Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kapitalisme

Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan.

Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan. Islam berkembang melalui perniagaan. Kebobrokan Kapitalisme hanya wujud bila wang kertas digunakan. Ini dipanggil ketidakadilan ekonomi. ulangsuara ketidakadilan ekonomi. Kapitalisme jahat menjadikan ladang di Tanah melayu sebelum merdeka milik British. Sehingga selepas merdeka pun 70% ladang adalah milik syarikat kapitalis British. Kalau keadilan ekonomi berlaku ketika sebelum merdeka, orang Melayu, Sultan Melayu pasti kaya-raya kerana menerima emas hasil dari penjualan tanah. Akan tetapi perkara itu tidak berlaku. Ketidakadilan ekonomi menyebabkan negara yang mempunyai kertas yang lebih mahal, membeli ekuiti di negara kertas murah. Mahu cerita liberisasi ekonomi? Komoditikan wang dahulu.

Keganasan Kapitalis British, Mangsa Terus Dicari

Sistem Kapitalisme British dan Amerika, sebenarnya amatlah ganas. Kapitalisme, melalui konsep ekonomi keynessian sering membuat masyarakat tentang "pertumbuhan" , kita dibuai peningkatan KDNK beberapa peratus, seolah-olah setiap tahun kita menjadi lebih kaya sebanyak itu. Tapi hakikatnya rakyat bertambah miskin walaupun bilangan nombor dalam buku bank bertambah. Kaedah licik golongan kapitalis mempengaruhi minda rakyat ialah dengan mempromosikan pinjaman adalah penyelesaian kepada masalah kewangan. Ini menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang hartanya negatif. Kalau dia jual segala hartanya sekalipun, dia masih dalam keadaan berhutang. Namun dia masih berkereta yang belum habis bayar dan memilik rumah juga yang belum habis bayar. Dia terpaksa bekerja supaya bayar hutang. Jadi hamba Bank. Bank dijaga baik oleh Kapitalis British. Mana yang kelihatan lemah dicantumkan agar jadi kuat. Bukan sahaja Bank yang mempergula-gulakan "Pinjaman" sebaga...

Kapitalis British Tak Sedar Diri

no. 1 Dalam utusan, golongan kapitalis British cuba menghalang komunis daripada masuk Malaysia. no. 2 Pada masa yang sama, ekonomi yang dikawal kapitalis british menguncup. no. 3 Kapitalis British memperagakan akibat kalau tidak meminjam pada "badan kapitalis berlesen sah". Sistem kapitalis menyebabkan ramai diantarakita jadi hamba bank. Kerja, bayar hutang bank, Kerja, bayar hutang bank Kerja bayar hutang bank. Kapitalis British nak bergaduh dengan komunis, biarkan mereka bergaduh. Kita makan bertih jagung, saksikan drama. Esok lusa, kita juga yang akan tidak benarkan Kapitalis British itu pulang ke Malaysia.

Sekitar Demonstrasi Menentang Kapitalisme, Riba di Melaka

Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini. Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja? Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar. Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula. Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas. Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak. Maka 'perusuh' ta...

Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Di bawah ini saya siarkan satu artikel oleh Hishamudin Rais , seorang pejuang anti kapitalisme. Di artikel itu dia menceritakan bagaimana penjajahan itu dikaitkan denganm kapitalisme. Saya siarkannya di sini bukan bererti saya menyokong sosialisme secara bulat, tetapi saya menolak kolonialisme secara bulat. Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma. Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima. Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untu...

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan . Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan, Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah. Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah. Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan. Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam?  Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.  Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan? Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan. Peraturan Muamalat. satu ialah satu dua adalah dua. Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam. ju...

Mitos Susu Ibu Rausyanfikir

Rausyanfikir, menulis satu artikel yang menarik tentang kapitalisme dan permasalahan susu di Negara China, Juga mengkaitkan dengan penggunaan susu ibu negara China . (mesti klik) Memang sudah menjadi kebiasaan, rakyat negara perasan maju, menolak susu ibu atas alasan kemodenan. Namun itu bukanlah erti kemodenan yang sebenar, Rausyanfikir, meyuarakan kebimbangannya tentang tahap pengeluaran susu ibu Yang saya tahu, jikalau bayi tersebut jarang diberikan susu ibu ( breast feeding ), kesannya ialah kuantiti susu ibu yang akan keluar bakal berkurangan dan akhirnya boleh membawa kepada ketidak mampuan langsung untuk mengeluarkan susu oleh ibu tersebut. Kesan ini bertambah parah lagi buat golongan ibu yang bekerjaya. Ianya boleh dikatakan benar akan tetapi terdapat penyelesaiannya. Susu ibu boleh dipam keluar dan disimpan, dan pengeluaran tidak merosot. Sekiranya ia merosot pun, ada jenis makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. "Longan buatan Cina" hehehe Kos penyimpanan mu...