Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gnumeric

GST ... Rakyat tak perlu tunggu Pakatan Rakyat lagi .. Mari fikir perisian

Akta CBP/GST telahpun diluluskan pada April yang lalu, telah diwartakan pada jun 2014. Rakyat yang sebelum ni berharap, pada pakatan rakyat untuk mengagalkan Akta CBT/GST, sebagai mana dahulu Pakatan Rakyat berjaya mengengekang kenaikan harga minyak. Tapi bab GST tidak bersungguh-sungguh. Agak pelik juga, GST telah diketahui seawal 2013, dibentangkan di Parlimen pada April, tetapi merancang demo besar besaran pada 1 Mei. Atas sebab apa nak tangguh demo sehingga selepas lulus, saya pun tak tahu. Adakah sebab nak sekalikan dengan penyokong sosialis nak sambut Hari pekerja? Atau terpengaruh dengan Sosialis? Adakah Pekerja sahaja yang kena GST? Para peniaga kalau masih lagi menunggu Pakatan Rakyat berjaya hapuskan GST, maka banyak keputusan perniagaan (business decission) tak dapat dibuat. Masa berlalu. Ketika rakyat baru sedar nak bantah GST, Ruang berita ditukar ke cerita "Langkah Kajang" dan kemudiannya "Sinetron MB Selangor". Satu langkah yang dib...

Rejim Sumber Terbuka

Mungkin ada yang tidak faham apa dimaksudkan oleh ulasan saya pada topik Sekolah seluruh Malaysia mulai guna OpenOffice.org mulai tahun depan Langkah ini boleh diibaratkan sebagai Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi". Apa tujuan sumber terbuka? Apa sumber terbuka? Apa Perisian bebas? Ramai yang tidak faham maksud Perisian Bebas. Perisian Bebas, dalam bahasa Inggerisnya ialah Free Software. Apabila tidak membaca takrifan "Free Software" oleh FSF, maka ramai yang menyangka ianya adalah perisian percuma. Free software is a matter of liberty, not price. To understand the concept, you should think of free as in free speech, not as in free beer.  Bebas dan percuma adalah dua perkara yang berbeza, namun ianya adalah "free" dalam Bahasa Inggeris. Penterjemah Ubuntu telah tersalah terjemah "Perisian Bebas" kepada "Perisian Percuma". Jika OpenOffice adalah Perisian Bebas. Sebarang paksaan supaya ia digunakan adalah terla...

Pepijat siapakah ini?

Nombor ditaip di gnumeric sebagai "nombor", kemudian ditukar menjadi teks. Disimpan sebagai fail .xls Dilihat pada gnumeric dan OOo Calc kelihatan sebagai nombor. Tapi bila dibuka menggunakan Excel viewer atau Excel, nombor yang dalam keadaan teks itu menjadi 8.9288E+12 Kalau simpan nombor sebagai teks, mesti ditetapkan ia sebagai teks dahulu sebelum masukkan data, kalau hanya convert, dia akan kelihatan pelik pada excel & Excel Viewer. Tapi kelihatan OK di gnumeric & OpenOffice.org Calc

Hacking barkod untuk paparkan harga di gondola

Aku pun tak tahu istilah BM untuk 'barcode' adalah 'kod bar' atau 'barkod'. Arahan asal ialah guna Perisian tertentu, yang dikatakan 'freeware' untuk membuat label , berserta barkod, disimpan didalam fail .ida. Aku ingkar arahan itu, kerana aku fikir, bila aku simpan data pada format proprietari, maka aku bergantung kepada sesuatu perisian, umpama pada akhir 80an, fail wordstar hanya boleh dibuka dengan wordstar, fail .123 hanya boleh dibuka oleh lotus 123. Tentulah aku tak mahu undur. Sebab ke dua, ialah bila aku simpan data dalam fail-fail .ida, melibatkan banyak kerja kemasukan data (data entri), Apa ertinya kalau data itu tak boleh digunakan semula untuk tujuan lain? Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa saya tidak akan bergantung kepada sesuatu format proprietary yang dimonopoli oleh syarikat asing.Tapi kalau format proprietari itu boleh dibuka oleh perisian bebas, aku guna juga. Walaupun ini bukan cara terbaik, Aku suruh RNK Adiba, RNK Marz...