Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PETROSAINS

Lina Pencilbox pecahkan rekod Batak? Nanti dulu

Idaz dan kawannya "lina pencilbox" telah menyahut cabaran batak StreetSmart Mahkota Parade untuk mengatasi 64 mata. Idaz , Cubaan pertama: 51 gagal Cubaan kedua : 58 gagal Cubaan ke 3 : 69 seterusnya memecahkan rekod 64 mata saya.  Saudari "lina pencilbox" pula telah mendapat 73 mata. Maka saya pun gundah gelana, kerana rekod telah dipecahkan. Tercabar sungguh kejantananku. Maka, saya bersama Umar pergi ke Mahkota dengan alasan mengajaknya "main game". Dengan bersungguh-sungguh, saya cuba kali pertama, terus dapat 73 Menyamai rekod lina pencilbox Kemudian cuba lagi, dapat 66 mata sahaja. merosot, tetapi lebih baik daripada hari itu. Kemudian cuba lagi, dapat 70 mata. belum boleh memecahkan rekod 73 lina pencilbox. Rehat seketika, kemudian cuba lagi  Akhirnya saat yang bahagia telah datang, rekod lina pencilbox telah lebur apabila saya mendapat 79 . hahaha Street Smart berada di Mahkota Parade Melaka sehingga 23 November. Maka anda semua ada lagi 2 hari ...

Orang Melaka! Mari Main Batak di Street Smart Mahkota Parade

Di Melaka kini Berlangsungnya Street Smart anjuran PETROSAINS di Mahkota Parade, sehingga bila ya? Saya mengambil kesempatan itu untuk membawa Ben 10 dan Kubica berhibur sambil belajar secara percuma. Satu mesin yang saya amar suka di situ ialah mesin Batak. Mesin Batak sebegitu yang digunakan oleh pemandu F1 untuk menajamkan tindakbalas tangan dan mata. Maka saya pun mencubanya, dan mendapat 54 mata dalam 60 saat. Kemudian, setelah kanak-kanak selesai bermain batak, saya nekad untuk pecahkan rekod tadi, dan mendapat 64 mata. Ini buktinya. Berpeluh juga. Menurut staff PETROSAINS yang ada, rekod dunia adalah 120 seminit. Mungkin untuk Batak Lite Bila diselidik melalui web, rupanya rekod untuk Batak Pro  114 seminit, dipegang oleh pemandu F1 Jensen Button . Batak Pro lebih besar sedikit daripada Batak Lite. Jadi, kepada sesiapa yang berada di Melaka, sementara Pasukan Street Smart masih lagi di Mahkota Parade, cubalah pecahkan rekod 64 hit seminit saya itu. Tidak pasti samada mesin...

Bakul di PETROSAINS, kool?

Saya baru-baru ni telah pergi ke satu C-Store Syarikat minyak yang agak tersohor di Malaysia, untuk membeli Nescafe Latte 4 tin, Air Mineral dan roti. Bayangkan kalau 4 tin Nescafe Latte, tangan dah penuh, perlukan bakul, tapi tak disediakan. Tak perlukan saya menceritakan dimana C-Store itu. Bila difikirkan balik, walaupun pelanggan jarang guna bakul untuk beli barang di C-Store, samada di 7 Eleven atau Mesra atau Select, namun adakalanya kita perlukan bakul, terutama sekali bila nak dijadikan stok dalam kereta untuk perjalanan jauh. Kemudian saya ke Menara Berkembar PETRONAS (MBP), atau PETRONAS Twin Tower atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "KLCC". (Jarang pula orang sebut "Kuala Lumpur City Centre"). Terdapat 1 kedai di sebelah PETROSAINS, yang menjual barangan PETROSAINS, dikenali sebagai Galeri PETROSAINS. (Kenapa saya ulang perkataan PETROSAINS banyak kali?) . Di dalam kedai itu terdapat bakul-bakul untuk digunakan oleh pelanggan. Berdasarkan saiz baran...