Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel British

Pemimpin 'Zon Selesa'

Sifat-sifat pemimpin mempengaruhi sesuatu organisasi, tidak kiralah organisasi politik, atau perniagaan, atau kerajaan. Ada pemimpin yang nak bawa naik organisasinya untuk meningkat. Tetapi ada juga pemimpin yang dibawa oleh organisasi. Ada pemimpin organisasi yang memang menubuhkan organisasi. Ada pemimpin organisasi mewarisi kepimpinan dahulu. Kedua-duanya boleh memjadi pemimpin 'Zon Selesa' , kerana berbangga dengan kejayaan lampau. Cukuplah sampai setakat ini, aku sudah menjadi presiden XXX, satu organisasi besar. Ambil contoh Steve Ballmer, mewarisi Microsoft setelah Bill Gates bersara, dalam keadaan menguasai pasaran Sistem Pengoperasian komputer. Tetapi selepas itu, pengguna pula yang banyak beralih ke tablet dan mobile. Sultan Muhammad Al Fatih tidak akan berjaya menawan Konstatinople jika berada dalam Zon Selesa. Sultan Muda yang mempunyai kerajaan dan bala tentera kuat. Bukankan itu cukup selesa. Buat apa nak cari penyakit tawan konstatinople? Tetapi kal...

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya. Namun terdapat 2 jenis penggemar emas. Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan. Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan. Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu. Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi. Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja. Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas pe...

Polis British Tangkap Khairul Faizi, Tengkorak reput Henry Gurney bergembira?

Diberitakan bahawa Khairul Faizi telah ditangkap ketika mengedar risalah anti PPSMI . Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas Khairul Faizi membalas ulasan saya di blog beliau . Polis yang menangkap Faizi bolehlah digelarkan sebagai Polis British, kerana menjaga kepentingan British, supaya Bahasa Inggeris tetap penjadi pujaan di British Malaya. Di Buletin Utama pula diceritakan cerita indah tentang Henry Gurney, Pesuruh Jaya British. Pembunuhannya oleh Komunis dikatakan " kerana inilah orang tanah melayu bangun menentang komunis ". Tengkorak reput Henry Gurney di perkuburan Cheras pasti bergembira, masih ada pihak yang memujinya. Masih ada polis ternakannya yang jaga kepentingan British, menangkap Khairul Faizi. Nasib baik Henry Gurney mati di sini, kalau dia mati di Palestin semasa serahkan tanah umat Islam kepada Israel, pasti dia akan dikeji. Kuburnya di Malaya ditulis In proud and loving memory of Henry Lovell Goldsworthy Gurney K.C.M.G. High Commiss...

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah , (laki Puan Ainon ) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor. Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya … Orang Johor , sila baca secara menyorok-nyorok. Antara yang menyedihkan... Perkara III Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol , bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepany...

Saya pun Anti British macam Chin Peng Juga

Ketika era sebelum merdeka, terdapat beberapa aliran nasionalisme. Nasionalisme ditakrifkan sebagai pembentukan Negara, Ketika itu negeri-negeri Melayu ada yang bersekutu, ada yang tak bersekutu, ada yang diperintah secara langsung oleh Inggeris. Ada banyak kerajaan-kerajaan kecil yang tak macam kerajaan. Kesultanan Kedah yang diancam Siam, Kesultanan Perak yang ada masalah 'kontraktor' bijih timah yang berebut kawasan, ditambah pula dengan perebutan tahta. Ini semua adalah masalah untuk membentuk negara. Maka ada pihak yang ada aliran nasionalisme sendiri dengan ingin menjadikan Malaya sebagai negara komunis. Mereka Anti British, macam saya. Mereka anti Jepun. Terdapat lagi satu aliran ialah aliran "Melayu Raya". Kemerdekaan dengan membentuk negara "Melayu Raya". Dr Burhanuddin anti British, tetapi tidak anti Jepun. Ketika zaman Jepun, Dr Burhanuddin boleh adakan persidangan Ulama Malai-Sumatera. Komunis pula anti British dan Anti Jepun, ...

Persidangan G20 Membosankan

Tiada apa yang terlalu baru diperbincangkan di persidangan G20 di kota London. Obama dan Brown  dengan pakej rangsangannya. Peranchis dan Jerman mahu perketatkan peraturan. Persoalan matawang seolah-olah diketepikan daripada persiangan G20. Che Det pula ada seminar berasingan di London untuk menhentam matawang. Pendemontrasi dari perlbagai jenis demonstrasi melakukan demonstrasi. 1 orang sudah terkorban. Ada yang Anarki Ada yang pro alam sekitar Ada yang anti perang Ada yang bawa bendera Palestin. Ada Bank kena pecah. Tengok gambar di sini Mana polis British? Polis British di Malaysia sudah jumpa jalan pulang balik ke London? Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke London. "Boss, macam mana kita nak balik London" "Anarki , Sosialis sudah merusuh, pecahkan Bank" "Kita nak balik lalu mana bos?" "Jalan Laut belum jumpa lagi kah?" "Tumpang Hamilton tak bolehkah boss?

Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Di bawah ini saya siarkan satu artikel oleh Hishamudin Rais , seorang pejuang anti kapitalisme. Di artikel itu dia menceritakan bagaimana penjajahan itu dikaitkan denganm kapitalisme. Saya siarkannya di sini bukan bererti saya menyokong sosialisme secara bulat, tetapi saya menolak kolonialisme secara bulat. Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma. Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima. Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untu...

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah. Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan. Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu. Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti. Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah? Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks. Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya. Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh. Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup. Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang Brit...

Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, kalau....

Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, Kalau kertas undi bentuknya sebegini: Lupakan itu semua kalau anda masih lagi taat kepada Sistem Demokrasi hadiah daripada British sebagai balasan Timah dan getah yang mereka ambil. Anda mahu Kerajaan Perpaduan? Lupakan dahulu kalau anda masih taat dengan Permaisuri di Birmingham dan akur dengan Sistem Demokrasi hadiah British itu.. Anda peminat setiap kelab bola sepak Inggeris? Saya tidak hairan.

Special Branch memang Polis British

Saudari Jed ada menulis tentang Akta Polis 1967 , yang berasal daripada British. Ada juga peraturan untuk anggota polis untuk berpolitik yang ditandatangani oleh pegawai British. Jed kata Anyway, I think it’s clear that we are still a British colony? Untuk menambahkan lagi perisa. Kita lihat polis cawangan Khas, sudah lebih 50 tahun merdeka mereka masih dipanggil "SB", (Special Branch). Special Branch hanya ada di negara bekas jajahan British sahaja. Daripada wikipedia (klik) Special Branch is an investigative unit of the British and other Commonwealth police services, as well as Ireland's Garda Síochána . The unit deals with national security matters. It acquires and develops intelligence to help protect the public (and the state) from national security threats, including terrorism , separatism , subversion and other extremist activity. Dengan menggunakan undang-undang British, Sistem polis masih sama dengan British, kita mahu mengaku sudah merdeka? ...

Unit Simpanan British Masih Belum Jumpa Jalan Pulang

Ketika kurun ke 15,  (1400 - 1500), orang Inggeris masih belum jumpa jalan Laut untuk ke Asia.   Hari ini, Unit Simpanan British masih belum lagi menjumpai Jalan pulang ke England. Bagaimana mereka untuk balik ke Istana Buckingham? Belum jumpa jalan pulang. Bagaimana polis british nak balik mengadap Permaisuri Victoria? Eh, Tahukah mereka bahawa Permaisuri Victoria sudah lama mampus. Kasihanilah mereka. Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke England. "Kita nak balik lalu mana bos?" "Jalan Laut belum jumpa lagi kah?" "Kalau lalu darat tak boleh kah?" sumber gambar: minoq_jjinggo