Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kool

Faktor "Kool" dalam Mendekati Golongan Muda

Golongan muda adalah golongan yang sukar difahami, bermacam cara golongan tua cuba mendekati golongan muda, namun gagal. Adakalanya golongan tua terpaksa menjadi muda untuk mendekati golongan muda. Sebenarnya tidak. "Kool" adalah sesuatu yang dikejar oleh golongan muda. Golongan muda selalunya ada kegilaan terhadap sesuatu. Golongan Melayu pula pelik, bila ramai orang suka A yang dianggap "kool", maka ramai orang muda melayu lain yang mengikutinya. Tiada unsur diversifikasi. Jadi gila merempit adalah "kool", maka ramai-ramai merempit. Bila orang gila "shufle" ramai-ramai orang shufle. Sebenarnya mereka senang dibentuk, apabila sesuatu dijadikan "kool". Golongan muda berubah daripada satu kegilaan kepada satu kegilaan yang lain. Ada kegilaan yang baik, ada yang tidak baik. Ketika 1998 dulu, "reformasi" adalah sesuatu yang "kool". Zaman sekarang ianya tidak "kool" lagi. Kalau mahasiswa idealis mejadikan mere...

Bakul di PETROSAINS, kool?

Saya baru-baru ni telah pergi ke satu C-Store Syarikat minyak yang agak tersohor di Malaysia, untuk membeli Nescafe Latte 4 tin, Air Mineral dan roti. Bayangkan kalau 4 tin Nescafe Latte, tangan dah penuh, perlukan bakul, tapi tak disediakan. Tak perlukan saya menceritakan dimana C-Store itu. Bila difikirkan balik, walaupun pelanggan jarang guna bakul untuk beli barang di C-Store, samada di 7 Eleven atau Mesra atau Select, namun adakalanya kita perlukan bakul, terutama sekali bila nak dijadikan stok dalam kereta untuk perjalanan jauh. Kemudian saya ke Menara Berkembar PETRONAS (MBP), atau PETRONAS Twin Tower atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "KLCC". (Jarang pula orang sebut "Kuala Lumpur City Centre"). Terdapat 1 kedai di sebelah PETROSAINS, yang menjual barangan PETROSAINS, dikenali sebagai Galeri PETROSAINS. (Kenapa saya ulang perkataan PETROSAINS banyak kali?) . Di dalam kedai itu terdapat bakul-bakul untuk digunakan oleh pelanggan. Berdasarkan saiz baran...

Cikgu Suraya

Lagi gambar Jalur Gemilang. dari asalnya nak jadikan dia buruk, buat 1 gerombolan, alih-alih ada yang sambungkan jadi 3 gerombolan. Rajin sungguh RNK ku ini. Jadi kuberikan nama teknik gerombolan jalur gemilang yang melayut seperti bilik pengantin ini sebagai " Teknik Cikgu Suraya " Jadi anda boleh menghias tempat anda dengan Teknik Cikgu Suraya ini. Selain itu, ada juga Jalur Gemilang diluar, disebabkan angin kawasan itu kuat, umpama berada di dalam Terowong angin (Wind Tunnel) BMW Sauber, maka aku kibarkan jenis biasa. tapi saiz kecil sikit dari biasa. 6"x4". Adakah aku cuba menunjukkan kepatriotisme aku dengan mengibar jalur gemilang? Jawapannya " TIDAK ". Aku kibarkan kerana Kerajaan sendiri mengizinkan pihak swasta mempergunakan Jalur Gemilang untuk menarik pelanggan. " Pride for sale " Cuba lihat kotak donut ini. Apa kaitan dengan Merdeka? Disebabkan budaya mempergunakan "Patriotisme" untuk tujuan melariskan jualan. Maka beria...

Nike Zoom air cool?

Isteri saya baru belikan saya kasut baru, sempena Kasut Buatan Gombak yang entah kemana. Kasut Jenama Nike, Kalau menurut Buku Chasing Cool , Nike adalah "iPod of the Industry" dalam sektor perniagaan kasut. Tapi bila saya tengok kotak kasut itu, Tidaklah seberapa, serupa kotak kasut Bata sahaja. Saya masih ingat lagi kotak kasut "Alain Delon" saya dulu, Kotaknya cantik, kawan sepejabat saya ambil kotak itu untuk simpan barang dia, kerana "Dia Cantik". Saya tak nampak sangat ke'cool'an Nike berbanding dengan jenama kasut lain, mungkin kerana kita berada di Malaysia, iklan tak seberapa. Walaubagaimanapun, Nike dianggap cool mungkin di Amerika Syarikat sahaja, mungkin atas sebab itu Steve Job memilih Nike untuk digandingkan dengan iPod Nano. (Nano disini merujuk kepada iPod Nano, bukannya Nano Editor) . Bila kita lari, bunyi ditelinga akan dimainkan dengan rentak larian kita, kemudian disimpan di iPod, kemudian ada persian di OSX atau Windows yang ...

Faktor 'its cool' pada bakul

Gambar menunjukkan bakul. Ya, hanya bakul. Kedai mamak belakang depan rumah aku pun ada bakul. Daripada pembacaan saya dari sumber yang tak diingati, Orang yang cipta troli untuk pasaraya, menciptanya setelah melihat pelanggan berhenti shopping, setelah bakulnya penuh. tapi kalau tak ada bakul, maka, orang akan berhenti shopping bila tangan dah penuh. Macam mana nak tambah faktor "It's cool" pada bakul? Ia hanya bakul yang bodoh. Dan mungkin orang tak tahu pun itu bakul untuk pelanggan isikan barang. Memang kebiasaannya banyak lagi stesyen minyak yang tak sediakan bakul. Disebabkan perlu ada mekanisme untuk memberitahu pelanggan bahawa itu "bakul disediakan untuk pelanggan" Dan lakukannya dengan penuh bergaya. Akan ada poster orang pegang bakul dengan penuh bergaya, ikut gaya Iklan Ipod tapi pegang bakul. Walaupun aku bukan orang grafik, cuba sahaja la. Walaubagaimanapun, poster itu tak akan diterbitkan si blog ini. ops: aku terlupa nak tambah faktor "it...