test

Jumaat, 30 Januari 2009

TV3 tuduh guru di Gazza memupuk "Nasionalisme"

Sudah 2 hari saya perhatikan bahawa TV3 mengatakanbahawa guru di Gazza memupuk semangat nasionalisme dikalangan Pelajar di Gazza.

Saya tidak percaya.

Setiap temuramah dengan guru di Gazza itu tidak sebutir pun perkataan "Nasionalisme" terbit dari mulut mereka.
Mengapa TV3 memandai-mandai menuduh mereka memupuk nasionalisme?

Para pelajar memang diajar untuk menentang Israel, tetapi saya tidak rasa ianya perlu ditentang atas sebab nasionalisme.

Edyesdotcom Sokong PPMSI?

Kebiasaannya golongan muda PKR, yang setakat saya kenal amat cintakan Bahasa. Namun keadaan agak pelik apabila Edyesdotcom, tiba-tiba menyuarakan bahawa dia menyokong PPMSI.

Hujahnya ialah....

Biarkanlah matematik dan sains digelumang dalam bahasa inggeris atas dasar kesesuaianya yang tersendiri. Umpama sekiranya kita ingin belajar teknologi German, bukankah lebih baik kita menguasai bahasa Jerman terlebih dahulu? Wajar ! Begitu juga sekiranya kita ingin menguasai ilmu dunia, kita perlu terlebih dahulu menguasai bahasa dunia.

Apa kata kalau kali ini kita setuju dengan hujahnya.

Kita setuju sahajalah langkah pemimpin Jerman terdahulu, mengadakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Arab kerana lebih mudah nak rujuk kitab-kitab ilmuan Islam dahulu.


Eh, Tetapi mengapa perlu belajar teknologi Jerman dalam Bahasa Jerman, bukankah teknologi Jerman itu wujud  dalam bahasa Arab?

HTTP Expire / Mod Expires

Terdapat banya laman web, dan blog mengandungi imej yang sama untuk dijadikan latar belakang ataupun navigasi.

Kebanyakan imej itu tidak berubah, melainkan perubahan pada laman web yang radikal.

Adalah tidak efisyen jika imej itu dimuatkan setiap hari.

Dalam pelungsur web ada cache, sekiranya tidak ditetapkan, maka cache pada pelungsurweb adalah mengikut tarikh luput yang ditetapkan oleh pelungsur web.

Jadi bagi pemilik laman web atau blog yang mahu imej itu tidak dimuatkan selalu dan menjimatkan lebarjalur, maka bolehlah menetapkan tarikh luput sesuatu imej lebih lama.

Kita ambil contoh blog Puan Nuraflah, ada imej ini dihoskan di photobucket.com



Bila imej itu luput daripada cache?

sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx -head -source http://i286.photobucket.com/albums/ll96/themelib/rebel-magazine/rss.gif
HTTP/1.1 200 OK
Date: Fri, 30 Jan 2009 04:53:37 GMT
Server: Apache
Last-Modified: Sun, 27 Jul 2008 14:20:25 GMT
ETag: "986ba33-8cf-1b9a9c40"
Accept-Ranges: bytes
Content-Length: 2255
Cache-Control: max-age=21600
Expires: Fri, 30 Jan 2009 10:53:37 GMT
Connection: close
Content-Type: image/gif

Saya tidak pasti berapa lamakah "21600" tu,


Menurut Nujum Firefox, imej itu akan luput pada pukul 6 petang hari ini.
Jadi kalau pengguna memasuki blog itu malam ini, imej itu akan sekali lagi dimuatkan.

Jadi bagaimana mahu imej itu luput tahun depan? Setahun daripada sekarang?


Jawapannya ada pada Mod Expires, atau HTTP expire.

Saya tidak pasti samada wujudkan perkhidmatan hosting percuma yang boleh diletakkan imej supaya ia luput selepas setahun.

Hosting berbayar pun saya tidak pasti. Mungkin ada yang ada, ada yang tiada. Sila rujuk pembekal masing-masing.

Sekiranya anda mempunyai hosting di mana-mana tempat, yang menggunakan apache, sila cuba perkara berikut.
Buat 1 direktori khas untuk imej-imej atau css , kemudian buat 1 fail ".htaccess" kandungannya sebegini

ExpiresActive On
ExpiresDefault "access plus 12 month"
Masukkan fail .htaccess itu ke dalam direktori itu.

Kalau ada ralat, mungkin hosting itu tidak menyediakan mod expire.

seigniorage: Hempuk Kepala Benanke dan Zety dengan buku ini

Ini adalah buku yang ditulis oleh Ben Bernanke mengatakan Kerajaan juga boleh mencukai rakyat dalam bentuk inflasi. Ini dipanggil seignorage.

Kerajaan cetak duit dahulu, guna duit itu dahulu, dan kemudian kesan inflasi dirasai oleh rakyat.




Macroeconomics 4th edition by Andrew B. Abel and Ben S. Bernanke
"The link is the printing of money to finance government spending when the government cannot (or does not want to) finance all of its spending by taxes or borrowing from the public. In the extreme case, imagine a government that wants to spend $10 billion (say, on submarines) but has no ability to tax or borrow from the public. One option is for this government to print $10 billion worth of currency and use this currency to pay for the submarines. The revenue that a government raises by printing money is called seigniorage."


Sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Dr Abdul Halim, ketika Seminar Dinar Emas di UiTM segamat dulu, Beliau telah mencadangkan supaya, ambil buku Alan Greenspan, dan hempuk kepalanya.

Begitu juga dengan buku ini (pada gambar), Ambil buku itu, hempuk kepala Berbanke, dan Zety sekali.

Zety telah membantu Kerajaan meng'seigniorage'kan kita semua.
M3 Malaysia bertambah lebih kurang 12% pada 2008. (rujuk halaman 17 fail PDF itu.)

Itu adalah cukai seignorage yang dikenakan oleh Kerajaan terhadap kita semua.

Khamis, 29 Januari 2009

Jangan Guna Istilah "BANGSA ASING" untuk Warga Tempatan

Istilah bangsa adala satu istilah yang mengelirukan dan sering disalahgunakan.

Siapa yang benar-benar faham apa maksud bangsa?
Entahlah.

Akan tetapi kebanyakan penggunaan istilah bangsa adalah merujuk kepada Melayu Cina India yang kesemuanya warga negara Malaysia.

Ada orang melayu yang mengatakan bahawa Cina dan India adalah bangsa asing. Bagi saya ia penggunaan yang salah.

Adakah Melayu itu bangsa?
Ya

Adakah Cina itu bangsa?
Ya

Adakah India itu bangsa?
pun ya juga jawapannya.

Melayu Cina India juga adalah "keturunan" atau "etnik" atau "kaum".

Apa itu "kebangsaan"? adakah "Kebangsaan" itu berasaskan bangsa dalam konteks Melayu Cina India?

Kalau begitu, setiap satu bangsa ada "Kebangsaan"nya sendirikah?

Apa yang saya faham dengan "kebangsaan" ialah "Nasional", sesuatu yang merujuk kepada kenegaraan.

Lagu Kebangsaan adalah lagi Negara Malaysia
Bunga Kebangsaan adalah untuk Malaysia.
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa rakyat Malaysia. Walaupun nama bahasa itu ialah Bahasa Melayu, tetapi ianya untuk digunakan oleh seluruh Rakyat Malaysia, tak kira keturunan.

Kalau bangsa adalah adalah Melayu Cina India, apa pula bahasa Kebangsaannya?

Jadi Bangsa adalah merujuk kepada Malaysia dan bukan keturunan seperti Melayu Cina Inda.

Jadi apa itu semangat Kebangsaan?
Adakah ia semangat cintakan kaum masing-masing?
Tidak.

Itu bukan kebangsaan, itu perkauman.

Semangat Kebangsaan adalah Nasionalisme.
Cinta kepada negara dan yang berkaitan dengan kenegaraan.

Apa maksud Bahasa Jiwa Bangsa?
Bahasa Melayu untuk Bangsa Melayu sahaja?
Tidak.

Bahasa Melayu untuk Bangsa Malaysia
Bahasa Malaysia untuk Bangsa Malaysia.

Jadi apa pula "Bangsa Asing"?
Bangsa Asing adalah pekerja Bangla Vietnam yang bekerja di Malaysia.

Sebenarnya perkataan "Kebangsaan" pada UMNO adalah mengelirukan. Mungkin orang UMNO dan PAS juga turut terkeliru.

Kebangsaan itu merujuk kepada nasional, Malaysia, dan bukannya untuk "Melayu".

PKR telah membuang unsur Kebangsaan pada Nama Partinya apabila bertukar daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) kepada Parti Keadilan Rakyat.

UMNO masih ada perkataan Kebangsaan.

PAS pula ada "SeMalaysia" , juga satu unsur Kebangsaan.

Jadi Jika PAS ingin menolak Kebangsaan, maka perlu buang "SeMalaysia" pada nama parti.

Kewujudan Puteri UMNO menyebabkan istilah "Wanita" menjadi tua

Banyak cerita tentang pembubaran Puteri UMNO.
Itu hanya cadangan sahaja untuk mengurangkan "politik wang".

Hairan juga bagaimana kalau ada banyak pertandingan boleh banyak "main duit" ?

Sekolah rendah dulu, Pasukan Bola Jaring ada banyak perlawanan juga, tetapi pemain hanya makan biskut kering.

Satu kesan ketara kewujudan "Puteri UMNO", istilah wanita kelihatan tua.

Majalah fesyen ada guna perkataan Wanita lagi tak?

"Fesyen untuk Wanita", mungkin akan kelihatan seperti fesyen untuk perempuan 40 tahun ke atas.

Nasib baik masih ada lagi rancangan "Wanita Hari ini" yang menunjukkan Wanita itu masih lagi muda.

YB Nik Nazmi dulu pernah mengatakan bahawa perlunya menarik Wanita dalam AMK PKR.

Bayangkan kalau istilah wanita itu dianggap sebagai untuk 40 tahun keatas sahaja.

Bagaimana makcik 40 tahun ke atas nak sertai AMK?


Tanpa Puteri UMNO, Wanita UMNO adalah terbuka untuk semua wanita walaupun bawah 40 tahun. Bila adanya puteri, "Wanita sudah jadi pasukan makcik-makcik".

Apa Bezanya?
Puteri cerita tentang masak-masak
Wanita pun sama
Puteri cerita beg tangan
Wanita pun sama.
Puteri bawah 25 tahun kurang sedikit sukakan emas,
Tetapi puteri atas 25 tahun dan wanita, semuanya suka barang kemas.


Saya pun tak faham.
Politik adalah politik.
Adakah isu PPMSI berbeza padangannya antara bawah 40 tahun dengan lebih 40 tahun?

Adakah begitu bermasalah bagi wanita bawah 40 tahun untuk berpolitik dengan lebih 40 tahun?

Bagi saya, sama sahaja, mungkin pendekatan berbeza.
Pemuda PAS banyak berdemo berbanding golongan tua. Tetapi golongan tua pun berdemo juga.

Tetapi, kalau nak harapkan golongan tua anjurkan demo, mungkin agak sukar, tetapi tidak mustahil.

Tapi bagi Wanita dan puteri, lebih kurang sama sahaja.
Kalau ada aktiviti melibatkan jahitan, wanita dengan puteri sama sahaja.
Tidak tahu la pula, kalau puteri lebih sukakan mesin jahit elektrik, Wanita suka kekalkan mesin jahit kayuh.

Jam Sepatutnya Berputar Ikut Bumi, Bukan Bumi berputar "lawan jam"

Jam sepatutnya berputar ikut bumi, dan bukan putaran bumi yang dikatan sebagai "Lawan jam"

Ini gambar jam matahari yang ditangkap ketika gerhana matahari 26 Januari yang lalu.



Jam matahari berputar mengikut "lawan jam"?

Siapa yang salah?

Bumi berputar, bulan berputar, bumi mengelilingi matahari pun putarannya sebegitu, tetapi Jam yang berlawanan arah dengan putaran semua itu.

Jadi siapa salah?


Masih ingat lagi matapelajaran fizik,guna tangan untuk tentukan kutub utara magnet?


Lingkaran itu digelung ikut bumi atau ikut jam supaya ibujari menunjuk ke arah utara?

Oleh itu, jangan pakai jam tangan macam Dr Abdul Halim.

Rabu, 28 Januari 2009

Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash, Siapa Menang Proton MPV?

Siapa menang Proton MPV pada Peraduan PETRONAS 'Hot Cars Cool Cash'?

Mana ada orang menang hadiah Proton MPV, kerana Proton MPV masih belum keluar dan Proton MPV tidak ditawarkan sebagai hadiah dalam peraduan itu.

Keputusan peraduan telahpun dikeluarkan namun agak sukar untuk mencarinya melalui google. Kenapa?

Saya pun tak faham, bagaimana satu syarikat yang berbelanja jutaan ringgit untuk promosi mengabaikan faktor SEO dalam mempromosikan peraduannya. Mereka lebih suka perkataan yang ada dalam peraduan itu disiarkan dalam bentuk imej berbanding teks.



Ia membuka ruang kepada para blogawan yang ingin mendapatkan SEO yang tinggi supaya membuat satu catatan blog berkenaan "Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash".

Selain daripada PETRONAS, PROTON juga satu syarikat yang yang tidak peduli SEO. Maka ramailah bermain dengan kata kunci Proton MPV.

Walaubagaimanapun, Proton kini mempunyai teknik pemasaran yang agak 'kool' lebih kurang macam Apple ketika sebelum keluarkan iPhone dahulu. Walaupun belum dilancarkan, namun banyak maklumat bocor dikeluarkan. Ada yang sanggup mengejarnya daripada Kampung Sempang ke Sempadan Johor.

Kalau dibandingkan dengan PETRONAS, teknik pemasarannya menggunakan nama peraduan dalam bahasa Inggeris, dan mengandungi perkaraan 'cool', adakah ianya 'kool' untuk dikejari?

Nama peraduan dalam Bahasa Inggeris tatkala sedang hangat bantahan terhadap PPMSI adalah 'kool'?
Nampak seperti melawan arus. Terma dan Syarat juga dalam Bahasa Inggeris.


Akhir kata, Keputusan untuk bulan disember terdapat di sini.

Dokumentari Emas dan USD di Astro (History Channel dan Discovery Science)

Beberapa hari kebelakangan, terutama sekali semasa Tahun Baru Cina, cukup banyak dokumentari tentang emas dan matawang USD.


Namun Dokumentari itu perlu ditonton dengan minda analitik, tidak boleh percaya 100% terutama sekali "God's Gold".

Di Discovery Science, terdapat satu dokumentari tentang USD, tajuknya lebih kurang "Mighty bank", ia menceritakan bagaimana duit dicetak, duit dilupuskan, dan terang-terang meraka cerita tentang 'money creation' dan matawang USD yang baru dicetak dihantar ke luar negara.

Nampak gayanya mereka sekarang sudah terang-terangan ingin memberitahu dunia bahawa mereka menguasai dunia dengan USD.

Banyak pula dokumentari tentang emas di History Channel, emas Yamashita, emas Afghan, Pencarian bagaimana Nabi Sulaiman memperolehi emas, Di mana Menorah emas yang dicuri dari Palestin oleh Rom kini berada.

Saya sebenarnya tidak sempat menonton kesemuanya.

Semuanya akan menimbulkan keinginan penonton untuk menyukai emas.

Saya tidak pasti samada wujud agenda tersembunyi atau tidak. Saya rasa mungkin ada.

Penonton seolah-olah diberitahu bahawa USD digunakan untuk menguasai dunia, "kalau nak kembali kepada emas, silakan". Tetapi emas masih pada mereka.

Selasa, 27 Januari 2009

Ada Berapa Buah Pelayan Beras Padu? Tiada kaitan Malaysiakini

Banyak perkara berlaku, namun tidak sempat untuk berblog, bukan kerana kekurangan masa untuk mengadap komputer, tetapi mengadap komputer dalam mod antaramuka baris arahan (CLI) terlalu lama.


Ini semua Beras Padu punya fasal.

Mungkin ada yang menganggap Beras Padu hanya satu, tetapi ia lebih dari satu.

http://beras-padu.pit.my dan http://www.beras-padu.pit.my adalah alamat berbeza, dan juga berbeza lokasi.

Yang ada www itu 'hosting' berbayar, yang tiada www itu hosting di rumah.

Dulu kepala saya agak pening memandangkan Enjin Beras Padu letaknya di komputer yang sama dengan komputer saya membaca blog, menulis blog. Sekejap-sekejap ia keras.

Maka saya beli komputer terpakai untuk hoskan Enjin Beras Padu.
Pening juga kepala bila asalnya komputer 'baru' itu hendak dimasukkan OpenSuSe, tak boleh but pula, CD Ubuntu lama sudah hilang.

Saya ada 2 pilihan. Komputer lama jadi Enjin Beras Padu, Komputer baru jadi komputer melayari web.
Atau sebaliknya.

Entah bagaimana, saya memilih Ubuntu Server, tanpa mencuba langsung Centos.
Ubuntu Server memang ringkas, tiada X langsung, jimat RAM dan pemproses.

Maka saya peninglah kepala untuk pindahkan Enjin Beras Padu kepada komputer baru (Mitsubishi).
Tanpa X, nak tetapkan IP statik pada pun pening kepala.



Ketika Enijn Beras Padu yang baru belum siap, saya terfikir untuk meletakkan varnish pada komputer Macmini. Itu pun pening juga, kerana flink atau macports tiada pakej Varnish. Akhirnya saya baru tau gcc dibekalkan sekali dalam CD OSX, dan berjaya juga kompil varnish dan laksanakan varnish pada Macmini.


Atas meja hitam ada macmini, dalam itu ada varnish yang mungkin pelayan permintaan HTTP anda kalau anda berkunjung ke Beras Padu




Komputer Mitsubishi, yang ingin dimasukkan Enjin Beras Padu akhirnya lebih kurang siap malam tadi.

Banyak betul langkah perlu dilakukan. Terasa muda 10 tahun bila main CLI banyak-banyak.

Isteri saya pernah tanya, "kenapa tak siap-siap".

Manalah saya tau, bukannya orang yang buat Beras Padu itu ada perisian pemasangnya sendiri boleh "Next", "Next", "DONE".

Akhir sekali, di rumah saya ada 3 ekor varnish.
nginx membuat imbangmuat (loadbalancing) diantara
  • varnish di OSX
  • varnish di komputer mitsubishi
  • Varnish di Komputer lama.
Wah, rumah sudah jadi ladang pelayan (server farm).


Disebabkan Beras Padu ada dua alamat berbeza, ada yang suka masuk pada yang ada www, ada yang suka masuk pada yang tiada www.

Akan tetapi hari ini saya ingin mengajak pengunjung untuk mencuba yang tiada www.



http://beras-padu.pit.my

Isnin, 26 Januari 2009

P.W Botha Masuk PKR?

Semalam heboh cerita tentang ADUN Bota masuk PKR.

Namun kepala otakku terlintas akan nama P.W Botha, seorang pemimpin
kulit putih Afrika Selatan yang pro Apartied ketika 80an.

Ketika 80an, ketika saya masih lagi sekolah rendah, minat terhadap
politik sudah mula terbit.

Saya melihat akan gambar yang sama sering keluar di ruangan 'Dunia'
Berita Harian.

Gambar P.W Botha sering keluar bersama-sama gambar pemimpin dunia yang
lain seperti Ronald Reagen, Mikhail Gorbachev , Saddam, Hosni Mubarak,
Yassir Arafat, Magerat Thatcher, Marcos, Nakasone. Muka-muka itu yang
sering keluar dalam berita luar negara.

Agak sukar untuk pelajar sekolah rendah seperti saya ketika itu untuk
memahami politik dunia ketika itu. Maka, ketika itu cukuplah sekadar
untuk memahami pemimpin itu memimpin negara mana.

Tetapi ketika itu saya cukup tak faham, Yassir Arafat itu pemimpin negara mana.

Saya tidak pasti sangat apa krisis yang berlaku, tapi mungkin ada
kaitan dengan pembunuhan si Shatilla 1983.

P.W Botha pula saya hanya kenal gambar ketika itu. Dia botak.

P.W Botha kepalanya botak.

Ahad, 25 Januari 2009

Kampung Sempang Mungkin Boleh Terselamat daripada Hiperinflasi

Ini semua visi gila tetapi tak mustahil untuk dilakukan.

Tempoh hari saya meredah kegelapan malam untuk mendengar Seminar Dinar
Emas oleh Dr Abdul Halim (MMU) yang diadakan di UiTM Johor.

Memang berbaloi, kerana dia telah mencerita banyak perkara tambahan
selain daripada perkara yang saya sudah tahu.

Boikot USD agenda utama, sama seperti yang saya telah tulis di blog ini.

Dr Abdul Halim menceritakan tentang bagaimana di Yugosslavia dahulu,
berlakukanya hiperinflasi, sehingga memerlukan sejumlah wang yang
banyak untuk membeli sesuatu.

Terdapat juga cerita bagaimana ketika itu, orang terpaksa memotong
rantai emas untuk membeli roti.

Kerajaan ketika itu cuba mengawal harga barang, macam yang KPDNHEP
lakukan sekarang, akibatnya pembuat roti tak mahu buat roti.

Berbalik kepada tujuan asal penulisan ini untuk membuatkan bagaimana
Kampung Sempang boleh terselamat daripada kesan hiper-inflasi.

Kampung Sempang agak merdeka dari sudut ekonomi kerana ada sawah, ada
nelayan , ada orang bela ayam.

Sekiranya berlakunya hiper inflasi, maka penduduk masih boleh cukup
makan dengan menukar barangan sesama sendiri.

Namun ia tidak semudah yang disangka, kerana pesawah tidak menjual
padi sendiri. Mereka jual kepada Bernas untuk mendapatkan wang.
Simpanan sendiri tidaklah sebanyak seolah-olah untuk dijual.

Para pekerja yang makan gaji, akan mengalami kesusahan kerana mereka
mendapat gaji yang agak tetap setiap bulan.

Kalau harga ayam naik kepada RM 1000.00 , maka susahlah mereka hendak
membeli ayam.

Para pendokong dinar emas, kebanyakkannya fokus kepada emas dan kurang
fokus kepada Dirham perak.

Andai kata, setiap keluarga di Kampung Sempang mempunyai 10 dirham.
Dengan mudahnya ekonomi masih boleh bergerak daripada menggunakan
ringgit yang telah mengembang kepada dirham.

Hari ini 1 Dirham lebih kurang RM 3.00 sahaja.
1 keluarga hanya perlukan RM 30 sahaja untuk ada rizab 10 dirham di rumah.

Tapi mungkinkah orang kampung mempunyai kesedaran terhadap pentingnya
pertahanan daripada hiperinflasi?

Kerana itu pendokong Dinar/Dirham perlu ada rizab dirham yang agak banyak.

Andai kata setiap pendokong Dinar Dirham mempunyai simpanan 1000
dirham. Maka mereka boleh menjadi "Along baik" yang memberi pinjaman
tanpa riba' kepada orang kampung.

"Pinjam 10 dirham, bayar balik dengan 10 dirham juga"

Kalau seorang pendokong dinar/dirham boleh pinjamkan kepada 100 orang.
Kalau ada 100 orang pendokong Dinar/Dirham di Melaka? Maka 10,000
orang boleh mendapat pinjaman 10 dirham.

Walaubagaimana pun memang agak sukar kalau kerajaan negeri tiada
polisi untuk menyelamatkan rakyatnya daripada hiper inflasi.

Namun Kerajaan Negeri Kelantan agak pro kepada Dinar/Dirham, tidak
mustahil kalau mereka menyediakan secara percuma satu keluarga 10
dirham.

Privasi Alamat Emel

Saya mempunyai satu alamat emel yang digunakan untuk tujuan komunikasi sahaja.

Alamat emel itu dengan sengaja tidak dipaparkan di blog.

Hanya yang mengenali saya sahaja yang mengetahui alamat emel tersebut.

Alamat emel tersebut tidak digunakan untuk mendaftar perkhidmatan
websembarangan yang memerlukan emel. Sebaliknya saya menggunakan
alamat emel yang lain untuk tujuan itu.

Walaubagaimanapun alamat emel itu hanya digunakan untuk mendaftar
perkhidmatan yang betul-betul penting sahaja.

Saya memang jaga betul-betul alamat emel tersebut supaya tidak dicemari spam.

Namun saya tidak mampu untuk mengawal tindaktandik kawan-kawan saya
yang mengetahui alamat emel saya.

Jadi ada diantara mereka telah menjemput saya untuk menyertai Facebook.

Maka, Facebook sudah menyimpan alamat emel saya.

Selama ini saya enggan untuk mendaftar Facebook kerana enggan
memberikan alamat emel.

Sebelum ini, ramai yang telah menjemput saya untuk menyertai
friendster menggunakan alamat emel yang digunakan untuk "main-main",
itu pun mereka telah siapkan siapa "rakan-rakan" saya, sekiranya saya
menyertai friendster.

Bayangkan, tanpa mendaftar mereka sudah tahu siapa rakan saya.

Oleh kerana pengalaman menggunakan emel tanpa spam oleh gmail, maka
saya bolehlah dikitakan hanya percaya bahawa perkhidmatan berasaskan
Google sahaja yang menjamin keselamatan emel daripada dispam.

Apabila Facebook pernah dikaitkan dengan Microsoft, maka lagilah saya
tidak mempercayai Facebook.

Jumaat, 23 Januari 2009

Jadual Perancangan Aktiviti Ketika Cuti Tahun Baru Cina

Sabtu:

Pagi: Seminar Kewartawanan bersama LanH dan Mutaligat
Petang: Melawat perigi Hang Tuah
Malam: Mesyuarat tentang YB Salahuddin

Ahad:
Pagi Melawat Perigi Hang Tuah, periksa isipadu air.
Tengah hari: Pergi Majlis nikah, Samdaddycool + Najwa Farhana.
Petang: Melawat Perigi Hang Lipo
Malam: Cari Formula Jangan Kasi Perigi Hang Tuah Kering


Isnin:
Pagi: Beli Bekas air, takut kalau Perigi Hang Tuah kering, boleh isi perigi hang tuah itu menggunakan bekas yang dibeli.

Petang: Cari sumber air alternatif untuk penuhkan Perigi Hang Tuah.
Malam:

Selasa:
Pagi:Pergi Perigi Portugis, kaji macam mana nak sambungkan air daripada perigi Hang Tuah
Petang:
Malam:



Kenapa banyak sangat "Perigi Hang Tuah" ?


Ini semua pantun Prof punya fasal.



Ikan kering tidak berkuah
Dimakan dengan asam pedas
Kalau kering Perigi Hang Tuah
Hasbullah Pit telinga ku pulas

OpenSUSE boleh dipasang dalam 'Basa Jawa'

Tetapi tidak dalam bahasa Melayu.

---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Khamis, 22 Januari 2009

Obama pula balas Surat Husam Musa......

Husam Musa telah mengirim surat pada Obama.

Bayangkan kalau Obama membalasnya sebegini.

Dear Husam Musa

Why the heck do  you copy my campaign logo?

Apa Yang Tamadun Barat Telah Lakukan?

Zaman Tamaddun Islam dulu, ada tak masalah sampah yang berlonggokan sehingga memakan sebahagian besar muka bumi?

Sekiranya ada masalah sampah ketika Tamadun itu, dimana tapak sampah Tamadun Islam?

Tamadun China pula bagaimana?
Jed ada jumpa kitab lama mengatakan wujudnya masalah sampai sehingga memeningkan kepala maharaja?

Hebat Tamadun Barat ini ya?

Rabu, 21 Januari 2009

Heliza , Tranungkite, Melaka Hari Ini diserang DDoS oleh Zionis?

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak serangan DDoS diberitakan, Paling popular sekali adalah serangan terhadap Tranungkite.

Beberapa hari lalu, pihak penyedia hosting saya ada memberitahu bahawa wujudnya serangan.

Saya tidak pasti pula pihak penyedia hosting saya itu (zenpipe.com) ada menyediakan perkhidmatan mempetulkan paip atau tidak.



Laman Blog Heliza, mati ketika AJL, tetapi baru hidup hari ini.

Hari ini pula, Mutaligat melaporkan bahawa IPnya di sekat untuk melayari Melaka Hari ini, tidak lama selepas itu Melaka Hari Ini mati.


Harapnya Laman  Rahim Tamby Chik tidak diserang DDoS.


Hari ini, komputer saya tidak dikecuali daripada serangan, tetapi rasanya bukan DDoS, mereka hantar permintaan pelik sehingga komputer tergantung. Tapi kes saya pelik sedikit.

Kalau tiada serangan pun dia mampus sendiri.

Selasa, 20 Januari 2009

Blog Ibnu Hasyim kini IbnuHasyim.com

Blogawan Ibni Hasyim hari ini mengorak langkah untuk memiliki domain sendiri.

Sila lawati http://ibnuhasyim.com

Ibnu Hasyim adalah blogawan glokal yang unik. Terdapat cerita tempatan dan cerita global yang ada di dalam blognya.

Banyak perkembangan Islam di Luar Malaysia diceritakan olehnya.

Boikot USD: Datuk Salleh Majid kool

Berikut adalah Wawancana MHI dengan Datuk Salleh Majid berkenaan boikot USD.
Idea-ideanya lebih kurang idea saya juga, mungkin dia ada lebih fakta sepeti 22 buah negara menambatkan matawangnya dengan USD.

Selamat menonton


Bahagian 1


Bahagian 2



sumber http://palestinkini.info/?p=3079

Isnin, 19 Januari 2009

Demam Futsal DACS Jasin/Melaka, Ada yang tidur dalam Tiang Gol!

Demam Futsal Kini Melanda!!!

Ada yang sampai tidur dalam tiang gol






Mari Sertai

Kejohanan Futsal Terbuka DACS Jasin/melaka

klik pada imej:



REBUTLAH HADIAH WANG TUNAI RM 700.00, MEDAL DAN PIALA PUSINGAN UNTUK KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA. Untuk download borang penyertaan sila klik pada gambar..

untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara ZAINUDIN (0196564302), YUZI (0196291088) atau ZAKUAN (0197792795).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Januari 2009.



  • Klik disini juga untuk download syarat dan peraturan pertandingan





  • klik disini untuk melihat poster dan hadiah kejohanan

  • Semangat adik-adik tentang krisis Gaza - versi saya pula

    Rausyanfikir telah menulis tentang Semangat adik-adik tentang krisis Gaza

    Seronok melihat anak muda begitu keras memboikot:





    Di sini saya ingin menceritakan tentang mendekati golongan muda.
    Saya telah menceritakan bahawa golongan muda mengejar 'kool'.

    Tidak perlu rasanya untuk membawa golongan muda kepada perjuangan, perlu menjadi muda seperti mereka dan melakukan perkara yang mereka suka.


    Ketika Demonstrasi Anti-Zionis tempoh hari di Melaka, saya telah melibatkan golongan muda tanpa perlu melakukan aksi muda mudi.

    Golongan muda lebih suka kalau mereka dilibatkan dengan aktiviti penentangan. Jiwa mereka memberontak.

    Bendera Israel untuk dibakar disiapkan oleh golongan muda. yang belum mengerti soal politik atau perjuangan

    Salah seorang daripada mereka bertanyakan "Kenapa Tiada Hentikan Peperangan pada baju" ?


    Kemudian saya jawap.

    "Kita bukan nak suruh hentikan peperangan, kita nak tanah kita balik"


    Golongan muda (dan tua) masih ramai yang tidak faham isu palestin.

    Ramai yang menyangka itu adalah peperangan antara dua negara. TIDAK!


    Bagi saya keamanan adalah bukan matlamat, matlamat adalah mendapatkan semuala tanah yang diambil secara haram.

    Kemudian saya pergi berdemo sengan seorang jejaka muda, baru habis belajar.

    Boleh tahan juga semangatnya, dia mempersoalkan kenapa ramai tak boikot.

    Kemudian saya menceritakan padanya satu persoalan.

    "Ketika Kita dijajah dahulu, adakah menjajah mahukan kita beli barang daripada dia atau mereka mahukan barangan dari kita?"

    Kemudian keluarlah segala maknenek cerita boikot USD.

    Dan dia faham.

    Ketika berdemonstrasi pula, oleh kerana saya mempunyai lebih banyak peralatan berbanding pendemonstrator, maka saya perlu agihkan kepada pendemonstator lain.

    Saya datang 2 orang, tapi bawa 1 kain rentang, 1 bendera Palestin, 2 papan boikot USD, 1 bendera Israel untuk dibakar.

    Maka bendera Palestin diberikan kepada satu budak muda. Bersungguhlah dia mengibarnya.

    Ada satu ketika, saya mengedar poster kepada tukang tengok dan pendemonstrator. Oleh kerana ianya banyak maka saya pilih seorang pemuda, "Dik tolong agihkan".


    Maka bersungguhlah pemuda itu mengagihkan poster itu.

    Sekali lagi golongan muda dilibatkan dalam menjayakan demonstrasi.

    Bagi golongan muda, semangat waja, apabila dilibatkan, dia akan bersungguh-sungguh.

    Kalau diberi peluang berucap di atas lori, mungkin ia akan lebih berapi daripada Sofi Wahab.

    Satu langkah melibatkan golongan muda ialah melalui hubungan bapa dengan anak.




    Jika dibandingkan dengan golongan tua, mereka sudah lali dengan "Alah, bukan ada kesan".

    Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL ke 23

    Rasanya tak perlulah saya siarkan keputusan kerana ada banyak lagi laman blog yang siarkan keputusan nanti.


    Apa yang menarik adalah kehadiran Rosmah  (Bik Mama). Entah macam mana dia boleh ada.

    Rosmah jalan macam nak jatuh ke pentas.

    Ada satu masa, Rosmah hulur bunga , Faizal Tahir tak layan.
    Rosmah hulur lagi, Faizal Tahir tal layan.
    Akhirnya Faizal Tahir terima juga.

    Semasa nak turun, risau orang sebelah takut Rosmah jatuh tangga.

    Dulu Faizal Tahir buka baju, maca-macam kena.
    Kali ini dia buat persembahan "Cara pakai baju", baru dapat hadiah.

    Heliza?

    Ahad, 18 Januari 2009

    PRK P36 Menunjukkan Teori "Undi Cina adalah Penentu" adalah Salah

    Sebelum ini, memang wujud suara-suara dari pelbagai pihak mengatakan Undi Cina adalah penentu bagi Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu.

    Memang sudah jadi budaya politik Malaysia suka cakap undi Pengundi Cina adalah "penentu" tidak kira pihak BN atau PR.


    Bagi saya, semua undi adalah penentu, dipersetujui oleh Najib dalam blog Nuraflah.

    Namun Saudara Sofi Wahab telah mengemukakan bahawa pengundi Cina masih lagi menolak PAS di PRK P36.

    Kalau "Undi Penentu" menolak PAS, secara logiknya PAS kalah.

    Tetapi PAS tetap menang tanpa "Undi Penentu" menyebelahi PAS.

    Kalau "Undi Penentu" lebih menyelebahi BN, dan PAS menang, patutkah "undi penentu" itu dipanggil penentu?

    Kempen pilihanraya difokuskan lebih pada "Undi Penentu" ini, tetapi bukanlah penentu.

    Undi Pencinta Bahasa Jadi Penentu PRK P36 dan AJL? Undi Heliza?

    Satu Keunikan Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu ialah wujudnya unsur penentangan PPMSI, dimana parti yang jelas menentang PPMSI telah menang.

    Gerakan Mansuh PPMSI (GMP) yang bermula daripada Mahasiswa telah disambut baik oleh PAS, dan seterusnya menjadi Agenda Pakatan Rakyat.


    Itu dunia politik.

    Di dalam dunia hiburan pula, isu bahasa tidak terkecuali.

    Walaupun cukup bisa serangan penyokong Heliza, yang mempertahankan apa yang Heliza tidak pertahankan. Namun satu perubahan positif berlaku, di mana blog Heliza kini indah bahasanya dan juga kini bermaklumat. Ada Vitamin.

    Tahniah diucapkan kepada Heliza.
    Terima kasih kerana tindak-tandukmu memberi impak besar terhadap Gerakan Mansuh PPMSI.

    Sabtu, 17 Januari 2009

    Keputusan Perang SEO Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

    Seperkara menarik tentang Pilihanraya kecil  adalah perang SEO Keputusan PIlihanraya.

    Ruang vakum wujud, apabila keputusan adalah tidak rasmi, maka ramai akan mencari keputusan.

    Walaupun pengundian belum selesai, Pemikir, dari awal pagi sudah menyiarkan "keputusannya"

    Saya pula tercari-cari formula, bilakah masa sesuai untuk menyiarkan keputusan pilihanraya.

    Di sebelah petang, Puan Nuraflah telahpun menyiarkan "keputusan rasmi" nya.

    Maka, saya telah mengeluarkan keputusan pilihanraya pada jam 3:50 petang, dengan harapan robot itu indeks dan cukup segar apabila pengguna internet mencari keputusan.


    Tempat pertama dimenangi oleh Saya. (Beras Padu)


    Tempat Pertama : Pemikir
    Tempat ke 2: Saya punya digg
    Tempat ke 3: Pemikir punya digg
    Tempat ke 4 : Malaysianbite.com
    Tempat ke 5:
    Tempat ke 6: Saya (hasbullah.pit.my)
    Tempat ke 7: Zubli

    Tahniah kepada Para Pemenang, terutama sekali pemikir

    Kepada Puan Nuraflah, cuba lagi pada pilihanraya kecil yang lain.




    nota:

    Kepada siapa yang mencari Keputusan Rasmi Pilihanraya kecil Parlimen P36 / P036 Kuala Terengganu.
    Sila klik sini

    nota:
    Beras Padu tak no 1 sebenarnya, bila saya logkeluar, dia tak tersenarai.

    Keputusan tak rasmi prk p36

    PAS menang
    Majoriti 2616

    ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

    Keputusan Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

    Keputusan Pilihanraya RASMI Kecil P36 P036 Kuala Terengganu

    Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883
    Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252
    Azharudin Mamat (Bebas): 193
    Undi Rosak:665

    Majoriti:2631
    Jumlah Keluar Mengundi: 63,993
    Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229
    Peratus Keluar mengundi: 79.693%


    Sebagai perbandingan PRU 12

    Jumlah Pengundi: 80,325
    Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
    1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
    2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
    3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
    Majoriti: 628
    Jumlah undi: 66,112
    Peratus mengundi: 82.31%
    Undi rosak: 931
    Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
    (Majoriti: 1,933 undi)

    Jumaat, 16 Januari 2009

    BN Angkuh dengan E-Book di KT, Menolak OLPC?

    Daripada blog Tiger, terdapat gambar tentang BN angkuh dengan projek perintis "E-book" dijadikan kempen pilihanraya.





    Mengapa saya kata angkuh?

    Kerajaan Malaysia menolak kerjasama dengan OLPC, rupanya ada "E-book" sendiri.
    Sudah menjadi polisi OLPC, mesti berurusan dengan kerajaan, tidak NGO.


    Lihat jawapan bodoh Timbalan Menteri ketika menjawap soalan tentang OLPC oleh Ahli Parlimen PKR.


    Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian akan membelanjakan amaun melebihi RM5.43 bilion sekiranya komputer dibekalkan kepada 5.43 juta orang murid sekolah, iaitu berdasarkan anggaran kos sebuah komputer tanpa perisian adalah sekitar RM1,000 dengan jenama yang terhad di pasaran.

    Sukahati dia lah.

    Demo Anti-Zionis di Melaka

    Sehari  Sebelum Demo


    Terjumpa bendera Palestin lama dalam simpanan, tidak digantung kerana hujungnya bercabang.



    Maka, cuba mencari tukang jahit, kebanyakkannya diluar kawasan, maka tak dapatla buat bendera baru.
    Terpaksalah 'hantar kedai' bendera itu.


    Pagi Jumaat, gerakan melukis bendera Israel dilakukan, sambil ianya dijemur, sempat pula dipijak oleh sesiapa yang teringin nak pijak.



    Demo Bermula



     

    Kelamkabut kerana kain rentang, sepanduk, bendera masih lagi dalam kereta.


    Bendera dipijak oleh... (tak nampak muka)


    Terus saya agihkan barangan kepada sesiapa sahaja. :)

    Papan Boikot USD diberikan kepada siapa entah.

    Papan 1:

    Boikot USD
    Tamatkan Rundingan US-FTA
    MITI Jangan Dayus


    Papan 2:

    Boikot USD
    Zety, Gantikan Rizab USD 
    dengan Emas dan Perak.








    Bendera diberikan kepada seorang pemuda, yang tetap terus mengibarkannya sehingga akhir demo.



    Ini dia pemuda itu


    Sofi Wahab Berucap


    Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka



    Silembiks jadi Model Iklan Ubat Kuat?



    Aksi bakar membakar.




    'Usop Janggut' bersama anakandanya.


    Secara keseluruhan, Demo dikira berjaya.
    Tetapi lebih seronok kalau ada "Berarak untuk Bersurai"



    Laporan Lain:
    Laporan Angkasanuri
    Laporan Puan NurAflah
    Laporan Silembiks.

    Kempen MCA menunjukkan seolah-olah BN tak mahu Menang PIlihanraya

    Dulu saya pernah tulis, orang BN seolah-olah tidak mahu menang pilihanraya, menggunakan isu yang menjatuhkan mereka sendiri.

    Saya pernah bayangkan, bagaimana kalau BN tidak langsung berkempen. Mungkin mereka dapat undi yang lebih.

    Kalau mereka tidak guna ugutan politik, mungkin mereka dapat undi lebih.

    Kalau mereka kurang bermain sentimen perkauman, mungkin mereka mendapat undi lebih.

    Kalau mereka tidak tabur projek pembangunan, mungkin juga mereka dapat undi lebih.

    Tetapi mereka tetap mahu berkempen cara mereka.

    Biarlah.

    Yang terbaru ialah kaedah kempen MCA, menakutkan pengundi cina mengenai hudud dan "Islam lama".


    Terjemahan Bahasa Melayu.



    “Kepada semua pengundi berbangsa Cina
    diParlimen Kuala Terengganu.
    Ingat tanggungjawab anda  semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.
    Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.
    Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.
    Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita kezaman kolot Islam seperti di Arab.
    Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.
    Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.
    Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada Negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.
    Undilah BN

    Bayangkan kalau Terjemahan ini sampai kepada setiap pengundi Melayu?
    UMNO yang tidak berani menolak hudud, mempunyai kawan yang menolak hudud dengan tambahan label "Islam lama".





    Orang Melaka, jangan lupa ke masjid negeri

    Bendera untuk dibakar sedang dicat.

    ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

    Khamis, 15 Januari 2009

    Teknik Menambah Bilangan Pelancong India oleh Ali Rustam

    Ali Rustam ada langkah tambahan untuk meningkatkan pelancong India

    1. Beri Gelaran Datuk kepada artis India.
    2. Gugurkan Kerakyatan penyokong hindraf.


    Perbuatan ahli HINDRAF memburukkan kerajaan dengan menfitnah adalah satu sabotaj dan tidak setia kepada negara maka eloklah yang punya diri meletakkan kerakyatannya dari menjadi warga Malaysia atau pun kerajaan Malaysia melucutkan kerakyatannya.



    Maka automatik penyokong hindraf dikira sebagai pelancong dan pelancong india bertambah,

    Cadangan Bodoh Buat Tok Penghulu Tranungkite

    Jam 1 pagi, di dapati Tranungkite kelihatan seperti diserang DDoS lagi.

    Nak sekat, lapor pada Jaring, NISER dan sebagainya, seolah-olah tidak cukup masa, kerana PRK P036 sudah dekat sangat.

    Maka saya ada cadangan bodoh, iaitu buat TKO sementara.


    ubah DNS
    Tudingkan www.tranungkite.net CNAME ke ghs.google.com
    buat blog baru sementara,
    Terbitkan sahajalah artikel yang ada di situ.

    Rabu, 14 Januari 2009

    Lebihan Eksport, Amerika Kuasai Dunia dengan USD

    Hari ini Puan Nur Aflah membuat catatan ekonomi dengan cukup baik.
    Masuk dan baca.


    Maka saya petik satu perenggan kecil untuk dikupas.
    Ya.
    Kupas macam bawang.


    Mengikut laporan MITI, 10.2% barangan Amerika masuk ke negara ini dari Jan-Nov 2008. Jumlahnya hampir mencecah RM 50 billion setahun. Manakala jumlah eksport Malaysia ke Amerika hampir mencecah RM 60 billion setahun.


    Malaysia import RM 50 bilion
    Malaysia eksport Barangan RM 60 bilion.

    Amerika mendapat lebihan barangan sebanyak 10 bilion.
    Banyak manakah barangan bernilai RM 10,000 itu?
    Berapa tan minyak sawit?
    Berapa tong minyak mentah?


    Sepatutnya Malaysia mendapat wang sebanyak RM 10 billion daripada Amerika.
    Dalam bentuk apa? USD?

    Mari kita kira pula berapa USDkah RM 10 billion.
    lebih kurang 3 bilion USD sahaja.

    Mari kita lihat berapa kecilkah 3 bilion USD itu.

    Wang USD yang dicipta atau dicetak untuk menyelamatkan 2 syarikat gadaian Amerika adala 700 bilion.

    Betapa kecilnya "3" berbanding "700".
    0.4 % sahaja

    Itu cetakan dollar untuk selamatkan 2 syarkat itu sahaja, belum kira lagi cetakan USD untuk selamatkan Syarikat Perbankan, Industri permotoran.

    Dipendekkan cerita, Amerika memerlukan tidak sampai 1 peratus duit yang dicetak untuk mendapatkan lebihan barangan sebanyak RM 10,000,000,000.00

    Berapa tan minyak sawit?
    Berapa tan getah?
    Berapa Tong Minyak?

    Apa yang Malaysia dapat dengan lebihan barangan yang kita beri mereka?
    Emas? Perak? atau hanya cebisan kertas?

    Dengan Malaysia, mereka dapat lebihan barangan sebanyak itu, bayangkan berapa banyak lebihan barangan yang mereka dapat dari China, India, Indonesia, Korea, Jepun.

    Adakah Amerika masih lagi mempunyai emas dan perak untuk membayar lebihan barangan yang diimport dari negara lain?

    Kalau tiada emas dan perak, bayar dengan kertas cukup lah.

    Dunia mencintai kertas yang diberikan oleh Amerika itu.

    Tranungkite diserang Zionis?

    Tranungkite diserang Zionis?

    menurut "Kedahlanie" , Laman Tranungkite diserang daripasa beberapa penjuru dunia.

    Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll

    Tranungkite menggunakan NGINX, tidak pasti pula dengan apa ianya digabungkan.

    Maka saya cuba google nginx ddos, terjumpa permintaan keupayaan menangkis DDOS pada nginx.

    Bentuk mana satukan DDOS yang Tranungkite kena?

    Kemudian saya cuba google "varnish ddos", terjumpa satu artikel pengalaman diserang DDOS. Mesti baca.

    Menurut pengalaman saya, varnish boleh mati walaupun tidak diserang, maka sudah jadi 1 kerja untuk ulang hidupkan varnish.

    Pernah juga cuba nginx di hadapan lighttpd , lighttpd pula mati.

    Maka yg terkini saya guna nginx di depan, kerjanya ialah imbangmuat kepada varnish dan lighttpd.
    Kalau varnish mati, nginx akan ambil terus dari lighttpd.

    Rupanya Pak Arab yang diserang zionis pun menggunakan gabungan varnish dan nginx untuk terus hidup.

    Pak Arab itu mengatakan sehingga 50,000 IP yang menyerangnya.
    Menarik juga, suruh nginx putuskan sambungan setelah melayan 0 bait.


    Petang semalam, terdengar cerita bahawa pelayan 1 IPTA tempatan diserang cecacing (worm).



    Tidak hairan kalau serangan daripada 50,000 IP itu datangnya daripada cecacing yang menginap di pelayan IPTA tempatan yang diserang kemudian menyerang laman-laman web orang Islam.

    nota:
    Sila ke Beras Padu , atau Beras Padu Seminggu Statik .

    Selasa, 13 Januari 2009

    Tranungkite Tergendala - Malaysiakini

    Daripada Perisik Rakyat , mengatakan tranungkite tergendala akibat daripada masalah.

    Jadi apa alternatif?

    Kepada yang terlalu bergantung kepada Tranungkite untuk membaca sumber-sumber yang ada memanglah sukar, Akan tetapi jika didiversifikasikan, mungkin kurang sedikit masalah.

    Agak sukar untuk membaca blog satu persatu.

    Kalau tidak salah saya, 70% artikel yang tersiar di Tranungkite pernah ditersenarai di Beras Padu.

    Untuk paparan panjang, sila masuk ke Seminggu Kebelakangan Beras Padu.

    Mungkin saya perlu sediakan "seminggu Kebelakangan" versi statik.

    Tunggu sekejap.

    .
    .
    .
    .
    Siap.

    Kafigrafi Cina

    Jed Yoong ( جيد يوڠ ) adakalanya pelik juga.


    Tempoh hari dia mempersoalkan di manakah kaligrafi pempin Cina tempatan, kemudian hari ini dia menunjukkan bahawa pemimpin Cina zaman moden juga mempunyai kaligrafinya sendiri.

    Saya pun tidak berapa faham, adakah kaligrafi itu perlu ada bagi setiap pemimpin Cina? Atau bagi setiap individu?

    Adakah ini dipanggil sebagai Kaligrafi?



    Kalau begitu ,YB Khalil Idham Lim, pemimpin PAS ada Kaligrafi, MCA DAP tiada?

    Keperluan untuk mempertahankan dan memahami khazanah kaum-kaum di Malaysia, itu kerja Lajnah perpaduan kaum PAS.

    Isnin, 12 Januari 2009

    Demo Mengutuk Kekejaman Zionis Masjid Al-Azim Melaka 16 Jan 2009

    Satu Demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis akan di adakan pada Jumaat 16 Januari 2009, selepas jumaat di Masjid Al-Azim Melaka.

    Sempat lagi untuk menjahit Bendera Palestin.

    Sempat lagi untuk memlukis bendera Israel untuk di Bakar.


    Nasib baik 'banner' telah ditempah.

    Ahad, 11 Januari 2009

    Pelacuran Bahasa oleh Heliza di "Heliza's Diary"

    Tahniah diucapkan kepada Heliza.
    Terima kasih kerana tindak-tandukmu memberi impak besar terhadap Gerakan Mansuh PPMSI.



    Catatan di bawah ditarik balik , baca yang baru


    ---------



    Entah bagai mana saya terjenguk ke blog Heliza.


    Amat kecewanya saya apabila bahasa yang digunakan adalah seolah-olah dengan sengaja melacurkan bahasa.


    klik sini untuk paparan yang lebih besar.




    Mana tidaknya saya mengatakan dia seolah-olah melacurkan bahasa dengan sengaja, terdapat perkataan yang dilihat sebagai sengaja melacurkan bahasa seperti "xde"


    lame x cite2 ngan anda semua ni
     Dia juga didapati melacurkan bahasa apabila menambah "er" pada dalam perkataan "mana"


    tapi x tau nak setat dari maner
    Adakah dia mengejar "kool" sehingga melacurkan bahasa.
    'kool'kah melacur bahasa ketika musim penentangan terhadap PPMSI sedang hangat?


    Terdapat juga orang lain yang menjadi artis, masih boleh menulis dalam bahasa indah.


    Aznil Nawawi, yang jauh lebih popular daripada Heliza, tidak pula melacurkan bahasa dengan sengaja.


    Cuba bandingkan catatan blog Aznil Nawawi.


    Aznil juga bersahaja ketika menulis blog, namun dia tidak dengan sengaja melacurkan bahasa.


    Penulisan Aznil tidaklah 100% betul mengikut nahu Bahasa Melayu, tetapi ayat boleh diolah supaya ia kekal dalam keadaan bersahaja dan kesalahan bahasa adalah minimum.


    Walaupun perkataan "Korang" adalah tidak betul, tetapi tidak pula dilacurkan menjadi "kowang" seperti Heliza.


    Heliza bukan artis bodoh yang tidak berpelajaran sehingga tidak mampu mengolah ayat.
    Saya yakin dia mampu.




    Dia sepatutnya menjadi ikon muda-mudi yang elok, bukannya mengajak peminatnya untuk melacurkan bahasa.






    Para Pencinta bahasa dan Penentang PPMSI sekalian, mari kita serang Blog Heliza menggesa supaya dia tidak melacurkan bahasa.




    Mungkin tiba masa bagi Rausyanfikir membuat kemeja T "Rausyanfikir.com" untuk dihadiahkan kepada Heliza. Kerana ia lebih 'kool' daripada melacurkan bahasa.

    Federelisme Pemerintahan Malaysia Wajar Diubah?

    Telah diberitakan di Sinar Harian bahawa Tian Chua (PKR) mahu mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya Royalti minyak dinaikkan kepada 20% , berbanding sekarang ini hanya 10% Persekutuan, 5 % Negeri.

    Pada Masa yang sama pula Syarikat Minyak milik kerajaan Persekutuan.

    Yang menariknya, alasan untuk meminta negeri pengeluar minyak diberi lebih royalti adalah supaya membasmi kemiskinan.

    “Kita hendak beliau (Wan Farid) menyatakan pendirian terhadap isu ini kerana jika beliau ikhlas ingin membantu rakyat Terengganu, beliau hendaklah menyatakan pendirian sama dengan rakyat negeri ini.

    “Dengan royalti minyak yang meningkat sekali gus kerajaan negeri dapat meningkatkan projek pembangunan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat,” katanya pada sidang media anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.

    Pemberian lebih royalti minyak kepada kerajaan negeri akan menyebabkan kerajaan persekutuan kekurangan sumber 10% yang dinikmatinya.

    Apabila royalti menjadi 20%, maka Syarikat minyak akan kekurangan 5%.
    Kerajaan persekutuan akan kehilangan lagi sumber daripada syarikat minyak miliknya.

    Bagi saya pemberian lebih royalti adalah umpama pembayaran daripada bapa ke anak, atau boleh juga dikatakan sebagai dari poket kiri ke poket kanan.

    Apa rasionalnya mengurangkan sumber pendapatan kerajaan persekutuan supaya negeri yang mempunyai sumber minyak mendapat terlalu banyak?

    Jikalau matlamatnya untuk mengurangkan kemiskinan, bagi saya langkah yang baik adalah dengan menambahkan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan.

    Kerajaan negeri itu samada BN atau PR.

    Apa yang terjadi sekarang ialah kerajaan persekutuan terlalu kaya, berbanding dengan apa yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

    Rakyat di negeri-negeri banyak juga membayar kepada kerajaan persekutuan.

    Pembangunan pula banyak diberikan kepada wilayah yang dikuasai persekutuan iaitu Kuala Lumpur.

    Ini bukan soal BN vs PR.

    Ini soal Kerajaan Persekutuan vs Kerajaan Negeri.

    Tatkala Malaysia mendapat sumber Dalam Negeri Kasar 504 bilion, belanjawan Negeri Kelantan saiznya hanya lebih kurang 300 juta.

    Tetapi PKR mahu PR laksanakan pengurangan sumber pendapatan persekutuan supaya negeri mempunyai minyak mendapat lebih?


    Siapa yang benar-benar diharapkan untuk membasmi kemiskinan, Persekutuan atau Negeri?

    Yang dekat dengan Rakyat ialah Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan negeri terlalu mendapat sedikit peruntukan daripada kerajaan Pusat.

    Jika politik basmi kemiskinan mahu dimainkan, maka peruntukan-peruntukan ke arah akar umbi perlu dinaikkan.

    Peruntukan Kerajaan Negeri
    Peruntukan Parlimen

    Peruntukan ADUN.


    Tetapi perkara sebaliknya berlaku, banyak kerajaan negeri yang berhutang kepada Kerajaan Persekutuan.

    Ada juga Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh parti yang sama dengan kerajaan persekutuan, menyerahkan kepentingan negeri kepada Persekutuan.

    Bila agaknya Melaka menjadi "Wilayah Persekutuan Melaka" ?


    Eh

    Di Malaysiakini ada melaporkan aktiviti penjajahan persekutuan terhadap kepentingan kerajaan negeri.

    Sabtu, 10 Januari 2009

    Wahid Endut == Jawapan Kepada Persoalan Faye Wong 明月幾時有?

    Jed amat menggemari 王菲 - 但願人長久 - Faye Wong - Forever




    Ayat pertama lagu itu  memberi maksud ,

    "Bright moon, when did you appear?"

    atau

    "Will a moon so bright ever arise again?"

     Jawapan di tangan pengundi PRK P036 Kuala Terengganu.

    Jawapan juga bergantung kepada Wahid Endut selaku Calon PAS di PRK itu.


    Mari kita tafsir perenggan pertama darikaca mata politik Semasa, menggunakan kaedah nujum pak belalang.


    明月幾時有?
    把酒問青天。
    不知天上宮闕5,
    今夕是何年?

    Will a moon so bright ever arise again?
    Drink a cupful of wine and ask of the sky.
    I don’t know where the palace gate of heaven is,
    Or even the year in which tonight slips by.

    Ia memberi maksud bahawa harapan terhadap PAS oleh pengundi Cina begitu tinggi, tetapi masih tertanya-tanya soal pengharaman arak. Adakah PAS boleh menang tahun ini?



    我欲乘風歸去,
    唯恐瓊樓玉宇6,
    高處不勝寒。
    起舞弄清影7,
    何似在人間8


    I want to return riding the whirl-wind! But I
    Feel afraid that this heaven of jasper and jade
    Lets in the cold, its palaces rear so high.
    I shall get up and dance with my own shadow.
    From life endured among men how far a cry!
     Ia memberi maksud bahawa pengundi mempunyai dasar tenaga alternatif berasaskan angin.
    Dan juga memberi maksud, Kerajaan negeri Pulau Pinang serba salah dalam isu iDance.

    hehehe


    人有悲歡離合,
    月有陰晴圓缺,
    此事古難全。
    但願人長久,
    千里共嬋娟12。



    People have their grieves and joys, their togetherness and separation,
    The moon has its dark and clear times, its waxings and wanings.
    Situations are never ideal since long ago.
    I only hope we two may have long long lives,
    So that we may share the moon’s beauty even though we are a thousand miles apart.

     Perenggan ini menceritakan tentang Pakatan Rakyat.
    Ada isu bersama, wujud juga perbezaan pendapat.
    PAS pula dilihat sebagai baik dan adakalanya dilihat negatif oleh bukan Islam bila isu hudud dimainkan.
    Namun semua mahu PAS bersama Pakatan Rakyat.
    Supaya keindahan Islam yang dibawa  PAS akan membawa Pakatan Rakyat Jauh ke depan.

    Dalam Erti kata lain Islam akan membawa Pakatan Rakyat ke depan.

    Jumaat, 9 Januari 2009

    Amerika Mencukai Dunia dengan USD, bukan hanya pada orang Islam

    Saya agak kecewa ada pihak yang memperlekehkan penentangan terhadap USD.

    Di sini saya hendak maklumkan bahawa Amerika menggunakan USD untuk mencukai semua negara yang mempunyai rizab USD, atau menyimpannya.

    Amerika juga mencukai rakyatnya sendiri.

    Amerika bukan hanya mencukai orang Islam sahaja, dia mencukai semuanya tak kira kamu India atau Cina atau Melayu atau apa pun bangsa.

    Jadi, agenda menentang USD sepatutnya menjadi agenda dunia. Bukan hanya pada penyokong Palestin.

    Faham?

    Saya pasti ada yang tidak faham bagaimana Amerika menggunakan USD untuk mencukai dunia dan rakyatnya sendiri.

    Bayangkan bahawa wang USD ialah 10 trilion.

    Amerika mencetak 1 trilion dalam bentuk "bail out" kepada syarikat tempatannya.

    Jadi 10+1 =11.

    Andaikata dunia luar dari amerika meyimpan 3 trilion USD di bank pusat negara-negara yang ada, termasuklah simpanan peribadi.

    Kebiasaannya kalau bilangan wang dilebihkan sebanyak 10% , (1 trilion adalah 10% drpd 10 trilion) , maka nilai USD sepatutnya akan mengalami inflasi 10%.

    Akan tetapi inflasi 10% itu tidak berlaku serta merta, Ia mungkin dilewatkan berpuluh tahun.

    Tapi Amerika sudah mempunyai lebihan 1 trilion, maka dia boleh beli komoditi, untuk dijadikan produk untuk rakyatnya dan eksport.

    Dan Amerika boleh membeli apa sahaja produk dalam dunia ini, kerana duit mereka laku walaupun mereka cetak lebih.

    Lambat laun duit USD yang pada simpanan rizab bukan amerika akan mengalami inflasi , nilainya jatuh.
    Duit USD pada Amerika itu juga turut jatuh nilainya, tetapi dia sudah dapat siang-siang 1 trilion.

    Duit USD pada simpanan luar Amerika jatuh, tapi penyimpannya tidak dapat apa-apa.
    Amerika tidak kongsi sebahagian daripada 1 trilion itu kepada penyimpan dollar luar Amerika.

    Dari situ, Amerika sudah mencukai sebanyak 1 trilion USD dari pemegang USD samada rakyatnya sendiri dan bank pusat lain.

    Jadi begitulah cukai Amerika terhadap negara lain.

    Eh, Iran tidak dikenakan cukai kerana dia telah menolak USD lebih awal.

    Cukai Amerika ini tidak mengira siapa.
    Kau Cina kah
    Kau India kah
    Kau Jepun kah

    Semua kena.

    Bagi saya negara China yang paling teruk dicukai, mereka bertungkuslumus membuka kilang dan sebagainya, untuk memenuhi nafsu konsumerisme rakyat Amerika, tetapi pembayarannya adalah dalam USD yang makin lama merosot nilainya.

    Negara lain pula agak pelik, apabila USD merosot, mereka risau matawangnya tinggi, kalau matawangnya tinggi, mereka takut Amerika tidak mahu membeli produknya, maka 1 dunia pula berlumba-lumba merendahkan matawang supaya sepadan dengan kejatuhan USD.

    Kerana itu, apabila inflasi dibongkarkan, harga barang naik. Sebenarnya matawang negara lain juga turut direndahkan supaya mengikut rentak kejatuhan dollar.

    Apabila harga barangan naik, negara lain juga turut risau, maka semua akan meningkatkan produksi supaya harga turun dan dibeli oleh Amerika. Maka Amerika dapat lagi membeli belah komoditi dan produk dunia dengan murah.

    Setiap Undi Adalah Penentu, Bukan HANYA undi 11% Cina Sahaja Penentu

    Harap maaf, jika catatan ini mengguris sensitiviti.

    Pada PRK Kuala Terengganu, 11% pengundi adalah Cina.
    Namun, banyak suara-suara mengatakan "undi Cina adalah penentu".

    Jika difikirkan balik, adakah undi 88% yang lain itu bukan penentu?

    Memang tidak dinafikan wujud politik perkauman dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan. Saya bukan jenis yang terlalu terima hakikat tembok perkauman sudah runtuh.

    Jika tembok perkauman sudah runtuh, kenapa pula di kawasan Majoriti Melayu, dilaungkan pula undi cina jadi penentu. Mana tidaknya makcik-makcik di kampung risau tentang survival melayu jika 88% undi tidak dilaungkan sebagai "penentu" tetapi yang 11% itu juga yang dikononkan sebagai penentu.

    Jadi, jangan terperengakap dengan agenda "11% Undi Cina adalah penentu".

    Ada juga kawasan dimana Kaum Melayu adalah minoriti, ada kawasan dimana india minoriti, ketapi tidak pula kedengaran "Undi Melayu adalah penentu" atau "Undi India adalah Penentu".


    Kenapa perlu laungkan sangat "Undi Cina adalah penentu" di Kuala Terengganu?

    Kalau benar mahu perjuangkan politik tidak perkauman, mengapa mesti ada suara mengatakan undi sesuatu kaum itu penentu? Katakan sahajalah setiap undi adalah penentu.

    Sekiranya dalam politik, undi sesuatu kaum terlalu dilebih-lebihkan maka agenda sesuatu kaum itu akan dapat lebih perhatian. Bagi saya ini agak tidak adil.


    Kesimpulan, setiap undi adalah penentu, bukan undi daripada sesuatu kaum sahaja.

    Terima Kasih Negara China

    Daripada Beras Padu, saya terjumpa satu berita yang disiarkan di gata.org mengatakan Negara China akan berusaha dengan program perintis untuk memnyelesaikan perdagangan antarabangsanya menggunakan matawang yuan berbanding sebelum ini USD.



    China's central bank said yesterday that it plans to implement a pilot program that would settle overseas trade with the Chinese currency instead of the US dollar.

    The People's Bank of China will expand financial cooperation with overseas economies and "properly deal with the global financial crisis," the central bank said.

    "We'll actively join international efforts to tackle the global financial crisis while safeguarding national interests," the central bank said.

    It pledged to implement a pilot program that the State Council announced last month.
    China will allow the yuan to be used for settlement between Guangdong Province and the Yangtze River Delta, China's two economic powerhouses, and the special administrative regions of Hong Kong and Macau, according to the central bank
     Walaupun tujuan asal Bank Pusat China adalah untuk mendapatkan kestabilan, tetapi ianya adalah penolakan besar terhadap dollar Amerika, dan Ianya sebenarnya satu serangan ekonomi yang besar terhadap Amerika.

    Sama seperti serangan Iran mac lalu.

    Walaupun Negara China tidak mengatakan supaya tidak menjual barang kepada Amerika, namun langkah itu adalah saling tidak tumpah langkah memboikot USD seperti yang pernah dinyatakan pada 2 catatan terdahulu.


    Masih ingatkah lagi kris kewangan 1998?
    Disitulah medan dimana dunia mempercayai bulat-bulat pengukuhan dollar. Ketika itu, Malaysia tambat bulat-bulat nilai Ringgitnya dengan USD.

    Terdapat juga satu negara lain yang terus menggunakan USD sebagai matawang menggantikan matawang negaranya sendiri.  Saya lupa apa nama negara itu.

    Kini semua menongkah arus.
    Malaysia bagaimana?

    Rabu, 7 Januari 2009

    macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika'

    Menarik persoalan yang diutarakan oleh Afnanhassan

    Boleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni?

    Sebenarnya ia jauh lebih susah daripada jangan beli Barangan Amerika.

    Amerika memerlukan 2 perkara.

    1. Barangan komoditi atau untuk dibeli
    2. Permintaan terhadap USD.

    Jadi untuk merelalisasikan "Jangan Jual Barangan Kepada Amerika" perkara itu memerlukan kuasa politik dalam sesuatu negara. Peringkat tinggi.

    Agak sukar untuk mengeluar minyak , minyak sawit, untuk memilih pembeli.

    "Aku tak jual pada kamu"

    Namun ia boleh dilakukan dengan 2 cara.

    1. Kita putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.
    2. Kita cari pasal sehingga dia sekat kita, macam Iran.

    Mutaligat sudah mencadangkan supaya putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.

    Rundingan FTA dengan Amerika haruslah ditamatkan serta-merta.

    Jangan takut.

    Namun rakan dagangan Malaysia yang terbesar ialah Amerika. Kita mesti berani putuskan.

    Jangan takut, Malaysia bumi bertuah, tanam apa saja pasti menjadi.

    Pemutusan hubungan dagangan dengan Amerika akan menyebabkan KDNK kita merosot.
    Jangan takut, bila Amerika tak boleh beli dari kita, pihak lain akan jadi proksi untuk membeli bahan mentah kita, dia akan balik asal juga akhirnya.

    Adakah sama apabila Amerika membeli komoditi kita melalui proksi?

    Ada sedikit perbezaan iaitu, kita tidak lagi membeli atau menyimpan USD daripada mereka.

    Kak Zety boleh gantikan rizab USD dalam Rizab Bank Negara dengan emas atau matawang lain.


    Bagi peringkat individu, pun boleh menolak dollar.
    Sekiranya pembayaran di dalam web boleh pilih matawang pound atau USD atau Euro, maka pilihlah yang bukan USD.

    "Serangan keatas USD" memang sukar difahami. Kerana itu ia perlu diolah menjadi "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

    Sekiranya anda peniaga e-dagang tempatan, kalau ada pilihan, gunakan matawang bukan USD sebagai pembayaran dan paparan harga.

    Sekiranya pendapatan dalam USD, cepat-cepat tukarkan ke matawang lain.

    Penjualan dollar adalah aksi menolak dollar juga.

    Isnin, 5 Januari 2009

    Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya

    Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan.

    Mengapa?

    Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika.

    Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia.

    Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar.

    Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya.

    Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru  boleh diluluskan.

    Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada.

    Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih bergantung kepada penjualan dollar berbanding dengan penjualan barangan keluarannya.

    Jadi untuk melumpuhkan amerika, kita hendaklah tidak membeli dolar Amerika (USD).

    "Tidak Membeli USD" dalam perpektif lain ialah tidak menjual barangan dalam USD.
    atau, tidak menerima USD ketika menjual barangan.

    Mungkin sukar untuk diterangkan kalau disebut dengan ayat di atas, jadi ayat ringkasnya ialah "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

    Kepada sesiapa yang tidak faham bagaimana Amerika menguasai dunia menggunakan dollar, perlu baca artikel berkaitan petrodollar. (Minta golongan mahasiswa yang banyak masa itu terjemahkan artikel itu ke B.M).

    Atau baca catatan lama saya

    Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu



    Sebenarnya Iran sudah serang.

    Jadi saya ringkaskan semula..




    Oleh Kerana  Amerika menguasai dunia dengan petrodollar, maka serangan ke atas Amerika adalah

    Jangan Beli USD
    ==> tidak menjual barangan dalam USD
    ==> Tidak Menerima USD Ketika Menjual Barang
    ==> Jangan Jual Barang Kepada Amerika.

    Jadi kepada sesiapa yang faham, sila kemukakan idea saranan untuk tidak menjual barangan kepada Amerika Ulama-ulama yang ada di dunia ini supaya kekejaman di Gaza dapat dihentikan dengan cepat.

    Macam Pernahku Lihat Nama Tadika ini


    Tapi di mana ya?

    Ahad, 4 Januari 2009

    Pembuktian Persamaan Matematik 2=1 anak Prof Hamirdin

    Anakanda Prof Hamirdin telah menjumpai bahawa 2=1

    turut disiarkan di blog ayanandanya.

    a=x
    2a=a+x
    2a-2x=a+x-2x
    2a-2x=a-x
    2(a-x)=a-x
    2=(a-x)/(a-x)
    2=1?

    musykil 

    Benarkan 2=1 ?

    mari kita kira semula

     a=x      ....... (1)
    2a=a+x  .......(2)

    Kalau kita ingin mencari nilai a gantikan a kedalam x

    2a=a+a  .......(3)
    2a=2a ......(4)

    Tiada apa yang pelik, 2a ialah 2a.

    sekarang ini anggap "2" sebagai z.

    gantikan z ke dalam persamaan (3), maka

    za=a+a  ...... (5)
    za=2a
    z=2

    balik asal pula....

    cuba gantikan z dengan 1 dalam persamaan (5)
    a = a+a
    a=2a
    1=2   #



    lihat pula dari perspektif lain.
    Ambil persamaan asal,

    a=x      ....... (1)
    2a=a+x  .......(2)

    untuk membuktikan 2=1, gantikan 2 dgn 1 pada persamaan (2)

    a=a+x

    a=a+a
    a=2a
    1=2 #

    Terbukti ...

    hehehe

    cuba gantikan 1 dengan 2 pula pada persamaan (2)
    2a=2a+2x
    2a=2a+2a
    2a=4a
    1=2  #

    terbukti lagi....

    Jadi 2=1 HANYA pada persamaan 2a=a+x 


    hehehe

    Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

    Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah.Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul.

    Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada.

    Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan.

    Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi.

    Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu.

    Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah.

    Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme.


    Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa, maka perlu ada langkah lain yang lebih global, bukannya sesuatu yang di bawah tempurung pemikiran sumbatsemuadisekolahisme.

    Saya tolak pemikiran sumbatsemuadisekolahisme Ali Rustam kerana ia membebankan pelajar dan guru.

    Selain daripada pemikiran sumbatsemuadisekolahisme, wujud juga satu bentuk pemikiran baru, dimana semua menolak semua yang dicadangkan oleh ali Rustam disebabkan kemerepekannya tanpa mahu mengkajinya wujud perkara positif disebaliknya.

    Pemikiran ini boleh dipanggil sebagai Anti-AliRustamisme .

    Anti-AliRustamisme menolak pembinaan pembinaan Jambatan ke Dumai, hanya kerana ia dicadangkan oleh Ali Rustam, tetapi kalau pembinaan Jambatan itu dicadangkan oleh orang lain, maka ia boleh diterima.


    Kembali kepada isu permainan tradisional yang nak pupus.

    Sekiranya kita keluar daripada tempurung pemikiran sumbatsemuadiskolahisme dan anti-Alirustamisme, pasti akan menjumpai penyelesaian bagi masalah kepupusan permainan tradisional itu.

    Apa susah sangat, kita olimpikkan permainan itu.

    Maka perlunya langkah-langkah supaya permainan tradisional boleh diolimpikkan bermula dari bawah.

    Permainan Sepak Raga bulatan, yang telah dijadikan "sepak takraw", sepatutnya boleh dijadikan satu sukan bertaraf dunia yang dimainkan secara bulatan.

    permainan sepak raga bulatan perlu direkod, didokumentasikan dan perlu di adakan peraturan bertulis supaya wujudnya satu piawaian bagi permainan itu. Kemudian diakan pertandingan supaya ia betul-betul menjadi sukan yang baru.

    Kemudian dijadikan acara sukan sea, kemudian sukan asia kemudian olimpik.

    Barulah ianya tidak pupus.

    Begitu juga sukan tradisional yang lain.

    Gasing pun boleh diolimpikkan kalau mahu. Yang penting dokumentasi spesifikasi gasing dan peraturan perlawanan perlu ada dalam bentuk piawai supaya dunia boleh bermainnya.

    Saya tidak hairan kalau batu seremban pun boleh dijadikan permainan antarabangsa.

    Orang putih boleh adakan perlawanan kiub rubik, kira masa, lawan banyak peringkat.

    Permaianan Batu Seremban pun secara teorinya boleh jadi sebegitu.

    Kalau tiada pemikiran glokalisme, begitulah jadinya, segala yang tradisional direndah-rendahkan tanggapannya.

    Glokalisme penting untuk maju. Jika tidak, kita hanya mengikut rentak dunia dan bukan mengubah dunia mengikut rentak kita.

    Sabtu, 3 Januari 2009

    Ahmad Said Salah Guna Kuasa, Ugut Pengundi Soal Peruntukan Negeri

    Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di Buletin Utama dan bernama , mengatakan satu peruntukan 5.8 juta akan diperuntukan untuk Kuala Terengganu sekiranya mendapat mandat bagi Parlimen itu.

    KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

    Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.



    Saudara Adihamka telah mengatakan ianya sogokan,  tetapi bagi saya ugutan.

    Peruntukan 5.8 juta dikatakan diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu, duit kerajaan negeri. Maksudnya, dia sudahpun mempunyai madat dan kuasa untuk memperuntukkan 5.8 juta itu tanpa perlu menunggu keputusan pilihanraya.

    Pilihanraya kecil itu adalah parlimen, dan bukannya DUN, Kalah menang BN pada parlimen Kuala Terengganu tidak memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, tiada satu kerusi DUN pun dipertaruhkan.

    Sekiranya BN kalah pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Mandat dan kuasa kerajaan negeri tidak pun berubah.

    Jadi boleh ditafsirkan sebagai Ahmad Said, salah guna kuasa dan mengugut pengundi.

    Sekiranya 5.8 juta diperuntukan untuk Kuala Terengganu, baiki longkang dan sebagainya, dari kerajaan negeri maka mengapa perlu menjadikan ia sebagai satu ugutan?

    Lainlah kalau longkang dan Jalan Raya di Kuala Terengganu dibuat dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan.

    Kalau Ahmad Said nak tiru Ali Rustam serahkan sedikit demi sedikit tanggung jawap kerajaan negeri kepada persekutuan, buatlah.

    Ahmad Said bercakap tentang mandat seolah-olah BN belum lagi mendapat mandat pada parlimen itu, walhal sebeloum ini Parlimen itu milik BN juga.

    Kalau BN nak guna teknik sogokan, saya sebenarnya tidak halang kalau sogokan itu hanya meliputi peruntukan yang diterima oleh ahli Parlimen biasa. Bukan kuasa Menteri atau timbalan menteri atau jawatan/pengaruh dalam kerajaan.

    UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

    Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya.

    Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap.

    Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan.

    Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih.

    Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Farid terus duduk diam.

    Re: Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?

    Menjawap persoalan Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?


    Saya tidak tahu kenapa kita ada pejuang Bahasa bagi menyelamatkan Bahasa Kebangsaan (BK). Ia macam menyatakan bahawa BK akan pupus sedangkan kita mempunyai BK sebagai mata pelajaran yang wajib diambil di sekolah rendah dan menengah.
    Pempopularan istilah adalah satu sebab bahasa itu berkembang. Sekiranya sesuatu istilah itu tidak digunakan, maka istilah itu akan mati. Istilah matematik hanya ada dalam matematik. Jarang sekali digunakan dalam kehidupan harian.

    Dalam kehidupan harian yang menggunakan bahasa kebangsaan sekalipun, istilah inggeris tetap digunakan.

    Di kedai komputer, penjual dan pembeli menggunakan "keyboard".

    Pembeli "Berapa harga Keyboard ini?
    Taukei "RM 30"

    Mengapa tidak gunakan "papan kekunci"?

    Jadi, Apabila istilah banyak digunakan, maka akan wujud situasi dimana memerlukan istilah baru bagi teknologi baru, dari situ proses pembentukan istilah berlaku. Bahasa berkembang.

    Tetapi apa yang berlaku ialah orang yang tidak pandai berbahasa inggeris pun menggunakan istilah Inggeris kerana tidak tahu dan tidak mahu tahu apa istilah Bahasa Melayunya.



    Jika anak-anak muda mula belajar dari usia yang muda, ia mudah diserap dan difahami di masa kelak. Mata pelajaran matematik dan sains di peringkat Universiti menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajarannya. Kenapa para-para pejuang bahasa ingin menyusahkan pelajar-pelajar bagi menyesuaikan diri dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya mereka boleh memahami dengan lebih mudah di peringkat Universiti.

     Jika pendekatan begitu hendak digunakan, maka setiap pelajar perlu tentukan di negara manakah dia akan menyambung pengajian, dan membelajari matematik dan sains dalam bahasa itu.

    Jikalau Jerman, maka matematik di ajar dalam bahasa jerman, supaya mereka boleh memahami dengan mudah di Peringkat universiti. Begitu juga bagi bakal penuntut korea, jepun dan lain-lain.


    Tetapi, fikirlah jika seseorang pelajar yang minat dengan mata pelajaran tersebut ingin mencari lebih banyak maklumat. Mereka harus menterjemah ke Bahasa Inggeris baru boleh mendapat lebih banyak maklumat.
    Proses pernterjemahan sepatutnya proses berterusan. Namun tiada ertinya kalau kita menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada inggeris. Orang putih pasti lakukannya jika mereka mempunyai budaya ilmu.

    Sekiranya kecintaan terhadap Inggeris dilakukan seperti PPMSI, maka sumber ilmu dari bukan inggeris seperti Jerman dan Jepun perlu diterjemahkan kepada Inggeris?

    Apa rasionalnya kita di Malaysia menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada Inggeris? Bukankah sepatutnya diterjemah kepada bahasa kebangsaan?

    Google+ Hasbullah Pit