Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bluetooth

Gambar Bogel Tersebar Melalui MMS

Selalu tersiar di Akhbar tempatan mengatakan sesuatu gambar bogel atau aksi lucah tersebar melalui MMS. Saya agak mushkil, kerana sejak 2,3 tahun saya menggunakan MMS, tidak pernah pula saya menerima gambar bogel atau aksi lucah melalui MMS. Adakah ianya benar seperti yang didakwa? Saya sendiri pun terima MMS biasanya tidak sampai 5 MMS sebulan. Melainkan kalau   mamai72 membiarkan anaknya bermain telefon, maka saya dapat banyak MMS. Bagaimana berlakunya penyebaran gambar lucah melalui MMS? Tidakkan pihak penyedia telekomunikasi boleh melihatnya? Sudah tentu. Jadi apa masalah untuk mencari penyebarnya? Namun persoalan saya ialah, adakah benar sesuatu gambar lucah yang didakwa tersebar melalui MMS, memang disebar melalui MMS? Adakah memang budaya rakyat Malaysia suka sebarkan gambar melalui MMS. Kalau sebar teks guna SMS perkara biasa. Kalau sebar gambar melalui emel pun perkara biasa. Adakah mungkin "penyebaran gambar melalui bluetooth" dipanggil "p...

Rangkaian Perkongsian Internet Menggunakan GPRS Linux --> OSX -> SE k800i

Hari ini talian streamyx tergendala, bukan sekadar DSL sahaja yang tergendala, malah talian PSTN juga tergendala. Kebiasaannya sekiranya perkara ini berlaku, saya hanya melayari web menggunakan Telefon sahaja, itupun menggunakan GRPS kerana UMTS 3G tidak sampai di kawasan rumah saya. Secara teori memang saya tahu menggunakan Linux atau MacOSX, boleh menggunakan bluetooth untuk disambung ke telefon supaya komputer boleh melayari internet. Namun akibat ketidaksungguhan mengodek, maka ianya sering tidak berjaya. Namun hari ini saya berjaya membuatkan MacOSX, menyambung ke internet menggunaka Telefon buruk Sony Ericsson k800i yang disambung menggunakan GPRS sahaj. Kira cukup baik, daripada menggunaka skrin telefon yang kecil, boleh juga guna komputer. Tips: Guna skrip Sony Ericsson 3G CID4 Ada pula Perkongsian internet MacOSX yang cukup mudah dihidupkan menggunakan GUI sahaja. Maka dapatlah PC Ubuntu buruk ini digunakan untuk membuat catatan blog ini. Namun, sebaik sahaja samb...

Jam bluetooth Sony Ericsson

Berdasarkan tokpik, jam buruk suamiku oleh Viruspadu , saya telah mencadangkan dia untuk belikan jam bluetooth kepada suaminya. Ya, memang wujud Jam Sony Ericsson yang menyokong bluetooth, MBW 150 Music Edition MBW 150 Executive edition

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu. Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini . Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar. Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar? Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah? Sudahkah dia menaiki bas sekolah? Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap? Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz? Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah? Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok? Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju "Bas datang kau naik" "Bas datang kau naik" Pernahkah dia menjadi ketua murid? Sungguh banyak pengalaman yang boleh d...

Khairy Jamaludin rupanya baru tahu

Cendiakawan Oxford, Khairy Jamaludin akhirnya baru tahu yang Orang Indonesia tidak suka dipanggil "Indon". Petikan KJ di berita harian ... "Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka (rakyat Indonesia), saya percaya kita perlu berhenti menggunakan panggilan itu. " Adakalanya saya tertanya adakah dia tahu yang Pluto sudah lagi tidak menjadi Plane t? Adakah dia tahu yang Bluejacking berasal dari Malaysia ? Sudah pasti dia akan mencadangkan anugerah Dato kepada "Ajack" Bercakap tentang panggilan, Adakah dia tahu yang orang Acheh tidak suka dipanggil sebagai orang Indonesia? dan Orang Merlimau tidak suka dipanggil sebagai orang Jasin? Adakah dia tahu yang Selatan Thai itu patut dimerdekakan oleh orang Melayu? Akhir sekali, adakah dia tahu bahawa ramai orang tidak suka dia?

Pemindahan fail secara besar besaran menggunakan bluetooth

Saya cuba salin 1000 gambar dari SE k800i ke Mac mini guna bluetooth, setiap gambar bersaiz 800-900Kb. lebih kurang 0.8 - 0.9 Gb. Aku tak pasti bila mula, dalam 1 jam yang lalu, dan sekarangf baru 225 daripada 1000 fail telah di salin. Pengajaran yang hendak disampaikan pada kiriman blog ini ialah. Kalau nak salin fail 0.9 GB, sila guna Kabel USB. kalau mula pukul 10 pm, agaknya pukul berapa habis? kemaskini: Sebenarnya tadi, dia hang bila pada fail ke 225. patut la lama. kini saya cuba dengan OBEX pula. kemaskini lagi: 10:54 malam sampai 4:02 pagi. Jumlah saiz fail yang dipindahkan = 901.7Mb

Soalan Bodoh: Kamera yang ada bluetooth?

Selama saya hidup, saya tak pernah ada kamera digital. Yang saya ada hanyalah kamera pada telefon, kalau dulu guna Nokia 6020, selepas itu Sony Ericsson k800i. Bila sudah ada SE k800i barulah terasa seperti ada kamera digital sendiri. Namun oleh kerana kecanggihan telefon ini, saya boleh hantar gambar ke komputer (mac atau PC) menggunakan bluetooth. Soalan bodoh saya ialah: Ada tak pembuat kamera digital (yang bukan telefon) yang boleh hantar gambar menggunakan bluetooth ke peranti bluetooth lain? Ada sesiapa tahu penguasaan pasaran (market share) digital kamera di Malaysia? Siapa nombor 1? p/s: Gambar kamera & persoalan ini timbul setelah membaca http://myalycia.blogspot.com/2007/08/oh-kamera-ku.html

SE MBR 100 kini ada di Melaka

Semalam, saya ke Mahkota Parade untuk menonton Ratatouile. Sementara menunggu cerita bermula, saya dan Umar cuba untuk 'mencuci' gambar. Saya ada beberapa gambar untuk diberi kepada orang secara fizikal. Akan tetapi 2 daripada 3 kedai gambar di Mahkota Parade itu mesin yang boleh bluetooth gambarnya tak boleh guna bluetooh. Saya tak faham kenapa boleh terjadi sebegini. Boleh guna kad SD sahaja. kenapa tak beli sahaja dogel bluetooh yang tak berapa mahal tu. Maka, boleh kita lihat bahawa kesedaran masyarakat tentang bluetooth amat lemah. Setelah selesai tengok Ratatouile, saya ke kedai Sony Ericsson berdekatan dengan 'Inverno'. Terkejut saya bila mendapati MBR100 dijual disitu, sebelum ini saya perlu mencarinya di beberapa bandar lain, hanya ketemu di satu kedai di JB. Sayu hati saya kerana mereka bersungguh-sungguh mendapatkan barang yang saya mahu, tapi saya sudah membelinya di JB. Akan tetapi oleh kerana saya memerlukan 'case' Sony Ericsson yang asli, saya ...

Pertembungan kasut bluetooth dgn infrared

Kasut redmummy dan kasut wawa

Meninggalkan Barcelona, untuk Burberry

DUNIA lagi sekali dikejutkan apabila bintang dunia , Hasbullah Pit membuat keputusan meninggalkan salah satu kelab gergasi Sepanyol, untuk menyertai Burberry (Geng Kasut Bluetooth) ibarat memulakan trend baru dalam pasaran pemain Fursal dunia. Dalam kes tradisional, pengurus pasukan yang menjalankan urusniaga permindahan pemainnya namun kes ini memperlihatkan Hasbullah Pit nekad menentukan hala tuju kariernya. Perpindahannya dari Bercelona tidak sekadar berkaitan faktor sukan kerana pemain ketiga paling popular di Dunia itu pernah menolak tawaran Red Diva, tahun lalu. Red Diva, atau lebih dikenali dengan " Geng Kasut Infra Red ", tidak langsung menitikberatkan soal kebajikan pemain, dengan hanya kerap melakukan pemindahan data menggunakan kasut infra red mereka. Namun, disebablkan pemindahan data menggunakan kasut infrared memerlukan jarak yang dekat, Ia tidak menarik minat beliau. "Zaman infrared sudah berlalu, kini zaman kasut bluetooth" Adakalanya mereka melaku...

Bluejacking Berasal daripada Malaysia?

Tahukah anda 'bluejacking' dijumpai di Malaysia? Bluejacking, suatu proses dimana menghantar mesej melalui bluetooth, ke telefon bimbit yang automatik terima mesej bluetooth. Sebenarnya ia adalah pepijat (bug) yang ada pada telefon Nokia. Sejarah bluejacking Di Forum esato.com, bluejacking telah dijumpai oleh seorang pengguna yang mempunyai gelaran 'ajack', atau nama sebenar Adrian Chiang . Di dalam sebuah Bank tempatan, dia telah menghantar mesej daripada telefon Ericsson R520 nya ke telefon Nokia lain, tanpa penerima itu dimaklumkan untuk terima atau tidak. http://www.esato.com/board/viewtopic.php?topic=15976 dari situ bermulalah bluejacking Ketika itu, amatlah mudah untuk bluejacking, kerana telefon terus automatik terima. Zaman sekarang, mungkin susah sedikit kerana telefon kini akan bertanyakan samada hendak terima atau tidak. Saya tahu, ramai pengguna telefon di Malaysia tidak menghidupkan bluetooth pada telefonnya kerana "takut virus". Itu cerita lain,...

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun. Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data. Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll. Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada. Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh. Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya t...

Langkah desperado. Kasut bluetooth

Langkah desperado isteri saya ketika nak integrasikan kasut modaninya dengan bluetooth dalam kajiannya. (Gambar menunjukkan Sony Ericsson MBR-100 disambung pada kasut)

Nike Zoom air cool?

Isteri saya baru belikan saya kasut baru, sempena Kasut Buatan Gombak yang entah kemana. Kasut Jenama Nike, Kalau menurut Buku Chasing Cool , Nike adalah "iPod of the Industry" dalam sektor perniagaan kasut. Tapi bila saya tengok kotak kasut itu, Tidaklah seberapa, serupa kotak kasut Bata sahaja. Saya masih ingat lagi kotak kasut "Alain Delon" saya dulu, Kotaknya cantik, kawan sepejabat saya ambil kotak itu untuk simpan barang dia, kerana "Dia Cantik". Saya tak nampak sangat ke'cool'an Nike berbanding dengan jenama kasut lain, mungkin kerana kita berada di Malaysia, iklan tak seberapa. Walaubagaimanapun, Nike dianggap cool mungkin di Amerika Syarikat sahaja, mungkin atas sebab itu Steve Job memilih Nike untuk digandingkan dengan iPod Nano. (Nano disini merujuk kepada iPod Nano, bukannya Nano Editor) . Bila kita lari, bunyi ditelinga akan dimainkan dengan rentak larian kita, kemudian disimpan di iPod, kemudian ada persian di OSX atau Windows yang ...

Transkripsi lagi...

Cuba rip lagu-lagu daripada CD Transkripsi ke format yang lebih kecil, supaya sesuai dengan Sony Ericsson K800i. Mula-mula enkod sebagai AAC 256kbps. tapi kaji punya kaji, rupanya iTunes tak enkod dia sebagai VBR, walaupun dah tanda VBR. memang ada isu. Teringin pula nak dengar apa output dia, jadi, buat sambungan analog drpd macmini ke amp. lepas tu rip lagi sebagai Apple Lossless., bila dengar pada B&W , rupanya sedap. memang patut boleh memang Album of The Year. yang menariknya, ada banyak bunyi yang tak kedengaran boleh didengar pada B&W. Yang paling jelas ialah pada lagi Intrig Cinta, guna B&W baru dengar percussion yang Steve buatkan untuk Siti. Tapi, bila fikir balik, kalau AAC tak boleh VBR, rasanya buang karan. Jadi saya rip balik semua CD tu menjadi MP3 256kbps VBR. jadi saya rip semula untuk jadikan 256kbp3 mp3 vbr Rasanya, untuk penyelesaian portable audio, saya nak guna AAC 256kbps VBR, oleh kerana iTunes tak boleh jadikan VBR, oleh itu guna MP3 dulu. Kenapa be...

Tips pesanan / tugasan menggunakan bluetooth

Sejak beberapa hari dulu, pernah terfikir, kenapa kita guna sms, walhal kalau untuk orang dekat boleh guna bluetooth . Akan tetapi, pada aplikasi sms kita tiada opsyen untuk kirim mesej ke bluetooth. Ada perisian pihak ke 3 yang membolehkan bluetooth chat, tetapi penerima pun kena ada. Cara yang paling mudah untuk hantar mesej bluetooth kepada orang berhampiran adalah menggunakan kalendar. Setiap kemasukan tugas, Nota, atau peringatan pada kalendar sebenarnya disimpan didalam fail. saya belum kaji lagi format fail-itu itu. Tips kalau nak hantar mesej bluetooth kepada kawan:- Pastikan penerima itu sudah menghidupkan bluetoothnya, samada dia auto-terima atau tidak, belakang kira. buat kemasukan pada kalendar di telefon bimbit tangan pengirim, samada dam bentuk peringatan, atau tugas atau nota. simpan, dan hantar kepada penerima. siap. Akan tetapi, mungkin terdapat kelemahan dimana telefon si penerima mungkin tak menyokong jenis pengkalendaran yang dihantar, sebagai contoh, nokia 6085 ta...