Saya bersyukur kerama terpilih sebagai PACA Undi POS mewakili PAS ketika hari pertama pengundian secara POS semalam. Walaupun buat pertama kalinya PACA boleh menjaga setiap saluran, namun ia tempang akibat daripada ketiadaan daftar pemilih yang digunakan oleh pihak tentera untuk disemak oleh PACA. PACA hanya mampu mengira bilangan pengundi yang memperoleh "Surat Keutamaan" sahaja. Sudahlah daftar pemilih berbeza, jumpa pengundi juga turut berbeza, bukan sekadar perbezaan 5 atau 10 %, tetapi ribuan pengundi. SPR mengatakan bahawa pengundi pos adalah 4611, namun ada versi lain yang dalam lingkungan itu, 47xx. Apa yang terjadi semalam, hanya 1792 surat keutamaan yang mengandungi kertas undi dikeluarkan, akan tetapi ianya jauh benar dengan angka 4611 pengundi. Perbezaan 2819 . Ramai juga tentera yang tidak dapat mengundi. terdapat tentera yang membawa cetakan semakan di laman web SPR yang mengatakan bahawa dia memang mengundi di Bagan Pinang tetapi tidak dapat mengundi akibat ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca