Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bahasa

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan. We want muhibbah road signs (14 Feb)  (mesti klik baru faham cerita) Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008. Isu belum selesai. Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok. Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008. Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok  (mesti klik baru faham cerita) Namun, tidak mendapat sebarang respond. Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam. Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya? Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan. Namun setelah bercerai. Maka isu ini kembali timbul di Media Facebo...

Pengkianat Perpaduan

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan di Malaysia. Sekiranya ada seseorang dengan sengaja menggunakan bahasa SMS atau istilah yang dilacurkan (*err), yang menyebabkan ia sukar dibaca oleh bukan Melayu. Maka kita boleh menggelarkan mereka sebagai Pengkianat Perpaduan

Terima Kasih Google

Terima kasih kepada google yang akhirnya menyediakan terjemahan dalam talian untuk bahasa Melay u. Maka dengan itu, terbukalah ruang inovasi kepada pengguna Bahasa Melayu untuk mengintegrasikan web atau kandungan tempatan dengan google Translate. Apa yang saya terfikir sebentar tadi ialah mungkin perlu ada... Wiget Blogger.com supaya kandungan Bahasa Melayu mudah diterjemahkan ke Bahasa lain. Pautan khas di Bar Alatan Firefox supaya pengguna boleh terus menterjemah apa-apa kandungan ke Bahasa Melayu. Integrasikan Beras Padu supaya pembaca boleh pembaca kandungan Inggeris atau Mandarin dalam Bahasa Melayu Sesuatu yang berkaitan dengan Antaramuka Baris Arahan Sesuatu yang berkaitan dengan GNOME? Apa lagi?

Perbezaan Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu? Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris. Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris. Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA". Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat. Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh. Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan. Bagi Bangsa UMNO perpaduan hanya wujud dalam BN. Bangsa UMNO menyebut "1Malaysia' sebagai "one Malaysia" Manakala Bangsa Melayu menyebut "1Malaysia" sebagai "Satu Malaysia". Bangsa Melayu akui banyak istilah Bahasa Melayu diserap daripada...

Satu Sekolah Untuk Semua atau Bahasa Ibunda Peringkat Awal?

Kepada mana-mana Penyokong PAS yang terpengaruh dengan Agenda Satu Sekolah Untuk Semua, sila kaji balik ucapan Dasar Presiden. Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing- masing . Saya tidak pernah penyokong Satu Sekolah untuk Semua secara bulat, kerana ia bercanggah dengan apa yang perjuang Anti-PPSMI perjuangkan. Pejuang anti-PPSMI mahukan bahasa ibunda bagi peringkat awal pendidikan. Manakala Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu peringkat tinggi. Oleh itu saya menolak "Satu Sekolah Untuk Semua" tetapi mahu ianya digantikan dengan "Satu Sekolah Untuk Semua bermula um...

Selamatkan Maklumat berbahasa Melayu di geocities

Yahoo telah memaklumkan bahawa mereka akan menutup geocities.com. 'Orang lama' seperti saya dan greenboc terhutang budi kepada geocities, di mana di situlah tempat bermain 'homepage'. Di situ juga masih banyak kandungan statik yang berguna. Ianya akan terpadam begitu sahaja apabila Yahoo mematikan geocities. Jadi jika anda penentang PPSMI yang berani mati, inilah peluang untuk menyelamatkan kandungan berbahasa melayu yang masih boleh berguna, supaya ilmu boleh disimpan untuk generasi akan datang. cuba google " site:geocities.com sejarah " mungkin ada maklumat yang anda berguna yang akan hilang dari dunia web setelah akibat dari tindakan Yahoo itu. Apa yang anda boleh buat ialah, kalau ada wget , buat direktori sebagai contoh /home/sebol/arkib $cd /home/sebol/arkib-geocities $wget -r http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/ Ulangi langkah sama di direktori sama tetapi menggunakan alamat laman web lain. Anda juga boleh ulangi langkah ya...

Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI Terkini

----mula ---- Disebabkan Hishamudin terlalu asyik untuk mencari dalang perhimpunan Mansuhkan PPSMI, mari kita ramai-ramai mengaku jadi dalang. Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI. 1. Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad 2. Professor Shaharir Bin Mohd Zain 3. Hasni Bin Abas 4. Abdullah Bin Hassan 5. Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said 6. Che Shamsudin Bin Othman 7. Mohammad Faisal Bin Abd. Aziz 8. Aizad Bin Mohd Saleh 9. Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah 10. Kamalrulzaman Bin Mohamad 11. Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin 12. Salahuddin Bin Ayob - Pentadbiran Perniagaan, Sains Pembangunan Manusia 13. Nasaruddin Bin Mat Isa 14. Suhaizan Bin Kaiat - Sains Komputer 15. Ainon Bte Simo @ Mohd @ Somo 16. Datuk Seri Hj. Hadi Bin Awang 17. Saifuddin Nasution Bin Ismail 18. Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin 19. Idris Bin Ahmad 20. Mahfuz Bin Omar 21. Mohamad Bin Sabu 22. Rozan Azen Bin Mat Rasip 23. Hasbullah Pit - Sains Komputer? 24. Suhairul Hanim Bin Dato’ Seri Hj Kamarud...

PPSMI: Menjawap Acoy yang banyak cerita "bangsa"

Menjawap hujah Acoy 1. setiap kaum itu mempunyai bahasa kaumnya yg tersendiri. tp adakalanya bahasa kaum itu akan berbeza jika terdapat suku yg berbeza di dlm kaum itu. Perbezaan itu dipanggil dialek. Walaupun dialek itu sering menggunakan istilah khas pada dialek itu, namun istilah itu diterima oleh bahasa induknya. Sekiranya "bahasa" suku kaum itu tidak mempunyai kod ISO 639, maka ia bukan boleh dipanggil bahasa. 2. seperti malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum.kaum cina terbahagi dgn beberapa suku kaumnya.dialek antara mereka tidak sama.india pula, mgkn bahasanya sama, tp ada diantara mereka sdh tdk bleh membaca tulisan bahasa mereka.ini kerana mereka sdh biasa menggunakan bahasa inggeris.mgkn kerna stiap kali mereka menggunakan perkhidmatan sms,mereka terpaksa menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris, jd terpaksalah mereka korbankan aje bahasa ibunda mereka ni.bila la agaknya mereka nak berdemonstrasi memperjuangkan bahasa mereka pulak kan? Cina di Malaysia...

PPSMI: Menjawap Penerangan DPPNS

Penerangan Dewan Pemuda PAS Sarawak secara terang-terangan tidak menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI . Ia tidak mengapa, kerana perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Maka saya ulas satu persatu... Hari Sabtu 7 Mac merupakan tarikh keramat. tarikh pejuang-pejuang bahasa dan tarikh puak politik pembangkang ambil kesempatan untuk membelasah PPSMI. Puak-puak "ketuanan Bahasa Melayu " pun berarak sakan. Habis FRU depa rempuh. Cuma nasib baik tiada yang kena bunuh. Aku sokong kebanyakan idea pembangkang terutama dalam hal-hal korupsi yang BN laukan. Tapi dalam kes PPSMI aku kurang beri sokongan... Sebabnya? Anggaplah ia sebagai menentang Ketuanan Inggeris. 1. Kalau anak hangpa tu pandai ( macam aku ), belajarlah dalam bahasa apa pun akan pasti pandai. Kalau yang malas, yang bengap, bagi bahasa Melayu pun dia terkandas jugak Pendeknya bukan sebab bahasa mereka terkandas, mereka terkandas sebab otak kurang cerdas ataupun sebab depa malas. Hujah ini mirip cerita lama , Bahasa ...

RSS Puan Ainon Universiti Terbuka PTS

Telah dimaklumkan bahawa Puan Ainon adalah salah seorang yang akan dipanggil Polis berkaitan dengan Demo Mansuhkan PPSMI. Siapa Puan Ainon? Sebelum ini saya menganggap Puan Ainon sebagai "Kawan Rastom ". Rastom adalah pelopor kepada konsep "Ketuanan Rastom", dimana konsepnya mudah. Dia panggil semua orang tuan, dan semua orang akan panggil dia tuan. Kalau mengikut carta pejuang Bahasa yang disenaraikan di blog Bang Bakaq , Puan Ainon dapat nombor 15, di belakang Suhaizan . Saudara Faisal Abdul Aziz pula di tangga ke 7. 1. Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad 2. Professor Shaharir Bin Mohd Zain 3. Hasni Bin Abas 4. Abdullah Bin Hassan 5. Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said 6. Che Shamsudin Bin Othman 7. Mohammad Faizal Bin Abd. Aziz 8. Aizad Bin Mohd Saleh 9. Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah 10. Kamalrulzaman Bin Mohamad 11. Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin 12. Salahuddin Bin Ayob 13. Nasaruddin Bin Mat Isa 14. Suhaizan Bin Kaiat 15. Ainon Bte Simo @ M...

PPSMI tidak menggalakkan Ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu

Ramai di antara kita mahir membaca bahasa Inggeris. Adakalanya disebabkan kemahiran kita itu, kita sendiri tidak perasan bahasa sumber yang kita baca itu dalam bahasa Inggeris. Ianya difahami sebagaimana penutur bahasa Melayu memahami bahasa Melayu. Apabila kita banyak membaca Inggeris, ianya sudah 'biasa' difahami, dan tidak pula terfikir bahawa ada saudara mara kita tidak memahaminya. Untuk kepala otak sendiri, mendapat maklumat dalam bahasa Inggeris itu sudah mencukupi, tetapi ia tidak menjamin ianya disimpan untuk bacaan orang lain. Bahasa adalah medium penyimpanan ilmu. PPSMI tidak menggalakkan ilmu Inggeris ditulis semula dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain. Maklumkan, sudah faham cukuplah. PPSMI menggalakkan supaya menukar bahasa berfikir kepada Inggeris. Kalau boleh sehingga bila-bila pun ianya perlu diInggeriskan. Tetapi kini bahasa Inggeris tidak berkembang sebagaimana ianya berkembang selepas perang dunia ke 2. Terlulu banyak sumber maklumat Ingger...

Penjelasan Ali Rustam tentang PPSMI ... Saya nantikan

Dengar cerita Ali Rustam mahu adakan sesi "Penjelasan" tentang isu PPSMI . Tidak sabar pula saya ingin mendengar penjelasannya itu. Bagaimana agaknya "Penjelasan"nya itu? Adakah sudah jumpa segala jawapan kepada hujah yang ada dalam buku Prof Abdullah . Paling saya tidak sabar, ialah penjelasan Ali Rustam, jawapan bagi pengintegrasian ilmu bagi pihak penyokong PPSMI. Kalau ada sesiapa ada jadual sesi penjelasan tentang isu PPSMI, sila beritahu saya. Nak tahu juga apa jawapan kepada persoalan "Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu"? Adakah British mencagarkan nyawa permaisuri Elizabethnya sendiri sebagai jaminan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu? Atau British cagarkan Jambatan London? Adakah British pernah memberi jaminan sebegini: Kalau roboh Bahasa Inggeris Jambatan London kami bawakan Kita nantikan

Geri Halliwell Mahu Berduet Dengan Hishamudin ? (PPSMI)

Setelah melihat kejayaan Hishamudin mempertahankan kedaulatan Bahasa Inggeris di bekas tanah jajahannya, Mungkinkah Geri Halliwell agak berduet dengan Hishamudin Hussien? Lagu apa yang ingin diduetkan? Lagu "British Sayang Kamu" ( Muzik ditiru dari Dayang NurFaezah ) Klik Kusayang kepadamu British cinta kamu Hatiku dihantui tanahmu Sejak mula timah ditemu Ekonomiku sembuh dari luka dulu Bila memandang timahmu Kuhanyut dibuai rasa rindu pada getahmu Kuingin kan kau diperintah bersama denganku selalu Kusayang kepadamu British cinta kamu Bilakan dapat bertemu Kusayang kepadamu British perlukan mu Kau pengubat di kala krisis ekonomi Hasil bumimu sentiasa membuatku tertawan pada kamu Ikhlas konon dilafazkan  dari hatimu buat kucinta kamu Kukaya dibuai komoditi padamu Kuingin kan kau dijajah bersama dengan ku selalu... Rap (Hishamudin): Kumelayang-layang, terbayang-bayang Sentiasa oh di depan mata, merata-rata, sini sana Impi kubawa...

Unit Simpanan British Masih Belum Jumpa Jalan Pulang

Ketika kurun ke 15,  (1400 - 1500), orang Inggeris masih belum jumpa jalan Laut untuk ke Asia.   Hari ini, Unit Simpanan British masih belum lagi menjumpai Jalan pulang ke England. Bagaimana mereka untuk balik ke Istana Buckingham? Belum jumpa jalan pulang. Bagaimana polis british nak balik mengadap Permaisuri Victoria? Eh, Tahukah mereka bahawa Permaisuri Victoria sudah lama mampus. Kasihanilah mereka. Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke England. "Kita nak balik lalu mana bos?" "Jalan Laut belum jumpa lagi kah?" "Kalau lalu darat tak boleh kah?" sumber gambar: minoq_jjinggo

Terbukti Hishamudin Tidak Cukup Membaca

Agak pelik kenyataan Hishamudin Hussien selaku 'Minister of Lesson' bagi British Malaya. Hishamudin sebelum ini mempersoalkan kenapa baru menentang PPSMi setelah bertahun-tahun ianya dilaksanakan. Cari sahajalah maklumat di hujung jari. Hishamudin juga mengatakan bahawa ianya didalangi oleh 'Pembangkang'. Secara terang-terangan PAS membantu GMP. Memang PAS ada terlibat, dan PAS tidak sorok. PAS bersungguh-sungguh membantu GMP, sehingga menyediakan Unit Amal bagi menjayakan perhimpunan yang GMP mahukan. Unit Amal PAS yang dipula dipukul oleh Unit Simpanan British yang setia dengan jelmaan Permaisuri Victoria. Hishamudin tidak dapat maklumat sebegitu kah? Sumber berbahasa Inggeris yang kononnya lengkap sebagai "sumber ilmu" tidak menyediakan maklumat sebegitu kah? Dulu, bukan main cerita kononnya Samad Said diperalat pembangkang. Hakikatnya, PAS rela diperalatkan oleh golongan Akademik demi masa depan para pelajar . Adalah lebih baik diperalat ...

Video Unit Simpanan British Mempertahankan Kedaulatan Bahasa Inggeris

Ketika Demonstrasi menentang PPSMI , Unit Simpanan British telah dikeluarkan dari simpanannya untuk mempertahankan Bahasa Inggeris. Kedaulatan Bahasa Inggeris berjaya dipertahankan oleh mereka setelah mereka mengawal "Jalan Atas"  yang perlu dipanjat oleh pendemonstrasi. Maka Unit simpanan British itu perlu menguasai bahagian yang boleh dipanjat (gambar kawasan yg boleh dipanjat tidak jumpai pula). Maka Unit Simpanan british melakukan aksi ke arah penguasaan itu. Livat video

Penyokong PPSMI juga pelik

Dulu mereka kata golongan yang anti PPSMI sebagai golongan yang tidak mahu belajar Bahasa Inggeris. Mereka katakan golongan pencinta bahasa ini hanya taksub bahasa, kononnya sanggup korbankan bangsa kerana bahasa. Segala mak nenek hujah pentingnya Bahasa Inggeris itu dikeluarkan. Dengan 'orang bahasa', mereka bolehlah kata sebegitu. Kebanyakan orang bahasa adalah orang sastera. Tidak cukup itu, hujah "gas pemedih mata" juga digunakan untuk mempertahankan keagungan Bahasa Inggeris. Tetapi apabila golongan aliran sains yang anti PPSMI pula bersuara, hujah mereka menjadi lain pula. Apabila penentang PPSMI datang dari golongan yang mahir berbahasa Inggeris, hujah mereka bertukar . Saya menyokong PPSMI kerana saya pelajar aliran sains yang lemah dlm BI. Biasanya yg menentang PPSMI ni bukan aliran sains di universiti atau dia memang pandai English di sekolah menengah lagi. Golongan ini tak nampak kegunaan PPSMI kerana mereka tidak mengalami!Maka, mereka t...

Demo PPSMI: 5 Polis British Cawangan Khas Kena Jerkah

Apa terjadi selepas A.Samad Said kelihatan seperti ditahan polis British ? Ketika itu saya berada di kawasan atas, akibat daripada gencatan serangan gas pemedih mata apabila adanya Samad Said. Makin ramai orang berjaya naik ke atas. Pendemonstrasi di arah untuk beredar, tetapi saya beredar di satu taman di sebelah kanan. Di sini hanya ada tidak sampai 10 orang pendemonstrasi yang berlindung disitu. Keadaan agak aman, serangan gas hanya ditujukan kepada pendemontrasi yang masih di jalan atas. Kemudian Unit Simpanan British digerakkan untuk melakukan serangan untuk terus menguasai jalan atas. Setelah melakukan beberapa tembakan gas pemedih mata, Unit Simpanan British mara ke depan, mengawal kawasan bukit yang boleh dipanjat tadi. Maka agak mustahil bagi pendemontrasi untuk menghampiri bukit itu, apatah lagi untuk memanjatnya. Setelah mereka kuasai jalan atas, cuba tempat saya sahaja yang belum dikuasai, maka Cawangan Khas yang memakai reben merah dilengan datang...