Namun banyak yang saya lihat adalah berdasarkan andaian.
Walaupun banyak cerita ataupun ulasan, bagi saya masih belum cukup maklumat untuk tentukan dia bermoral atau tidak.
Kalau tak tengok gambar, memang susah untuk beri ulasan.
Saya tanya Ezza, dia sudah tengok atau belum, dia kata belum.
Gambar yang pernah saya nampak hanya gambar dia tidur terselak (telah ditapis), tetapi bukan "berbogel".
Lagi satu gambar ialah gambar dia tidur tanpa buka cermin mata.
Apabila Eliza (bukan Heliza) mengatakan gambar "bogel "itu diambil oleh bekas teman lelakinya. Banyak pula tanggapan negatif diberikan kepadanya.
Gambar yang dikatakan "berbogel" itu, ditambah pula ditangkap oleh bekas teman lelaki, ianya seolah-olah berlaku nya hubungan sebelum itu.
Namun, tiada pula pengakuan Eliza berkaitan itu, bagaimana boleh timbul persoalan moral terlalu banyak seolah-olah sudah tahu maklumat secara terperinci?
Kalau bekas teman lelaki itu boleh masuk kerumahnya, ianya tidak semestinya bersekedudukan, mungkin ada pihak ketika yang ketika itu di dapur atau di tempat lain.
Bagai mana orang boleh tuduh dia khalwat.
Sekiranya bekas teman lelakinya boleh masuk kedalam rumah Eliza, ianya tidak semestinya 'cohabitation'. Wujud kemungkinan dia hanya datang sebagai tetamu sahaja.
Kalau Eliza tidur terselak di atas sofa, bagaimana ada pihak boleh kata ianya tidak bermoral kerana membenarkan dia masuk ke dalam "bilik"? Mana dia tahu sofa itu dalam bilik atau tidak?
Eli must remember that it is morally wrong and unacceptable for a single woman to allow a man access to her room.
Ulasan Ali Rustam (di blog Jed) seolah-olah dia tahu yang Eliza itu "bergambar bogel"
“Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Apatah lagi membabitkan individu yang bergelar exco kerajaan negeri dan seorang wakil rakyat,”Mana dia tahu?
Sekarang ini, Hilmi Malek dikatakan sebagai orang yang mengambil gambar, tetapi dia tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan? Wajahkah kita salahkan dia sebelum dia jelaskan apa-apa?
Tersangatlah wajarnya bro. Kepada anak-anak kita jangan duplicate kunci dan berikan kepada orang lain. Kerana ketika mandipun orang bisa mengambil gambar kita tengah telanjang mandi. Memang betul kita berada dalam bilik mandi, tapi apakala gambar itu tersebar luas ia membawa makna bilik mandi kita tidak lagi dalam ruangan yang tertutup oleh dinding-dinding konkrit.
BalasPadamBang!
BalasPadamUmno totok nie phobia kalau tengok pompuan.Sebab tu gambar terselak kain(waktu tidur pun) macam nak rak dunia nie. Main pakai spekulasi aje orang umnoooo nie..Masa MP umno mabuk dan raba bontot pompuan kat kelab malam tak de pulak isu moral dibangkitkan oleh totok umno nie...
Betul. Gambar pun tak tengok. Buat ulasan berjela-jela, dengan berbagai andaian. Bangang!
BalasPadamSalah satu contoh ulasan bangang: http://www.asyrafwajdi.com/blog/?p=73
adik saya pun pakai cermin mata masa dia tidur....
BalasPadamOrang pompuan bagi lelaki masuk umah, tido terselak kain sangatlah tidak bermoral. Contoh yang bermoral tinggi adalah orang yang merasuah dan yang terima rasuah, meraba pompuan dan memeluk artis serta ahli sukan negara...
BalasPadam