Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Telefon

Gen Y tidak kisah privasi?

Selalu saya perhatikan, sudah menjadi kebiasaan zaman ini, apabila seseorang itu ingin menjual sesuatu, atau nak beri sesuatu, mereka minta no telefon atau emel ditulis diruangan komen. Yang menghairankan ialah mereka terus kasi. Walaupun ianya berada didalam sesuatu group yang bersifat awam 'public'. Semua boleh nampak. Alamat emel saya, pun saya asingkan daripada diketahui umum. Jadi yang kenal sahaja atau yang berurusan sahaja yang tahu. Syarikat Facebook pun tak tahu. Oleh sebab dulu nak daftar facebook , memerlukan emel, maka saya buatkan satu emel khas untuk dilacurkan kepada facebook, iaitu dilacurkan@yahoo.com. Untuk urusan web lain, saya ada emel lain. Guna untuk daftar2 aplikasi-aplikasi web. Google memang tahu alamat emel saya yang sebenar sebab dia yang keluarkan. Apa yang menariknya tentang emel google saya ialah, sepanjang beberapa tahun saya menggunakannya, Langsung tiada spam. Memang Google tak spam. Sampai 1 ketika, media sosial baru wujud...

Terkejut 'bela' kacang dalam telefon bimbit

MERLIMAU - Seorang Lelaki terkejut melihat foto kacang merah yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Hasbullah Pit, 39, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu. “Saya terkejut melihat anak menekan About Device kemudian menekan Menekan Android berturutan lalu keluar gambar kacang merah. Hasbullah berkata, gambar kacang berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar kacang dibawa masuk ke dalam restoran yang tidak membenarkan bawa makanan sendiri. Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan. Agak mengejutkan lagi, apabila di telefon isterinya, tidak keluar gambar kacang apabila menekan kod yang sama, sebaliknya keluar gambar lolipop