test

Ahad, 22 Februari 2009

Revolusi Dirham Kelantan dan Dirham Melaka

Pada Seminar Dinar Emas anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, satu berita baik telah diumumkan oleh Umar Vadillo, Nik Mahani dan Husam Musa iaitu Negeri Kelantan akan lebih menempa Dirham Kelantan dalam sekala banyak dengan adanya mesin penempaan yang baru.

Ianya akan berlaku lebih kurang 3 bulan dari sekarang.

Sebelum ini, Dirham perak (logam, bukan negeri) amat sukar diperolehi.

Pada peringkat saya pula, saya telah merangka pelan menyelamat ekonomi Kampung Sempang, dengan cuba untk menempa Dirham sendiri.

Namun terdapat beberapa masalah , iaitu kos menempa 1 dirham, adalah jauh lebih tinggi daripada nilai 1 dirham itu sendiri. Mungkin disebabkan itu, Negeri Kelantan tidak menempa Dirham Kelantan dalam skala banyak.

Bayangkan kalau nilai 1 dirham adalam Rm 4, kos menempa nya ialah RM 12, dan menjadikan kos keseluruhanmenjadi RM 15.

Puan Nik Mahani telah memberi amaran kepada pendokong Dinar Emas supaya jangan tamak untuk mencari  kekayaan. Mungkin harga emas akan jatuh akibat konspirasi tertentu. Sebelum ini harga emas telah rendah sekian lama akibat konspirasi Bank Pusat Amerika yang memalsukan jumlah simpanan emas mereka. Rujuk GATA.

Jangan tamak dengan skim itu ini yang menjanjikan kekayaan. Harga emas naik mendadak sekarang ini kerana ia bangun daripada tekanan terhadap nilai emas oleh konspirasi.

Pendokong dinar emas sepatutnya tidak meletakkan matlamat jadi kaya dalam berjuang, kita mahu dirham dan dinar menjadi matawang dan bukannya rizab sahaja, atau peragaan di rumah.

Untuk merealisasikan Dinar dan Dirham, ianya memerlukan pengorbanan oleh pendokong D&D itu sendiri.

Semua orang berani beli emas, kerana ia boleh digadai. Tetapi tak berani beli perak kerana tak boleh gadai.

Jadi saya lihat perlunya setiap pendokokng D&D membeli sekurang-kurangnya 1,000 keping Dirham apabila Dirham Kelantan dikeluarkan 3 bulan dari sekarang.

Kemudian hanya simpan 199 keping sahaja, dan kemudian agihkan bakinya kepada orang miskin atau "pinjamkan" kepada golongan sederhana.

Untuk peribadi, simpan hanya 199 dirham sahaja.

Mungkin agak ekstrim kalau daripada 1000  keping simpan hanya 199.
Hanya ektrimis Dirham yang sanggup berkorban sebegitu.

Kaedah yang agak selamat ialah guna cara biasa.
Beli 400 keping, simpan, kemudian zakatkan 10 keping
Baki = 390 dirham
Tahun depan, zakat 10 keping lagi

Umar Vadillo telah meronda Malaysia supaya zakat boleh kembali diterima menggunakan dinar dan dirham.
Beberapa pusat Zakat akan menerima Dirham anda itu.


Cara untuk mengagihkan dirham alternatif ialah menggunakan ia sebagai "duit raya" atau sebagai angpau tahun baru cina.

11 comments:

  1. bagus tue... kalu cam tue.. raya tahun nie gua akan gunakan matawang dirham sebagai duit raya... sapa mau.. mai la datang rumah.. hehehe

    BalasPadam
  2. Saudara Hasbullah,

    Artikel yang menarik setelah sekian lama masalah poltik negara menghantui minda saya. Setelah melihat senario semasa apabila harga emas meningkat USD1000 per ounce, saya merasakan bahawa tiba masa untuk memiliki dirham. Adakah Ar-Rahnu Kelantan menerima balik dirham sekiranya kita berhasrat untuk menjualnya semula?

    BalasPadam
  3. Syeikh Al-Hafiz:

    Pertama sekali jangan anggap dirham sebagai pelaburan, walaupun ianya boleh dijadikan pelaburan.

    Anggap ia sebagai matawang.

    Cari 2,3 kedai di kawasan setempat yang boleh menerima dirham, cerita elok-elok kelebihannya.

    ambil contoh perniagaan yang tidak bergantung dengan negara luar.

    Kedai runcit A ada jual ayam dan barangan lain.

    Kemudian Pak Mat ada bela Ayam.

    Bujal dapat duit raya daripada Cencurut 1 dirham,

    Bujal beli mainan "Ben10 Alien Force" di kedai runcit A, (duit raya cencurut tu ada senaraikan kedai mana yg dia boleh belanja).

    Walaupun kedai runcit A tak beli mainan Ben10 daripada pembekal menggunakan dirham, tetapi dia mendapatkan bekalan ayam daripada pakmat yang menerima dirham.

    Pak Mat sudah banyak dirham, dia perlukan barang dapur,
    Disebabkan kedai runcit A sahaja yang terima dirham, maka dia jadi pelanggan tetap di kedai runcit A.

    Kedai runcit B cemburu kerana kedai runcit A laku kerana dia terima dirham, maka kedai runcit B akan tiru.

    Tiba-tiba taukey kedai runcit B meninggal dunia, Anak taukey kedai runcit B sedekahkan orang yang baca doa untuk bapak dia sorang 1 dirham.

    orang kampung boleh belanja di kedai runcit A & B

    Jadi yang penting, kalau beli dirham, agihkan dan cari pekedai yang boleh terima dirham, dan carikan pembekal barangannya sekali supaya dia boleh guna dirham tu sekurang2nya 1 tempat.

    BalasPadam
  4. pakcik, pembelian dinar emas dan dirham perak ni hanya dikelantan sahaja atau ada di selangor juga?..

    BalasPadam
  5. Umar Al Fateh:

    Yang terdekat dengan Moscow mungkin di Kazakhstan ?

    Semalam ada 5 orang pelajar Kazakhstan yang datang seminar, bersungguh-sungguh dia bertanya, adakah apabila membawa balik emas, mereka di kenakan cukai dan sebagainya, dan lain-lain.

    Semalam saya bertanya pada Puan Nik Mahani, dia mengatakan memang boleh Dinar/Dirham kelantan digunakan di negeri lain.

    Walaupun nampak tidak adil kalau kos penempaan (minting cost) ditanggung oleh kelantan, Namun kos itu telah diserap apabila harga wujudnya perbezaan harga RM 20 pada dinar emas kelantan.

    Namun untuk Dirham saya tidak pasti, kerana Dirham agak sukar untuk ditempa dengan kos rendah.

    Kerana itu Umar Vadillo / Husam / Nik Mahani berusaha untuk mendapatkan mesin khas yang boleh mengurangkan kos penempaan dirham.

    Menurut Umar Vadillo, mesin itu bernilai 1 juta euro.

    Berapa perbezaan harga jual/beli bagi dirham perak, saya tidak tahu. Ini dipanggil "spread".

    Jadi orang luar Kelantan perlu sokong Dinar/Dirham kelantan, supaya mereka dapat sedikit keuntungan supaya dapat tanggung kos penempaan yang sebenarnya kos penempaan dirham untuk kegunaan Malaysia patut ditanggung oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri Kelantan.

    Dinar Kelantan ada dijual di Kuala Lumpur dan Kajang.

    BalasPadam
  6. Kat Melaka kau jadi ejen ke Sebol??
    Boleh gak beli buat kenangan dan hiasan.. He he he..

    BalasPadam
  7. zool:

    Kalau takat nak buat kenangan dan hiasan, kau beli lah public Dinar, ejen dia ada ada di Melaka.

    Reka bentuk dia cantik.

    Jutawanemas Trading
    No. 14, Jalan Bukit Beruang 8,
    Taman Bukit Beruang,
    75450 Melaka.
    En. Syukor Bin Hashim
    Mobile: 013-381 9901"

    NI gambar dia

    Kalau buat loket cantik wooo

    BalasPadam
  8. whoa... tak sangka sebol pon baca JutawanEmas... hahaha...

    gua pon mengamalkan kaedah GIA la...

    BalasPadam
  9. cencurut:

    Aku cadangkan ko 'diversify' antara emas fizikal dengan emas 'buku'.

    dan kau diversify antara emas dengan perak.

    Kemudian Perak tu kau diversify perak buku dengan perak fizikal.

    BalasPadam
  10. Bhai...

    Dua-dua gua seimbangkan.. antara fizikal dan virtual... hehehe... Alhamdulillah.. ok..

    Tapi rizab fizikal gua takder la sampai sekilo ker aper ker.. hahaha... modal kecik bhai..

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit