Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hishammudin

Geri Halliwell Mahu Berduet Dengan Hishamudin ? (PPSMI)

Setelah melihat kejayaan Hishamudin mempertahankan kedaulatan Bahasa Inggeris di bekas tanah jajahannya, Mungkinkah Geri Halliwell agak berduet dengan Hishamudin Hussien? Lagu apa yang ingin diduetkan? Lagu "British Sayang Kamu" ( Muzik ditiru dari Dayang NurFaezah ) Klik Kusayang kepadamu British cinta kamu Hatiku dihantui tanahmu Sejak mula timah ditemu Ekonomiku sembuh dari luka dulu Bila memandang timahmu Kuhanyut dibuai rasa rindu pada getahmu Kuingin kan kau diperintah bersama denganku selalu Kusayang kepadamu British cinta kamu Bilakan dapat bertemu Kusayang kepadamu British perlukan mu Kau pengubat di kala krisis ekonomi Hasil bumimu sentiasa membuatku tertawan pada kamu Ikhlas konon dilafazkan  dari hatimu buat kucinta kamu Kukaya dibuai komoditi padamu Kuingin kan kau dijajah bersama dengan ku selalu... Rap (Hishamudin): Kumelayang-layang, terbayang-bayang Sentiasa oh di depan mata, merata-rata, sini sana Impi kubawa...

Bukan Salah Keris, Tetapi Ancaman Bunuh itu yang Salah

Isu keris masih lagi bermain di tempurung blog dan di media massa ataupun alternatif. Hishamudin atau lebih dikenali sebagai "kerismudin" memohon maaf kepada kaum bukan melayu "jika" ianya keris itu menyakiti mereka. Pada masa yang sama Hishamudin memohon maaf kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan keris. Ini apa cerita? Sensiviti kaum bukan melayu sebenarnya bukan kepada keris, Tatkala jemputan kahwin, Pengantin memakai keris, bukan melayu juga makan di kenduri itu. Akan tetapi biasanya pengantin tidak pula menghunus keris sambil mengatakan "Keris ini akan memastikan tiada sesiapa menggangu isteriku". Sudah beberapa kaloi perhimpunan Agung UMNO keris dibawa, akan tetapi ia tidak menjadi isu, sehinggalah satu saat di mana Hishamudin mengatakan sesuatu yang kononnya keris itu akan digunakan untuk mempertahankan hak melayu. Petikan asal kata-katanya tidak dijumpai akan tetapi bunyinya lebih kurang sebegitu. Apa ertinya? Maksudnya ianya adalah seolah...