Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel excel

Pepijat siapakah ini?

Nombor ditaip di gnumeric sebagai "nombor", kemudian ditukar menjadi teks. Disimpan sebagai fail .xls Dilihat pada gnumeric dan OOo Calc kelihatan sebagai nombor. Tapi bila dibuka menggunakan Excel viewer atau Excel, nombor yang dalam keadaan teks itu menjadi 8.9288E+12 Kalau simpan nombor sebagai teks, mesti ditetapkan ia sebagai teks dahulu sebelum masukkan data, kalau hanya convert, dia akan kelihatan pelik pada excel & Excel Viewer. Tapi kelihatan OK di gnumeric & OpenOffice.org Calc

Hacking Barkod Bah. 3

Semalam RNK Marziah masukkan data banyak gila, dah lebih 200. Aku pergi Stesyen Usop, ingatkan nak bincang dengan Usop supaya boleh orang dia sambung key in, untuk stesyen dia, alih-alih data .xls yang dimasukkan guna gnumeric, walaupun sebagai teks, ia kelihatan pelik bila dibuka oleh Usop punya excel. Sudahlah susah nak salin fail, tiada thumbdrive, nak sambung rangkaian ether, tak jumpa cable, nak guna bluetooth, tiada driver. Alih-alih aku baru sedar yang dia pun ada WiFi. Salin begitu sahajalah. Mungkin tiba masa aku terima hakikat yang zaman sekarang semua orang guna thumbdrive. Umpama orang zaman dahulu guna disket. Singgah tempat Linda kejap, dia pun belum pasang IDAutomation itu, ada masalah nak salin lagi. Tiada thumbdrive, tapi nasib balik dia ada CDR kosong, maka aku bakar sahaja CDR itu, dan cuba pasang, masalah yang sama iaitu tiada .NET Framework. Pagi tadi, RNK tak boleh nak sambung key in, kerana Toshiba masih kat rumah, aku tugaskan RNK Napsiah & RNK Marziah jalan...

Hacking barkod bahagian ke 2

Progres kemasukan data untuk projek melabel di PETRONAS Merlimau boleh tahan juga. Sudah 159 item dimasukkan. Semalam saya Pergi Stesyen Ana, sebelum untuk ke MSO. Nak tengok perisian yng dia salin daripasa Nazri. ID Automation Labeling Software Free Edition. (Sekarang ni dah tak boleh muatturun versi percuma lagi). Perisian itu membolehkan kita membuat label barkod. Disimpan didalam fail .ida . Cuba tengok-tengok, rupanya dia memang boleh ambil data daripada excel. Tetapi kenapa mereka buat satu-satu? hairan juga. Oleh kerana aku belum cuba untuk pautkan fail excel dengan perisian IDAutomation Labeling software . Tak pasti samada dia hanya boleh import dari excel(atau dokumen lain), atau boleh 'mailmerge' terus macam MS Publisher. Yang pasti untuk mengelakkan pertindanan kerja (Duplication of work), aku tetap akan cuba supaya RNK-RNK hanya masukkan data 1 kali sahaja dan kemudian boleh digunakan berulang-ulang kali. Boleh eksport data ke Linda, Dollah, Yusry, Ana, Usop, Siti d...

Hacking barkod untuk paparkan harga di gondola

Aku pun tak tahu istilah BM untuk 'barcode' adalah 'kod bar' atau 'barkod'. Arahan asal ialah guna Perisian tertentu, yang dikatakan 'freeware' untuk membuat label , berserta barkod, disimpan didalam fail .ida. Aku ingkar arahan itu, kerana aku fikir, bila aku simpan data pada format proprietari, maka aku bergantung kepada sesuatu perisian, umpama pada akhir 80an, fail wordstar hanya boleh dibuka dengan wordstar, fail .123 hanya boleh dibuka oleh lotus 123. Tentulah aku tak mahu undur. Sebab ke dua, ialah bila aku simpan data dalam fail-fail .ida, melibatkan banyak kerja kemasukan data (data entri), Apa ertinya kalau data itu tak boleh digunakan semula untuk tujuan lain? Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa saya tidak akan bergantung kepada sesuatu format proprietary yang dimonopoli oleh syarikat asing.Tapi kalau format proprietari itu boleh dibuka oleh perisian bebas, aku guna juga. Walaupun ini bukan cara terbaik, Aku suruh RNK Adiba, RNK Marz...

Hacking borang peraduan "Saya Anak Malaysia"

Sejak bermulanya pertandingan "Saya Anak Malaysia", saya cuba menambah perkataan "No. Telefon:" Pada norang itu. Idea pertama ialah dengan menggunakan cop getah yang sudah lama, potong cop itu tinggalkan perkataan "Telefon" dan cop pada borang. Ianya berjaya tetapi tidak cool. Dapat lagi 1 idea, iaitu dengan membuat fail excel yang bertulis "No. Telefon" dan print pada borang itu betul-betul selepas ruangan emel. Ia agak berjaya, akan tetapi timbul persoalan pencetak panas. Apabila panas, ia membuatkan kertas tersangkut. Maka guna penyelesaian lain, guna manusia untuk kipas pencetak tu. tetapi ia akan tersangkut juga. Selepas itu, saya decide untuk buka sahaja pencetak itu dan kertas jatuh ke lantai. Ia tak sangkut lagi, tetapi kertas bersepah. Terpaksa pula Mak Tiri Jahat suruh bawang putih untuk kutip borang peraduan itu. Selepas bawang putih kutip borang itu, bawang putih kena sambut borang yang keluar dari pencetak Selepas itu dapat 1 ide...

SMS data

Arahan Ringkas: SMS 4 amaun ke 1 nombor telefon setiap hari dalam format yang ditetapkan. Memang mudah, kalau kasi templat sms pada RNK dan dia SMS kepada saya & saya forward. Akan tetapi, oleh kerana mindaku ini yang sering mengkomplikasikan keadaan supaya ia boleh diringkaskan, maka ia memeningkan kepala juga. Terdapat beberapa masalah yang amat kecil. Iaitu tak berapa efisyen kerana data yang sama :- 1. Ditulis pada buku log 2. Dimasukkan kedalam komputer untuk Sistem_itu 3. Dimasukkan ke komputer sendiri untuk kemasukkan data harian 4. Dimasukkan kedalam telefon sebagai sms. memang kalau nak kira, ita just boleh suruh budak buat semua tu & goyang kaki. tapi bilamana ada duplication of work, maka ia menjadi tak efisyen walaupun minimal & maka tak boleh menguasai dunia. Organisasi tak boleh jadi macam toyota. Macam macam kaedah bermain diminda ini, melampau2 pun ada. sampai dah membayangkan nak kena ada program jaya MIDP 2.0 untuk sms data dan kemudian bluetooth ke komput...