Kerajaan Meminjam 40 bilion daripada anak cucu kita. "Atuk pakai ...